Salam,
Harini budak-budak sibuk exam, minggu ni memang minggu untuk mengadap buku....tapi masih ramai yang main-main....
Aku kena jaga satu kelas tahun 6 ni....kiranya kelas 1st larr kat skolah aku ni....
Lepas abis exam aku dok sibuk kutip jawapan dari sorang ke seorang budak...aku nampak larrr budak lelaki ni...muka baru nak tumbuh jerawat halus tu....so aku pun tegur larrr(konon-konon prihatin ....haha)
"Awak kena cuci muka ni...jerawat dah mula tumbuh dah",dengan penuh nasihat tu aku bagitau dia...tup-tup dengan selamba dia cakap...
Kenapa nak cuci?Lelaki!
iskh....budak ni....aku pun cepat-cepat larrr kutip kertas jawapan ...pastu terus aku bagi ceramah perdana pasal Acne pada budak-budak satu kelas tu.....nasiblarrr....dah baru lepas exam cikgu bagi ceramah perdana plak...hahaha
Then, balik umah terus buat research ..... ni dapatan dia nak kongsi kat sini...
- Jerawat biasa mula pada usia 11thn untuk budak perempuan dan 13thn bagi budak lelaki
- Tiada bukti saaintifik yang menyokong mengatakan jerawat disebabkan oleh junk food dan makanan berminyak(kalau jerawat tumbuh selepas ambil makanan tertentu,hentikan pengambilan)
- Tiada jugak bukti saintifik yang menyokong pendapat yang mengatakan kulit berminyak dan gaya rambut menyebabkan jerawat
- Sekiranya ibu atau bapa mengalami jerawat pada usia remaja kemungkinan anak mereka juga akan mengalaminya juga
Tapi apa pun cuci muka tu penting sebab kekotoran boleh menyumbat pori-pori pada muka kita...tak kira lelaki ker pompuan ker....rutin harian yang wajib aku buat setiap hari...cuci muka walaupun semalas mana pun.....
Walaupun aku lelaki tapi....
2 comments:
Tapi kalau dah memang x sesuwei dengan pencuci muka...cam mana tuh?
tapi kalau dah cuci tangan selepas tu buat apa ilman
Post a Comment