Friday, July 23, 2010

A Friend in need is a friend indeed

Salam,

"Teacher, they simply called me lazy!!!"

Tadi dok semangat-semangat nak mengajar ni..tetiba budak aku ni menangis...sedih...
aaikkk kenapa pulak...tadi dok elok-elok saja....

 Tengok tu sedih dan pilu...(bukan iklan jam yerr)

Sebenarnya budak aku yang sorang ni sedih sebab kawan-kawan dia dah tak nak kawan.. pastu called him lazy...mana tak sedih budak tu....so aku pun CSI larr....
Korek punya korek rupanya dia sangat sedih dan pilu sebab dia rasa takdak orang dah nak kawan dengan dia....dan member-member dia yang baik dulu siap panggil budak malas lagi....

Alasan member dia tak nak kawan senang jer...nak bagi kesedaran dekat dia...kasi dia insaf ...waaahhhh...camna budak umor 10 tahun boleh bertindak sampai camtu.....memang zaman dah berubah...budak-budak dah sedar akan nilai-nilai persahabatan tu....

Budak-budak ni walau kita tengok diaorang main,gaduh,main balik...gaduh lagi....tapi sebenarnya diaorang ni sangat mementingkan nilai-nilai persahabatan tu...diaorang bukan saja sanggup menipu,mencuri,malah buat sesuatu yang diluar jangkaan demi sahabat....walau macam mana nakal sekali pun kawan diaorang tapi masih tetap nak kawan....

Dua hari lepas sorang budak pompuan ni cover perbuatan kawan baik dia mencuri duit...mati-mati tak nak bagitau...lepas aku paksa cerita last2 dia buka mulut....
pastu aku tanya 
" Kenapa nak tolong kawan awak ni ? dia kan mencuri !"

budak tu jawab sambil menangis
" Dia jer kawan saya,saya takda kawan lain dah,orang lain tak nak kawan,"

Kalau kita selami hati budak-budak ni..walaupun kita anggap diaorang tak matang...tapi sebenarnya pada aku,aku dapat banyak pengajaran berguna, pengalaman  dengan diaorang ni banyak memberikan kesedaran pada aku...pada diaorang  
"Kawan adalah segala-galanya,sangat penting"
Tak macam kita yang dah dewasa ni...kalau bergaduh,bertekak ker...alamat sampai mati larrr tak bertegur....



Tapi  kalau korang semua perasan kan...kita lebih banyak bersabar dengan kawan-kawan kita berbanding dengan orang yang kita sayang...kenapa yerr....Renung-renungkan huhu...


6 comments:

zikeryhassan said...

kanak-kanak ni masih belum tahu apa yg terbaik utk dorang. jd mereka perlu bimbingan org dewasa utk menjadi yg terbaik.

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

wah, isi yang hampir sama dengan apa yang aku ingin sampaikan.
kanak-kanak penuh dengan potensi. jangan bunuh sebegitu saja. eceh, saje je nak berserius sebentar. =P

Cik Puan Syeeda said...

cikgu! entry ni sgt menyentuh perasaan..terutama part yg last tu. i think i agree with u laa..knp yer kite lebih bersabar dgn kwn2 berbanding ngan org tersayang? hurmm..

Cik Ina Do Do Cheng said...

jadi cikgu kena banyak bersabar.kalau akak tak boleh kot, pantang tengok budak menangis ni.cepat naik angin.keh keh

awek cun said...

Layan jer.....ko kan guru yang prihatin....tahun depan dapat cemerlang...jangan lupa belanja kitorang

Unknown said...

Tepat sekali bro...tak ramai menghargai bila ada, tapi mencari sampai mati bila tiada...

Post a Comment