Monday, August 30, 2010

Zakat = RM 7.00

Salam,

Alhamdullilah tahun ni dah selesai dah satu bab....aku dah tunaikan zakat fitrah bagi tahun ni....

Walaupun aku menetap di negeri Selangor...tapi memandangkan mencari rezeki di Kuala Lumpur,maka lebih afdal aku tunaikan zakat fitrah di KL..tahun ni RM7.00.


Teringat kisah member baik aku,hubby dia suruh bayarkan zakat sendiri dan 3 orang anak.Sedih bila kenangkan nasib dia macamtu....apa punya laki zakat fitrah tu kan tanggung jawab suami.....mmmmm sakit hati bila dengar member di perlakukan macamtu........


 
 
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT
 
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
 
Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
 
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
 
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
 
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.


KADAR FITRAH
 
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
 
 
WAKTU MENGELUARKAN FITRAH
 
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
 
WAKTU WAJIB
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
WAKTU YANG PALING AFDHAL
Sebelum sembahyang Hari Raya
WAKTU SUNAT
Sepanjang bulan Ramadhan
WAKTU MAKRUH
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  
WAKTU HARAM
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
  


Cepat-cepat larr pegi tunaikan zakat fitrah ni sebelum terlambat....

"Zakat itu menyucikan harta dan jiwa"

8 comments:

gnesop said...

blom bayar lagi juga nih..
nanti jumpa kaunter, comfirm byr :)

Anonymous said...

Zakat hanya boleh dibayar dengan ain (benda) bukan dayn ( Resit hutang - wang kertas)

Zullism said...

Annonymous: Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya.

emieysandra said...

thnks 4 sharing..
sgt lgkap & bermanfaat..
~_^

ms.GrEEn said...

dah bayar juge:)

Cik Ina Do Do Cheng said...

Tahniah dah bayar zakat.kalau bayar zakat berlebihan pun tak pe, jangan berkurangan.

Maria said...

syukur aku dapat kawan yg btanggungjawab ni....lega rasa hati....sejuk perut ibu mgandungkn anak ini...Ya Allah percepatkanlah jodoh kawanku ini, dan murahkan rezekinya.amin

Anonymous said...

Pendapat ulamak tentang zakat fitrah :

1.Menurut jumhur ulamak (Imam Syafi’ie, Malik dan Ahmad); Zakat fitrah wajib dikeluarkan dalam bentuk makanan (yakni makanan asasi penduduk setempat). Tidak harus dikeluarkan dengan wang sekalipun menyamai harga/nilai makanan yang wajib dikeluarkan zakat. Alasan mereka ialah; mengeluarkan zakat fitrah dengan selain dari makanan asasi setempat adalah bercanggah dengan Sunnah Nabi s.a.w..

2. Menurut Imam Abu Hanifah; harus mengeluar zakat fitrah dengan wang yang seharga/senilai dengan makanan yang wajib dikeluarkan zakat. Menurut mereka; zakat fitrah adalah hak fakir-miskin. Untuk memenuhi hajat mereka boleh dengan makanan dan boleh juga dengan wang. Tidak ada beza antara kedua-duanya. Barangkali mengeluarkan dengan wang adalah lebih baik kerana dengan wang memudahkan orang fakir membeli apa sahaja barang keperluan yang mereka kehendaki (makanan, pakaian, daging, lauk-pauk dan sebagainya).

3. Menurut Imam Ishaq dan Abu Tsur; mengeluarkan zakat fitrah dengan nilai (wang) hanya harus ketika darurat sahaja.

Sekali kita berdepan dengan persoalan wang. Adakah wang yang dimaksudkan oleh Imam Abu Hanifah itu wang fiat atau wang dirham ??? Bolehkah zakat fitrah dibayar dengan nilai fulus (wang kertas) atau nilai nuqud ( wang emas atau wang perak ).

'sharing is caring'

Post a Comment