Sunday, March 6, 2011

Hormati orang sebelum kita berharap mereka menghormati kita..?

Salam,

Selain jalan-jalan kat blog member aku juga selalu jeguk dekat forum penduduk tempat tinggal aku ni...
Salah satu post forum telah menarik perhatian dan aku rasa agak sesuai untuk di kongsi disini untuk renungan bersama..jom baca(klik untuk lebih jelas)


Apa pendapat korang tentang isu ini...?

Terus-terang aku katakan isu Azan memang melibatkan isu sensitif tapi sebelum nak buat sesuatu perlula mengira pandangan umum terutama melibatkan semua kaum/ pihak.nak lebih jelas pasal Azan ni tgk sini.

Kalau dah ada disediakan kemudahan kenapa tak guna kemudahan yang ada..committee member tempat aku ni jenis pandai sendiri pastu yang paling aku tak paham tu diaorang siap wujudkan rukun tetangga untuk mengawas pintu masuk,yang mana kawasan ni memang dah ada perimeter fencing and guardhouse checkpoint.

Satu lagi, sikap orang kita ni kalau orang tegur kita cepat sensitif kekadang takleh nak terima tapi bila nak buat sesuatu tu tak fikir dulu pakai main buat saja,bila dah berlaku sesuatu mulala nak salahkan pihak2 tertentu.
Dari awal lagi aku rasa something fishy dengan aku nyer committee sini...memang bagus nak tubuhkan persatuan penduduk tapi kena la ikut peraturan dan tatacara yang betul...

p/s: nama tempat  aku ni Cahaya Permai Apartment,releven tak isu diatas ngan nama apartment hahahah.....:)

5 comments:

Ati Masrif said...

emm..ni kawasan klang ke zul
sana banyak bangsa lain kan..

isu ni mmg sensitif sikit..

tapi kalau selain azan
boleh dipertimbangkan lah..

Zullism said...

kwsan seri kembangan akak..boleh kata 50% bangsa lain2..itu yang menjadi isu tu...

Cik Ina Do Do Cheng said...

Mudah je kalau semua boleh dibawak berunding. Tapi akak takut nak cakap membabitkan islam ni dorang terlebih sensitip.nanti cepat sangat dorang mengkafirkan kita. Masa kat rumah lama time azan je mengunakan pembesar suara. Masa kat perumahan akak sekarang ni, tak kira waktu ceramah pun pakai pembesar suara.Pembesar suara yang terlampau kuat, cerita cam bersangkutan ngan politik. adat-adatlah kalau nak berceramah, kang kalau ditegur, melenting plak. ceramah je bagi orang dalam surau je dengar.

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

semua boleh bawak bincang. takkan sebab kita majoriti di negara ni kita boleh berlaku tidak adil.

tapi menarik gak ada forum komuniti eh. =)

Bandar Putra Permai Resident said...

Cuba bawak-bawak berbincang kat Portal Komuniti Bandar Putra Permai di ruangan aduan. Mesti ada yang akan beri pendapat..

Post a Comment