Salam,
Apa masalah dengan mereka-mereka ni, aku pun tak tau nak tunding jari pada siapa..?
Pernah dengar perkataan ni KOREKSIONAL.
Perkataan ni diguna pakai pada Pusat Koreksional di negeri-negeri seluruh Malaysia
Tetiba aku rasa bengang bila perkataan KOREKSIONAL ni di cilok dari bahasa Inggeris CORRECTIONAL
Kenapa perlu cilok bahasa lain sedangkan Bahasa Melayu itu sendiri sememangnya kaya dengan istilah.
Seperti cakap member aku, apa yang DBP buat ni takkan tak dak semakan kot..nak salah siapa sebenarnya?
Masalahnya yang buat pandai-pandai penciptaan perkataan baru ni kebanyakkannya datang dari Jabatan-jabatan Kerajaan.
Apa kata Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa DBP?
"Koreksional tiada dalam bahasa Melayu. Perkataan yang sama erti dengan perkataan tersebut ialah pemulihan".
Bukan setakat sepatah dua bahasa yang dicilok dari bahasa lain dan dimelayukan tapi banyak lagi seperti
Intervensi = Intervention
Numerasi = Numeracy
Literasi = Literacy
p/s:Kedengaran pelik pun ada apa yang nak korek ntah...Kalau perkataan koreksional sama erti dengan perkataan pemulihan kenapa tidak digunakan pemulihan saja.
18 comments:
adeh...perkataan mcm ni pn ade??? rosak betul bahasa melayu skang nih...
ptotla sebut pown laen mcm je....
;(
jom singgah n follow belog fyna.
http://inibelogfyna.blogspot.com/
pemulihan...? mmm bkn utk pulih kot... pembetulan laa gamaknya...
tak tahu pulak perkataan tu brsl dr bhsa uncle sam...sy dari dulu pelik dgn prktaan tu,...tahu pun sbb wujudnya kadet koreksional...
hurm..sekarang bahasa melayu dah banyak pinjam perkataan lain... sampai kadang2 kita sendiri keliru... hhehhe.. x salah la kalo ramai yang cakap bahasa rojak.....huhu
heran yek..
dah sah..sah..BI kan
bijak..bijak org yg guna pakai tu
orang Melayu ni suka melayukan perkataan B.Inggeris. tak bangga dengan bahasa ibunda agaknya..
hurm.. mmg byk perkataan perkataan ditranslate terus dr BI skrg nie. xkena sungguh gayanya..
Kelakarnya... Boleh yea camtu? Nak betulkan apa ya?
suka sangat ambik jalan mudah..lain kali cipta lar perkataan baru macam "nazif" .. haha..
aihhh..lain bunyinyer tu
sy setuju, cakap takkan melayu hilang di dunia, tapi ase cam dah makin hilang je ni, salah siapa? generasi muda yg jadi mangsa..
Salam...alang2 guna perkataan sama bunyi dgn BI, guna BI keseluruhan aje lah. Kalau nak BM guna BM sepenuhnya..Jgn sampai ada org kata BM kita terhasil dgn plagiarism (alamak! aku pun terguna BI ke BM gak...huhu)
http://abanglongonline.blogspot.com/2011/06/bangga-tiada-dara-part-2.html
Bahasa malaysia kalau kita teliti betul-betul memang banyak perkataan dicilok dari bahasa lain.
tatabahasa pun dah langgor jerk skrg ni...
hurm,,,bahasa sekarang da banyak yang meniru omputis punyer...bile lar omputis tu nak tiru kite pulak..huhu~~
bahasa itu bersifat dinamik kerana sentiasa menerima bahasa baharu. tetapi jika proses pemilihan kata yang membabi buta sebeginilah menghancurkan usaha memelihara keaslian bahasa Melayu itu sendiri
memang sakit hati tengok BM dah jadi kucar-kacir macam ni. saya pun pernah tulis pasal ni jugak.
apologi pun dah dimelayukan...
Post a Comment