Biasanya kalau awal-awal pagi pergi opis mesti aku layan redfm sebab suka layan kerenah Sarimah ngan Lil' Kev...kalau ikutkan saranan saintis, diawal pagi untuk mendapatkan mood baik ceria cuba dengar lagu-lagu yang ceria..apa saja asal ceria..confirm hari kita bermula dengan baik...tapi kalau pagi-pagi dah dengar lagu sedih-sedih jiwang confirm hari kita bermula macam lagu tu juga....
Sebenarnya aku nak cerita pasal murid aku dengan mak dia, kebetulan pagi tadi waktu memandu terserempak dengan diaorang betul-betul hadapan kereta comel aku.sempat lagi aku snap...mak dia siap cilok-mencilok mengayuh pantas...anak dia pulak membonceng kat belakang...aku rasa tersentuh sebab mak dia mengayuh basikal dari Kg.Pandan ke sekolah lebih kurang jarak 5-6 km camtu dengan keadaan jalan yang sesak pagi-pagi sebab nak sekolahkan anak dia...
Ibu tunggal dan menyara sorang anak lelaki tunggal...suami hilang entah kemana,sesi interview aku dengan si anak katanya ayah tak tahu pergi mana..pernah tengok ayah tak? tak pernah...
ayah tinggal mak macamtu saja.Sedih ingat kisah diaorangni...tapi apa boleh buat memang ketentuan macamtu..
Mujur si anak ni rajin dalam pelajaran...nak kata bijak tu tidak tapi rajin.Itu memang kelebihan dia yang Allah bagi...Rajin memang kunci kejayaan..aku selalu nasihat anak dia supaya rajin belajar tolong maknya esok-esok.Aku selalu nampak si anak ni makan roti gardenia 60sen, pastu duit dalam poket ada RM1,aku paham sebab mak dia kerja restoran tapi position tak tau apa..
Pengorbanan ibu kalau nak dikira tak terbayar oleh anak-anak sampai mati.
Teringat pesanan Datuk Johari sewaktu bagi ucapan mesyuarat PIBG sabtu lalu, katanya kunci kejayaan anak-anak terletak pada ibu bapa,sekolah hanya membantu yang perlu main peranan lebih ibu dan bapa.
Katanya ada 5 syarat untuk mendapatkan anak cemerlang tidak kira dari keluarga miskin atau berada.(untuk ibubapa)
1-Ibu-bapa mesti sampai awal ke sekolah jangan loceng dah berbunyi baru nak sampai.
kesian si anak nak menjawab dengan guru sampai lambat sebab mak ayah hantar lambat
2-Pastikan kelengkapan persekolahan anak mencukupi dan sama.
pakai,alat tulis,beg, dsb mesti lengkap
3-Ambil tahu perihal anak di sekolah dan di rumah.
dirumah tanya anak apa yang diaorang belajar,ada kerja sekolah ke tidak,semak buku anak sekali sekala,kalau anak nak keluar ambil tahu kemana dan dimana anak berada dengan siapa dia berkawan.
4-Displinkan anak pada peringkat sekolah rendah.
Masuk tidur awal,bangun awal,siapkan kerja sekolah dahulu baru lepas bermain.
5-Ajar anak menghormati guru
kerana kalau anak hormat guru baik dengan guru confirm guru sayang nak minta tolong guru pun senang untung-untung guru bagi tuisyen freesave budget
katanya lagi sekiranya ibubapa dapat mencapai 5 pekara pada peringkat sekolah rendah ni insyaallah pada peringkat menengah anak-anak dapat survive punya...apa yang dikongsi oleh Datuk Johari memang akau rasakan berguna dan itulah resepi ibubapa Datuk Johari,sudah terbukti anak dia berjaya
p/s:Aku tak dapatla nak buat 5 pekara tu lagi maklumlah available lagi hahaha :)
1 comments:
5 tips perkara yg simple dan kebanyakan ibubapa tk peduli tp sebenarnya ini yg paling penting.
Post a Comment