Saja nak berkongsi tips yang selalu aku amalkan bila tak berpuas hati dengan sebarang perkhidmatan baik dari pihak swasta mahupun goment..:)
Pengalaman di Warung Pak Atan |
Biasa kalau berhadapan masalah yang berkaitan kerenah birokrasi ataupun terima layanan kelas ketiga ketika berurusan di kaunter sesuatu jabatan kerajaan mahupun swasta aku selalu banyakkan bersabar jer buat2 cool depan kerani kaunter .....tapi hakikatnya aku dok tengah mengutuk tak ingat dalam hati :)
Apa aku buat selepas tu ?Bagaimana nak dapatkan maklumbalas segera selepas membuat aduan ?
Balik rumah buka email compose email aduan kepada bahagian aduan pelanggan ,tulis panjang lebar apa yang aku tak puas hati ,boleh sertakan nama kerani yang bertugas,tarikh,tempat dan masa kejadian
buat karangan tahap2 SPM punya kalau agak malas karangan tahap UPSR pun boleh terima.
Kalau boleh mulakan ayat aduan dengan puji-pujian kemudian barulah disertakan dengan keadaan semasa kejadian :)
Dan jangan lupa pastikan alamat email yang betul,cc kan kepada pihak atasan atau ketua pengarahnya sekali..confirm respond yang diterima sangat cepat.Selamat mencuba..:)
Sebenarnya aduan yang kita buat tu bukan sekadar meluahkan isi hati tapi supaya ada penambahbaikan dan pemurnian terhadap servis yang diberikan kepada pelanggan :)
Tapi sebenarnya cara ni aku rasa cuma berkesan pada goment n company besar2 ja macam,KFC,McD,TESCO dll..Kalau gerai kak jah,warung2 tepi jalan tu tak tahula...heheh
p/s:Teringat pengalaman dekat McD bukit bintang...pelayan boleh marah2 dekat aku sewaktu buat order. hmmmm saja dia cari nahas...hahah
Aku memang tak confident kalau nak masukkan borang aduan dalam peti aduan.
0 comments:
Post a Comment