Friday, March 22, 2013

The Killing Site

Salam,

Sekeping gambar dan seribu cerita...



Aku sudah kehilangan 2 orang yang dekat dihati, walaupun tak pernah aku zahirkan betapa bimbangnya aku pada mereka ketika mereka masih hidup.
Kedua-duanya menunjukkan simptom yang sama, pada usia yang lebih kurang sama diawal 30an.Kedua-duanya meninggalkan isteri dan anak bersama mengharung ranjau hidup yang masih panjang.
Sedikit kilaf di hati kerana aku tidak mampu menyedarkan mereka tentang betapa bahayanya benda ni.
walaupun emak aku cakap.. kalau dah ajal tu mati juga...namun sekurang-kurangnya kita cegah dan elakkan...

Jangan merokok wahai penghuni dunia.Banyak yang terluka, banyak yang sengsara kerana derita api membara...


p/s: Entri kali ini hanyalah sekadar menyokong kempen anti rokok  Katakan Tak Nak :)

0 comments:

Post a Comment