Saturday, September 17, 2011

Semoga Tuhan Merahmati pemergiannya,,,,Amin

Salam,


Baru sampai KL hari ni,sudah 5 hari berada di kampung....abang kesayangan telah kembali kepada yang Esa pada 13 September 2011.
Terlalu awal rasaya pemergiannya memang tidak kuduga dan dijangka...seawal usia 33tahun dia telah pulang menghadap yang Esa.Walaupun kami adik-beradik tidak rapat dan jarang sekali untuk berborak .Tapi jauh disudut hati aku sememangnya menyanyanginya walaupun tidak pernah aku zahirkan...Kenangan bersama kita akan ku kenang sehingga akhir nafasku....Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....Amin

Arwah abg dua dari kanan barisan belakang

Arwah abang paling kanan kenangan bercuti di Pulau Pinang

Monday, September 12, 2011

Labu-Sangkaya (Coconut Egg Custard)

Salam

Saja jer nak test buat labu Sangkaya ni dok tahan lama dah.nak buat pun senang ja.... perghhh...tangkap nangis rasanya...





Ni resepinya.


Labu-Sangkaya

1 biji telur*
3 sudu besar gula perang*
3 sudu besar susu tepung*
3 sudu besar santan serbuk*
1/2 sudu teh garam (secukup rasa)*
Air secukupnya*
1 biji labu saiz kecil

Cara-caranya
blend sekali yang bertanda*
sekiranya pakai santan cair atau susu cair
tak perlu letak air lagi
resepi untuk sebiji labu yang yang kecil

Potong bahagian atas labu, korek buang biji ngan serat2 kat dalam..bersih2 tau..
tuang bahan yang diblend tadi dalam labu ..bakar 1jam, suhu 200@celcius


Selamat mencuba...

p/s: Dok biar kakinadodocheng jer masak nak jugak sekali sekala tunjuk skill muahahah...

Saturday, September 3, 2011

Maafkan saya yer....