Tuesday, November 30, 2010

Oh Credit Card!!!

Salam,


Bagi mereka yang teringin nak pakai kredit card disini aku ada beberapa nasihat...


Aku bagi fakta yang manis tentang credit card..
  1. Anda berasa bangga apabila mempunyai credit card.deruan hormon adrenalin menderau dengan banyaknya bila anda menurunkan tandatangan nak-nak apabila awek2 memerhatikan dari jauh..
  2. Anda berasa ghairah untuk memohon credit card sebab nak nampak hebat
  3. Anda akan selalu berasa ada duit selagi credit tak mencecah had limit...padahal anda akan berhutang sewaktu berbelanja
  4. Anda secara tidak langsung berdaftar dengan "along" berlesen.
Fakta pahit tentang credit card...
  1. Anda mula keguguran rambut setiap hujung bulan.
  2. Telefon akan berdering setiap hari sekiranya tidak dapat menyelesaikan baki minimum..
  3. Keterhutangan menyebabkan anda dilanda kemurungan bila tak boleh bayar minimum..
  4. Menjuruskan anda makan maggi pada awal bulan..duit dah abis bayar hutang.
Sebenarnya banyak lagi pro and con dalam menggunakan credit card tetapi kalau nak pakai juga silakan...kemudian ingat balik fakta yang aku berikan betul atau tak...?


Info tentang credit card Dos and Donts

p/s:Tapi credit card penting jugak time sesak-sesak..:)

Use ur Credit Card Wisely..

Saturday, November 27, 2010

Aduh....lega!!

Salam,

Cuaca sejuk malam ni...sampai tadi dah petang,....maklum la bercuti pelak kat kampung.. nak sampai kampung pun singgah sana,singgah sini....
Akhirnya dapat sambung balik tugasan wajib...blogging..muahaha..dah 2 hari terbantut..takdapat nak blogwalking..jeguk member-member...sori yer...
Ni pun datang umah member guna wifi kat umah kampung takdak internet..terpaksa menagih simpati member2...hahah..

Fuhh lega dapat internet...lihat betapa pengaruhnya internet dalam hidup kita..dulu takdak internet tak kisah pun takdak sehari tak kisah pun sekarang takdak sehari dah tak senang duduk,tak keruan dah ni....alhamdullilah dapat sekejap pun cukup mauahaha...


Ok start balik blogwalking...komen-komen.... :)

Friday, November 26, 2010

Aku benci Ben Ashaari?

 Salam,
Sihat ker semua?..Tido lewat sket cuti-cuti ni..:)

Aku yang bermasalah?,Dia bermasalah? atau semua orang ada isu macam aku..?
Aku perasan satu,tidak semena-mena aku boleh tak suka seseorang.Tak tahu kenapa,walaupun aku tak pernah bertegur sapa apatah lagi berjumpa,setakat dengar keburukan dia,gaya dia,cara dia dan tengok muka pun dario jauh,kalau kat tempat kejer aku setakat hai,hai jer.Orang tu tak pernah kenal aku pun.
Ada sesapa ada masalah macam aku?

Kenapa boleh jadi macamni?
nak kata takder chemist aku tak pernah berborak pun ngan dia,tak serasi, tak pernah bergaul mesra pun...mungkin dah ditetapkan macamtu kot.sememangnya aku tak pernah berprasangka buruk dengan sapa-sapa pun..."hati mau baik maaa"

http://www.benashaari.com/
Ben salute U!!
Aku benci Ben Ashaari?
mana mungkin .kalau dah  tiap-tiap hari masuk blog dia, dalam sehari 7-8 kali pergi sana... mana ada benci ben... :) suka masuk blog mamat ni ,sampai kekadang entri tulis kat blog list aku tajuk lain masuk sana tajuk dah lain... rapid sampai tak terkejar..

Tun i admire u!!

Mengantuk sudah.....

Good nite big moon,sweet dreams baby
 p/s: Sapa yang aku tak suka tu? mana ada larrr.semua aku suka ..hahah :)

Wednesday, November 24, 2010

Burger oh burger

Salam,


Baru balik dari makan malam ni,tapi sebelum makan tadi  diberi satu kejutan yang amat memalukan..



"Bro!Bro, blom bayar lagi makan burger ayam semalam"
Aku dengan member aku tercengang,terkedu,terkesima kejap...
"Sorry bang!Sorry,sorry macam mana boleh lupa"
Aiyoo mana nak letak muka ni..malu semalu-malunya...aku dah bedal burger ayam dan tak bayar semalam,
Macam mana larr aku boleh lupa benda-benda yang macamtu..lain kali tak ulang lagi...

Moral of the story : Bayar dulu sebelum nak makan burger tu,makan kat McD pun kena bayar dulu tau...

Tips mencari lagu

Salam,

Petang tadi baru lepas tengok cerita Ghost Whisperer...ending citer tu ada terselit satu lagu yang sedap didengar tapi tak tahu lagu apa dan siapa penyanyi..

So seperti biasa aku mengadap mr google  larr.
Sebenarnya terdapat beberapa cara yang biasa digunakan dalam mendapatkan/mencari lagu yang kita tak tahu tajuk dan penyanyinya..apa yang biasa aku buat:

  • cuba ingat lirik dari lagu tersebut 2 atau 3 patah perkataan pun cukup
macam kes aku tadi aku cuma  ingat ayat ni jer.."good nite big moon,sweet dream baby"

  • then google gunakan perkataan tersebut
tengok apa hasilnya...
ada pun..:)
  • dah dapat  tapi tak pasti buka youtube cuba cari guna keyword dari google tu..comfirm dapat

ok dah dapat boleh dengar puas-puas...nah enjoy lagu yang aku rasa best ni..

Michelle Branch - Crazy Ride




Goodnight big moon
Sweet dreams baby
If i could have one wish tonight,
it would be that
You'll always keep, keep the starlight in your eyes

One day you'll grow up
One day you'll walk out
in this big world on your own
And they'll be days that your heart will break and
You'll swear that all your strength is gone

Then you'll find a way to carry on

Heaven knows that its a crazy ride
It's never perfect all the time, it will pull you down
And send you flyin', so baby hold on tight
On this crazy ride

[Crazy Ride Lyrics On http://www.elyricsworld.com/ ]


So don't be scared when
Your in the darkness, and the sun is swallowed by the ground
You'll think its gone but its hanging on
Its just on the other side of town.

Even when its lost, it can be found

Heaven knows that its a crazy ride
Its never perfect all the time
It will pull you down and send you flyin'
So baby hold on tight,
On this crazy ride

oh, oh, oh, ohhhhh

Heaven knows that its a crazy ride
Its never perfect all the time
You know it's just a crazy ride,
Its never perfect all the time
It will pull you down and send you flyin', so baby
Hold on tight, on this crazy ride

Goodnight big moon,
Sweet dreams baby

Sebenarnya lagu Michelle Branch ni  dia cipta untuk anak dia..
cuba hayati lirik Crazy Ride ni memang menyentuh perasaan terutama bagi yang ada anak...:)

Tuesday, November 23, 2010

You are global warming wise?

Salam,


Try thiz quiz.


I just completed it..and my score...


above 50%..consider okla tu kan heheh...

Aq dan Semua

Salam,


Hari ni SPM mula...jawab elok-elok pada adik-adik dan blogger-blogger yang gigih study dan ulangkaji mati-matian.
Semoga impian korang tercapai..hehhe...Time aku dulu nak ambik SPM pun gigih jugak..heheh


Buat Aq dan Semua...ni sorang blogger muda yang punyai berbagai impian..:)
abang nak ucapkan selamat gemilang dan cemerlang...lupakan dulu moto hang dan cintan-cintun hang tu..jawab elok-elok yer dik..





p/s: pikir-pikir balik time SPM memng susah subjek dah banyak..mana time tu jiwa muda ingat nak main jer...uiks mujur dah lepas walaupun result tak segempak Amalina..heheh

Sunday, November 21, 2010

Tahniah Kak Ina

Salam,

Hari ni aku menghadiri konvokesyen ke-9
OUM (Open University Malaysia) dan hari ni jugak  adalah hari gembira bagi kakak aku….



yeaaa…dia konvo,,setelah 4 tahun berhempas pulas..sebagai isteri,ibu dan guru.

Akhirnya berjaya juga dia dapat segulung ijazah..

Again….congrats kak ina..opsss..bukan kak ina mail yer...

kak ina mail dah lama dah lepas part ni..heheh


Terus sain autograph peminat..:)


p/s: Tahun depan adik follow akak yerr.. …terlambat sikit sebab leka blogging…:)

Friday, November 19, 2010

Jangan Ada Dusta Antara Kita-Angkasa

Salam,


Jiwang-jiwang jap malam-malam ni...melayan perasaan... :)




Nyanyian band ni memang best but i prefer Broery dan Dewi Yull punya version lebih soothe n relax...




p/s: Tahukah anda?  Kak Nita(Anita Sarawak)pernah berkahwin dengan Broery Marantika.Dan sekarang Kak Nita bahagia bersama Abang Mahathir....:) Cayalah Kak Nita..

Semua Tak Ada

Salam,

Baru balik dari dinner terus nak buat entri tentang kedai makan sorang abg ni...nama kedai pun aku tak ingat da...

Dekat signboard kedai tulis besar-besar Nasi Ayam dan Mee Udang

Aku pesan ko-teow udang member pesan bihun udang...
Dah larr lambat satu hal, taste...komen aku  `lite-lite' tapi member aku cakap 'plain'..
Aiyooo macam mana larrr.. bang ko boleh letak Menu Utama besar-besar kat depan kedai tu Mee Udang...tahularr aku gantikan mee ngan ko-teow tapi kuah masih sama kan..

Sambil aku dok  ngadap nyer dinner yang 'plain' tu...dengar pekerja ambik oder..ada orang pesan nak makan nasi ayam ngan sup daging...boleh dengan selamber anak tokey cakap "yang berasakan ayam habis,Sup daging pun habis"
Aiyooo....camna nak meniaga ni...dah tahu ayam dan daging  tu main ingredient untuk business makanan ni,macam mana larrr boleh tak sedia banyak-banyak abg oiii...
Mmmmm...sedih sangat..walaupun takdak kena mengena dengan aku ...hahah

Mujur la tadi aku pesan berasakan udang...

'Plain,lite-lite' pun sapu habis semangkuk gak..hahah..
Rezeki jangan dibazirkan
pic ni cari kat google..bukan  mee udang kedai abg tu..mmm..

p/s: Bila larr boleh nak makan mee udang kuala sepetang ni...

Thursday, November 18, 2010

Jom Cuti

Salam,
Jom cuti-cuti..yang banyak cuti..habis-habiskanla cuti-cuti  yang banyak tu..hehe
Aku dah mula cuti smalam sampai tahun depan baru keja balik...
Jadi apa aktiviti yang sesuai...yang pasti aktiviti terasnya...


 makan-makanla apalagi



pastu ...Tido lee...boleh bangun lewat muahaha.
Ouch...memang best..pastu naik tahun depan bulat tak ingat...obes terus hahah...

Yang pasti aku akan merindui member-member dan anak-anak murid yang nakal...:)



Monday, November 15, 2010

e-gTukar Sistem Pertukaran Guru

Salam,

Pagi ni memang semangat berkobar-kobar begitu juga dengan member-member yang sama memohon untuk tukar daerah/negeri...sebab result dah keluar..

Yang belum semak status pertukaran boleh semak kat sini.

Aku pun memang berdebar waktu dok tunggu loading result.....
Keputusannya kat bawah...

 Waaaaa!!!!!.....memang sedey 
Permohonan pertukaran anda tidak diluluskan.Sila cetak surat dibawah dan kemukakan satu salinan kepada Pengetua/guru besar.
 Dah masuk kali kedua dah memohon untuk bertukar masih tak dapat-dapat.....

Kenapa permohonan aku gagal lagi.....Grrrrrrrrrr....
  • Adakah kerana aku masih disayangi ?
  • Adakah jarak rumah aku ke sekolah tidak cukup jauh ? dekat 30km tu..masuk town lagi lambat sket dah jam
Takpa tahun depan cuba lagi heheh...Usaha Tangga Kejayaan!
Sedey-memang sedey sebab member baik yang pohon pun dapat aku bersedih untuk mereka sedih dalam gembira..

Sunday, November 14, 2010

Aidid Mu'addib... You Know My Name -Adib vs AC.. I Support U

Salam,

Mujur aku tak kena tipu lagi...aku memang jenis yang suka mencuba benda baru dan mudah sangat terpengaruh..
Setelah baca blog Adib Mu'addib terus berasa lega..
Sekarang ni AC Mizal tengah stress ngan blogger Adib Mu'addib ni...sebab apa?
Senyum jerr tak stress pun!!!!
Layan blog Adib ni...

Friday, November 12, 2010

Susu 1Malaysia

Salam,

1Malaysia..Bukan setakat Gagasan 1Malaysia saja tapi Susu 1Malaysia pun ada...


Kali pertama pagi tadi tengok susu 1Malaysia.
Sebenarnya susu 1Malaysia ni merupakan Program Susu Sekolah dimana susu diagihkan kepada semua pelajar sekolah rendah dari tahun 1 hingga 6 diseluruh Malaysia dari Perlis sehingga Sabah.Kerajaan Malaysia  telah memperuntukan kira-kira RM 4 juta bagi program susu ini.

Model sedang minum dengan penuh bangga ...Sedap larr tu!!!

Teringat zaman dulu waktu sekolah rendah aku dapat minum susu,rasanya  program macam ni la juga...rasa
bangga pun ada... susu time dulu ada macam-macam perisa,coklat,strawberi,grape,oren..
Tapi susu 1Malaysia yang aku agihkan untuk budak-budak  ada  perisa coklat saja.


"Ia merupakan cita-cita saya bagi membangunkan generasi baru Malaysia yang lebih besar tubuh badan dan cergas otaknya.

"Jadi saya hendak memperkenalkan susu 1Malaysia yang akan dibekalkan kepada semua murid sekolah rendah dari Perlis hingga ke Sabah,"
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

"Susu  menjanjikan segala kebaikan bukan sahaja untuk perkembangan mental anak-anak anda malahan juga untuk perkembangan fizikal mereka"
 Info: Susu 1Malaysia

Dalam 10 Cakap 1 Nombor

Salam,

Tak tahan gelak bila tengok diaorang menyanyi...lirik yang kreatif penuh dengan makna....

Dalam 10 Cakap 1 Nombor

Dalam sepuluh cakap satu nombor
Dalam hati aku ada apa aku cakap
Tujuh lu cakap ada tujuh keretaku
Siang dan malam enjoylah kerjaku
Aku nak menari janganlah lari
Dalam sepuluh cakap satu nombor
Dalam hati ada apa aku cakap
Lima lu cakap lima kali tambah nasi
Lima kali makan lima minit lapar lagi
Dia siapa lagi sedarlah diri
Siang malam kira duit jadi hobi,
Bangun pagi sampai lupa gosok gigi
Patutlah bau macam ikan basi,
Gaya pun gergasi
Tandori ,capati,Kentucky,
Itu semua mau makan
Ayam itik panggang,itu semua abang belikan
Ini makan minum sikit kasi kau team…..
Kalau tidak kita akan balik kutip tin…
Duit banyak lagi apa peduli..
Dalam sepuluh cakap satu nombor
Dalam hati akau ada apa aku cakap
Dari jauh ku tengok ingat beras punya guni,
Datang dekat baru tau ini minyak punya tangki.
Muka macam roti canai hangus,
Banding dengan ketam,ketam lagi bagus
Apa kau peduli duit banyak lagi...

p/s: Apa komen korang?

Monday, November 8, 2010

Kodinhi-India Twin Town

Salam,


Rasanya semua pernah dengar pasal kembar...
Motif kau zul !nak citer pasal kembar-kembar ni!!!


Tahukah anda pasangan kembar paling banyak di dunia boleh ditemui di sebuah kampung dikawasan pendalaman India.
Kodinhi juga dikenali sebagai India Twin Town mempunyai 250 pasang kembar dimana penduduknya cuma terdiri daripada 2000 keluarga.

Apa yang menjadi kebingungan dan misteri pada saintis2 pasal kembar di kampung ni...
  • secara purata kelahiran kembar global ialah 4 bagi setiap 1000 kelahiran tapi Kodinhi mencatat 42 bagi setiap 1000 kelahiran..memang hebat bukan..:)
  • pastu biasanya wanita yang berumur dan dewasa yang mengalami kelahiran kembar tapi kat Kodinhi kelahiran kembar ialah bagi wanita yang muda(18-20 tahun)
  • lagi kembar ni biasa terjadi bagi ibu-ibu yang ketinggian lebih dari 5ft 3in tapi di Kodinhi purata ketinggian wanita anak kembar ialah 5ft.
  • satu lagi bukan ada IVF treatment pun bagi ibu-ibu disini berbanding negara barat yang nak anak kembar buat jer IVF treatment.( IVF=In vitro fertilisation(sel telur disenyawakan sperma diluar tubuh badan... nak buat kos mahal OK!!!)
  • dan lagi kebanyakkan kembar di sini seiras yang sememangnya sesuatu yang ganjil.

p/s: Comel tak kembar pic ni.hehe...yang sebelah kanan tu dah ada blog sendiri dah :) lol
 Info: Kodinhi,Twin Town

    Saturday, November 6, 2010

    Melaka Night Zoo

    Salam,

    Dah lama teringin nak pergi night Zoo ni..Akhirnya dapat juga peluang pergi.Kali ni mengikuti rombongan pelajar sekolah ke Melaka dan antara aktivitinya melawat Melaka Night Zoo.

    Perasaan teruja ,sedikit seram,risau pun ada dan yang paling aku tertanya-tanya...nampak ker binatang malam-malam ni?.

    Zasss...gambar kat sana.
    Kedai Tom Yam ker Zoo Melaka ni?


    Excited menunggu train tu..

    Suasana atas train

    Cuba teka haiwan apakah yang terdapat dalam gambar adik-adik?

     Nak gambaran lagi jelas keadaan Melaka Night Zoo cuba tgk video kat bawah ni...


     Apa komen setelah tgk video diatas?

    Pada pandangan aku melawat night zoo memang memberikan satu pengalaman yang baru..
    Seperti kata murid aku "Cikgu saya taknak ambik gambar,kang ternampak gambar 'tu' kang!"
    Haiwan seperti Harimau,gajah,rusa memang nampak aktif pada waktu malam ..siap mengaum lagi..tapi sepanjang perjalanan atas tren cuma haiwan yang disuluh oleh petugas zoo saja yang boleh nampak.
     Lawatan ke sini boleh larrr bagi 5* sahaja dari 10*.

    Banyak penambah baikan lagi yang perlu dilakukan oleh pihak pengurusan Zoo Melaka.
    • Selenggara ground light(ada yang tidak berfungsi dan tertutup dengan daun-daun dan rumput)
    • Tren tidak mencukupi.hanya 2 buah tren bagi menampung bilangan pengunjung yang ramai.(dah tahu hari cuti paham-pahamla orang nak pegi tengok binatang)
    • Tambah petugas bagi memantau pengunjung 

     p/s: Lagi best lawat zoo waktu siang

     Info lebih: Melaka Night Zoo

    Tuesday, November 2, 2010

    Chen Wei Yih

    Salam,

    Kalau balik kampung atau kat opis  aku selalu disoal dengan soalan-soalan 'Cepu Emas'.

    Bila nak makan nasi minyak ni zul?
    Bila nak kawin? kerja dah ok,kereta dah ada,rumah dah ada,bila lagi?

    Seperti biasa soalan yang perlu dijawab oleh golongan yang belom kawin macam aku ni...haha..

     Ada yang kisah(tak suka) ngan soalan 'cepu emas' camtu ada yang tak peduli!! dan ada yang  malas nak layan!!!
     Tapi kalau aku orang tanya soalan tu...aku jawab jer dan aku tak terasa hati pun kalau orang tanya...

    Tengok apa dah jadi pada minah sorang ni...
    Chen Wei-yih
    Taiwanese Woman Marries Herself

    'Age thirty is a prime period for me. My work and experience are in good shape, but I haven't found a partner, so what can I do?' she stated
    Kawin dengan diri sendiri tu...sebab tekanan dari soalan-soalan 'cepu emas'tula,orang asyik tanya jer pasal kawin,buat keputusan kawin dengan diri sendiri....Susah sangat haha!!!!

    Zassss..... enjoy tgk gambar perkahwinan sorang-sorang Chen Wei-yih









    p/s: Apa hadiah kawin yang sesuai untuk minah sorang ni yer?


    Read more: Chen Wei Yih