Saturday, April 21, 2012

I love kimchi


 여보세요
 잘 지내

Anda paham?,tak paham?...buat-buat paham jer sebab aku pun tak paham...:)



Jom kita membaca semua


 Kalau benda diaorang minat tak payah susah-susah nak suruh...yang paling aku tak tahan siap beli lagi kamus tu..baca kamus ok!!.kalau aku soh baca buku Sains ker Kajian Tempatan ker sampai berbuih mulut rasanya....
Hebat betul pengaruh budaya pemakan kimchi ni yer....dari lagu,makanan,gaya rambut,bahasa walaupun kita tak paham dapat tembus tembok budaya kita..betapa terbukanya anak-anak Malaysia...:)

"Kerajaan sedia mempertimbang untuk melaksanakan pembelajaran bahasa Punjabi di sekolah sekiranya terdapat permintaan dan bilangan pelajar yang mencukupi untuk mempelajarinya, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin"

p/s:Pasni kena buka kelas bahasa Korea pulak yer Tan Sri akan ada permintaan kot... :)

Sunday, April 8, 2012

Projek Bumi Hijau

Salam,

Hari ni bangun awal dari kebiasaan, aku ngan member ada  misi khas, 3R reduce,reuse,recycle sebagai menyokong program Jom Kitar Semula....:)

Dah banyak sangat kertas dan botol kat rumah yang dikumpul,member rumah aku ni memang boleh di katogerikan sebagai aktivis alam sekitar....:)  aku menyokong jer...

Penuh kereta dengan barang recycle ni susah jugak nak cari tempat kitar semula, mula ingat nak hantar dekat area Seri Kembangan tapi pusat kitar semula tu terbiar siap orang longgokkan barang recycle dah jadi macam rumah sampah plak...terus ubah tempat pergi tempat kitar semula area Seri Serdang belakang UPM.


Gigih member aku...:)

Kalau kita hantar ke Pusat kitar semula  ada yang berbayar ada jugak yang tak, memang tak dapat duit tapi sekurang-kurangnya kita menyumbang kearah pemuliharaan alam kan.aku sebenarnya cari jugak tempat yang dapat duit ni...tapi cari tak jumpa plak hahah... tapi kalau betul-betul nak dapat benefit,rewards dari recyclable items ni boleh pergi hantar dekat tempat yang memang ambil barang dan kita dibayar siap ada yang boleh dapat point lagi.


Boleh tengok website ni

dimana setiap barang yang kita hantar kitar tu boleh dapat point dan point bole ditukar dengan barang macam tv,sonypalystation,ipod,voucher n macam-macam lagi.
Lagi best siap sediakan perkhidmatan  kutipan pintu ke pintu dan menerima hampir semua jenis barang kitar semula.

"Little effort has a powerful impact on the environment"


p/s:Banyak barang boleh recycle nak atau tak  jer.... :)

Thursday, April 5, 2012

Apa Warna Anda?

Salam,

Dulu waktu zaman kanak-kanak aku memang sedikit jeles dengan member-member seusia yang mempunyai kulit cerah,putih,putih gebu mmmm...kenapala kulit aku tak secerah kulit mereka nampak bersih,macam orang kaya,kemas,pakai baju apa pun macam masuk saja warna tu....sampai sekarang pun aku memang mengagumi mereka-mereka yang berkulit cerah senang cerita sedap mata memandang..

Sebenarnya bukan apa tadi dalam kelas aku dok settlekan masalah budak-budak mengejek ni..si budak Melayu ni dok mengejek budak India, gelap! hitam!..budak-budak ni memang pe`el diaorang mengejek kekawan ni, ada ejek nama bapak,nama datuk,nama nenekla macam-macamla apa saja benda yang boleh jadi bahan hiburan diaorang kreatif memanipulasi benda tu...huh

Kebetulan aku terdengar pasal ejek kulit hitam ni...aku pun cepat-cepat settlekan benda ni sebab kalau kita biarkan boleh melarat kang dengan mak bapak datang nanti dah satu hal plak...

Aku kalau budak-budak 1Malaysia ni buat hal tak kira Melayu ker Cina ker India ker semua akan kena hukuman.Tapi kali ni hukuman  berupa bebelan  sebab dah tak boleh merotan hehe

Aku bagi citer tentang aku zaman budak-budak dulu dan aku kaitkan dengan warna kulit sawo matang  aka gelap  aku ni ...sebab nak meredakan kemarahan si budak india tu...


"Awak tahu dulu kecik-kecik memang cikgu tak suka warna kulit cikgu yang gelap ni,tapi sekarang cikgu berbangga tau,kalau mat salleh nak kulit gelap tanned macam cikgu ni kena berjemur tanning berjam-jam bawah matahari ...tapi  warna kulit cikgu ni natural lahir-lahir warna camni,
tak perlu susah-susah nak berjemur lagi,so awak(si budak india) patut bangga dengan warna kulit awak,even kalau awak berjemur tengah panas pun tak payah bimbang kena sunburn sebab kulit gelap ni memang pelindung semulajadi setaraf SPF50 tau.......bla,bla.bla....
yang awak semua ni(budak melayu) bukan putih sangat pun jangan nak ejek-ejek orang lain setiap ciptaan tu ada kelebihannya...
Senyum lebar budak india tu.....selesai satu ceri :)

Nah ni sikit info tambah pengetahuan sikit :)

Kajian mendapati orang yang berkulit cerah mempunyai risiko yang lebih tinggi terkena barah kulit berbanding mereka berkulit gelap.

People who are very fair skinned, especially with fair or red hair, are more at risk of developing melanoma. So are people with a lot of freckles. People with darker skins can still get melanoma but they have more natural protection against it. It is extremely rare for black people in the UK to get melanoma. If melanoma occurs in African or Asian people they are mostly a type that occur on the feet (acral lentiginous melanoma). In the UK, if you are fair skinned and have a tendency to freckle in the sun, you are most at risk. CancerriskUK

p/s: Bukan berdosa pun kulit gelap atau cerah kan .....:)

Wednesday, April 4, 2012

Mak pun boleh tau......euwww

Salam


mmmm....

try guna blogdroid...hehe


Published with Blogger-droid v2.0.4