Wednesday, March 28, 2012

Don't Mess With This Teacher! Hancur satu handpone

Salam,

Jom layan video pensyarah perempuan mengamuk dengan pelajar dia sebab jawab phone time tengah dia bagi lecture...ni mesti kes berulang ni, budak ni selalu buat benda yang sama masakan sampai tahap camtu lecturer hilang sabar tu....
mujur  tahap kesabaran aku time mengajar masih meninggi lagi hahaha...kelakar pun ada..mengimbau kembali  bila teringat zaman-zaman awal mengajar dulu time mengamuk dengan budak-budak hahaha



Lain kali lepas ni nak bawa phone bawa yang cikai, murah-murah jer...kalau hancur boleh beli lain :)
apa jadi pada lecturer tu yer? budak lelaki tu confirm memberi lebih fokus pasni hahah

p/s:Jangan iphone dah...

Monday, March 26, 2012

Oh Ibu oh Ayah anak itu kita yang mencoraknya

Salam,

Biasanya kalau awal-awal pagi pergi opis mesti aku layan redfm sebab suka layan kerenah Sarimah ngan Lil' Kev...kalau ikutkan saranan saintis, diawal pagi untuk mendapatkan mood baik ceria cuba dengar lagu-lagu yang ceria..apa saja asal ceria..confirm hari kita bermula dengan baik...tapi kalau pagi-pagi dah dengar lagu sedih-sedih jiwang confirm hari kita bermula macam lagu tu juga....

Sebenarnya aku nak cerita pasal murid aku dengan mak dia, kebetulan pagi tadi waktu memandu terserempak dengan diaorang betul-betul hadapan kereta comel aku.sempat lagi aku snap...mak dia siap cilok-mencilok mengayuh pantas...anak dia pulak membonceng kat belakang...aku rasa tersentuh sebab mak dia mengayuh basikal dari Kg.Pandan ke sekolah lebih kurang jarak 5-6 km camtu dengan keadaan jalan yang sesak pagi-pagi sebab nak sekolahkan anak dia...


Ibu tunggal dan menyara  sorang anak lelaki tunggal...suami hilang entah kemana,sesi interview aku dengan si anak katanya ayah tak tahu pergi mana..pernah tengok ayah tak? tak pernah...
ayah tinggal mak macamtu saja.Sedih ingat kisah diaorangni...tapi apa boleh buat memang ketentuan macamtu..
Mujur si anak ni rajin dalam pelajaran...nak kata bijak tu tidak tapi rajin.Itu memang kelebihan dia  yang Allah bagi...Rajin memang kunci kejayaan..aku selalu nasihat anak dia supaya rajin belajar tolong maknya esok-esok.Aku selalu nampak si anak ni makan roti gardenia 60sen, pastu duit dalam poket ada RM1,aku paham sebab mak dia kerja restoran tapi position tak tau apa..
Pengorbanan ibu kalau nak dikira tak terbayar oleh anak-anak sampai mati.

Teringat pesanan Datuk Johari sewaktu bagi ucapan mesyuarat PIBG sabtu lalu, katanya  kunci kejayaan anak-anak terletak pada ibu bapa,sekolah hanya membantu yang perlu main peranan lebih ibu dan bapa.
Katanya ada 5 syarat untuk  mendapatkan anak cemerlang tidak kira dari keluarga miskin atau berada.(untuk ibubapa)

1-Ibu-bapa mesti sampai awal ke sekolah jangan loceng dah berbunyi baru nak sampai.
kesian si anak nak menjawab dengan guru sampai lambat sebab mak ayah hantar lambat

2-Pastikan kelengkapan persekolahan anak mencukupi dan sama. 
pakai,alat tulis,beg, dsb mesti lengkap

3-Ambil tahu perihal anak di sekolah dan di rumah.
dirumah tanya anak apa yang diaorang belajar,ada kerja sekolah ke tidak,semak buku anak sekali sekala,kalau anak nak keluar ambil tahu kemana dan dimana anak berada dengan siapa dia berkawan.

4-Displinkan anak pada peringkat sekolah rendah.
Masuk tidur awal,bangun awal,siapkan kerja sekolah dahulu baru lepas bermain.

5-Ajar anak menghormati guru
kerana kalau anak hormat guru baik dengan guru confirm guru sayang nak minta tolong guru pun senang untung-untung guru bagi tuisyen free save budget

katanya lagi sekiranya ibubapa dapat mencapai 5 pekara pada peringkat sekolah rendah ni insyaallah pada peringkat menengah anak-anak dapat survive punya...apa yang dikongsi oleh Datuk Johari memang akau rasakan berguna dan itulah resepi ibubapa Datuk Johari,sudah terbukti anak dia berjaya

p/s:Aku tak dapatla nak buat 5 pekara tu lagi maklumlah available lagi hahaha :)

Friday, March 23, 2012

Mensyuarat Boleh Menyebabkan IQ Rendah dan Mati Otak


Patutla ramai yang tak sukakan mesyuarat yer.....ada sebab yang kita tak tahu , asal sebut pasal mesyuarat mula boring jer...tapi kalau Dating pantang sebut...senyum lebar masing-masing..

Jom Baca artikel kat bawah tu aku dah tolong terjemahkan dah.. 
 tq  google translate nak suruh baca saja kalau letak English kang cakap tak paham pulak hehehe.....

LONDON: Berapa kerapkah anda menghadiri mesyuarat di tempat kerja anda? Jika penyelidikan ini boleh dipercayai, mesyuarat boleh membuat anda mati otak dan melemahkan keupayaan anda untuk berfikir bagi diri sendiri.

Satu pasukan di Institut 
Penyelidikan CrilionVirginia Tech di  Amerika Syarikat mendapati bahawa prestasi mereka dalam ujian IQ selepas mesyuarat adalah jauh lebih rendah berbanding mereka yang diberi pilihan untuk membuat keputusan sendiri.

Dan wanita lebih cenderung untuk melakukan lebih teruk berbanding lelaki, mendapati kajian yang diterbitkan dalam jurnal Philosophical Transactions Royal Society B.

"Anda boleh berjenaka tentang bagaimana mesyuarat jawatankuasa membuat anda berasa otak mati, tetapi penemuan kami menunjukkan bahawa mesyarat juga boleh menyebabkan anda mati otak juga," Read Montague, yang mengetuai kajian itu, dipetik sebagai berkata oleh akhbar The Daily Telegraph.

"Kami bermula dengan individu yang telah dipadankan untuk IQ mereka. Namun apabila kita meletakkan mereka dalam kumpulan kecil, tentukan kedudukan prestasi mereka berdasarkan tugas kognitif berbanding rakan-rakan mereka, dan maklumkan kedudukan kepada mereka, kita lihat penurunan yang  dramatik  keupayaan
beberapa subjek kajian untuk menyelesaikan masalah, "kata Montague.


p/s: Masalahnya meeting tu penting..kalau tak buat kejer tak jalan pulak...mmmm camna yer..

Friday, March 16, 2012

Anggerik Ke Orkid

Salam,

Sesiapa peminat pokok bunga mesti tak lepas nak tanam koleksi orkid bukan....orkid ke anggerik yer...
Mak aku panggil orkid ja...tak pernah dengar dia sebut Anggerik...
Orkid tu asal dari Orchid English yang di melayukan...hahaha

Ok jom layan Orkid aka Anggerik koleksi mak aku spesis Phalaenopsis ni jer yang tengah berbunga so aku snap jer..


 Spesis Phalaenopsis yang diatas aku tak tahu nama sebenarnya...mak aku pun tak tahu nama...aritu dia sempat cerita ada sorang Chinese minta nak beli dengan harga RM100...dia punya sayang tak jual oooo...katanya susah nak jumpa cari kat nursery pun tak jumpa.

Phalaenopsis Amabilis aka Anggerik Bulan
Yang kat atas warna putih pula Anggerik Bulan ...

Yang kat bawah ni cuba teka pokok bunga apa yer?


 Ada yang cakap pokok burung bertenggek,tapi kakak aku cakap pokok Angry Bird...huh terpengaruhla tu...

Nanti birthday mak nak cari spesis ni pulak Vanda Siti Hasmah...
 harap-harap leh jumpa kat mana-mana nursery..
Vanda Siti Hasmah




 gambar Vanda Siti Hasmah pinjam dari blog :4loveoforchids
p/s: Hobi menanam pokok bunga-bungaan ni boleh jadi terapi minda dan mengurangkan stress.

Thursday, March 15, 2012

Cucur Udang RnR Juru

Salam,

Kalau ada peluang sesiapa yang gunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke Selatan...
Boleh berehat  sebentar merasa Cucur Udang Best
RM1 hengget seketol.....lagi best tukang jual tu anak mami cun tinggi lampai, muka saja anak mami tapi putih melepak ala-ala Wardina pun ada....Jangan lepaskan peluang merasa yer...kalau sorang makan 2 biji pun dah cukup ....aku kalau balik ke kl memang tak lepaskan peluang singgah makan cucur udang ni...taugeh dengan daun kucai punyala banyak,kuah kacang pekatnya...fuhhhh teringat!!!!!





p/s:Nanti balik kampung abang singgah lagi yer dik...lupa nak tanya nama  dia sebab dia malu-malu hahahah