Saturday, July 28, 2012

Selamat Berjuang Atlet Malaysia

Salam,

Hanya dapat mendoakan kejayaan atlet kita di London..
Selamat berjuang Wira-wira Negara :)


Live official Olympic Channel 
Senarai Atlet Malaysia ke Olympic London 2012

p/s: Bab-bab sukan ni kureng sikit....sokong tu boleh :)

Tuesday, July 24, 2012

Daging goreng bersama Cendawan Enoki

Salam,

Kali ni rajin-rajinkan diri masak daging pula, walaupun hakikatnya aku bukan     penggemar daging :)

Kalau kat tempat kejer sebelum balik mesti nak  borak-borak tanya resepi  untuk berbuka, kasi semangat sikit :)

Kalau harap nak pergi bazar ramadhan time desperate baru aku pergi ,sebab buat sakit hati saja,orang nak meniaga diaorang pun sibuk nak meniaga,harga mahal,rasa hampeh,kalau masak sendiri tak sedap pun takpa puas hati heheh.


Resepi berbuka puasa hari ke 4

Daging Goreng Bersama Cendawan Inoki






Resepinya:


Daging Lembu 100g-150g
1 peket Cendawan Enoki
1 sudu teh lada hitam
garam secukup rasa
Bahan A
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar kicap
1 sudu teh  gula

Cara-caranya:

Potong daging lembu ikut saiz suka hati, mesin/tumbuk bahan A dan perapkan daging dengan bahan A(perap paling kurang 1/2 jam,lagi lama perap lagi bagus).

Goreng daging yang telah diperap sehingga sedikit kekuningan kemudian masukkan bawang bear yang telah dimayang,Masukkan lada hitam,dan akhir sekali masukkan cendawan Enoki(Korea mari) dan perasakan dengan garam secukup rasa..Hidangkan...selamat mencuba :)

p/s: Resepi ni untuk 2-3 orang makan kalau lebih pandai-pandai la adjust yer :)



Sunday, July 22, 2012

Udang Goreng Berempah

Salam,

Sempena Ramadhan ni aku jadi lebih rajin :) dapur kembali panas heheh

Ok nak kongsi resepi berbuka hari pertama Ramadhan.

Udang Goreng Berempah 


Resepinya:

Udang dalam 150g-200g
1 sudu besar serbuk kari ikan


Bahan A
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih
1 inci halia muda
1 labu bawang besar
1 biji cili merah


Bahan B

1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu teh pati ayam
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar gula


Cara-caranya:
Tumis bahan A sehingga agak-agak layu, masukkan serbuk kari(gunakan api kecil sewaktu menumis jangan sampai hangit plak).Masukkan bahan B tumis lagi sampai agak masak semua bahan tadi.Akhir sekali masukkan udang yang telah dicuci goreng hingga sebati dan angkat.
Selamat mencuba :)

p/s: Saja letak resepi, tahun depan aku leh buat rujukan senang nanti :)

Friday, July 13, 2012

Written in the Skyالله أكبر

Salam,

Sebelum ni aku biasa tengok pic tentang tulisan الله dalam pic yang orang tag dekat FB atau email ...kali ni aku sendiri yang snap pic ni .... :)

Written in the Sky

p/s:Nilai sendiri apa yang anda nampak :) jangan malu nak share yer...

Monday, July 2, 2012

Bila boleh call awak ?

Salam,

 :)CNN

Pernahkah anda terfikir bila waktu yang sesuai kalau kita nak calling2 member ?

Pagi sah-sah la dah nak mula kejer,kalau hujung minggu sah-sah dah masih tidur kot.
kalau time break mau dia tengah makan,kalau tengah hari tengah sembahyang kot,
kalau petang tengah stress jam mungkin,kalau malam sure tengah berehat tengok tv layan anak bini,tengah malam confirm masuk tido zzzzZZZZ..
Hurmm waktu mana yang sesuai untuk kita hubungi seseorang yer?

Kalau aweks anytime boleh  heheh

Sebenarnya pada aku kalau kita nak hubungi member ker,mak,ayah,adik beradik mahupun sesiapa saja bergantung kepada keperluan dan tujuan kita berhubung, kalau penting anytime boleh ,tapi kalau setakat nak borak kosong ngan member tu rasanya perlu kena timingnya...tapi kalau rindu dekat family kita anytime boleh ...

Apa sekali pun sentiasalah hubungi orang yang tersayang terutama ibubapa kita tak kira dimana saja anda berada :)

p/s: Nak call pun make sure credit lebih yer :)