Alhamdullilah tahun ni dah selesai dah satu bab....aku dah tunaikan zakat fitrah bagi tahun ni....
Walaupun aku menetap di negeri Selangor...tapi memandangkan mencari rezeki di Kuala Lumpur,maka lebih afdal aku tunaikan zakat fitrah di KL..tahun ni RM7.00.
Teringat kisah member baik aku,hubby dia suruh bayarkan zakat sendiri dan 3 orang anak.Sedih bila kenangkan nasib dia macamtu....apa punya laki zakat fitrah tu kan tanggung jawab suami.....mmmmm sakit hati bila dengar member di perlakukan macamtu........
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
KADAR FITRAH
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
WAKTU MENGELUARKAN FITRAH
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
WAKTU WAJIB Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya. | |||
WAKTU YANG PALING AFDHAL Sebelum sembahyang Hari Raya | |||
WAKTU SUNAT Sepanjang bulan Ramadhan | |||
WAKTU MAKRUH Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal | |||
WAKTU HARAM Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya. |
Sumber: e-zakat.com.my
Cepat-cepat larr pegi tunaikan zakat fitrah ni sebelum terlambat....
"Zakat itu menyucikan harta dan jiwa"