Sunday, August 22, 2010

Kafe dan Restoran Dapur Emas Putrajaya

Salam,

Semalam aku berbuka dekat luar, maklumlah dah lama dah dok makan masakan sendiri untuk berbuka..

Mula-mula cadang nak pergi beli lauk berbuka dekat Bazar Ramadhan Putrajaya jer...pastu ubah fikiran ngan member-member terus pergi berbuka dekat Restoran Dapur Emas.



Restoran Dapur Emas ni terletak di kawasan perniagaan Perceint 9 Putrajaya. Kalau nak pergi senang jer...cari Stesen Petronas Perceint 9,dekat belakang Petronas tu ada pusat perniagaan....dekat area situ larrr...cari jumpernyer...

Boleh call untuk buat tempahan : 0133310299 atau 0133929162

Dekat aras bawah Restoran ni ada macam-macam nasi campur dan masakan panas harga ikut pesanan larr...

Tapi untuk buffet Ramadhan kena naik tingkat atas memang murah
Dewasa RM17.00 nett
Kanak-kanak bawah 12tahun RM8.00 nett

Lebih dari  20 jenis lauk pauk...ada kuih-muih macam macam jenis, pencuci mulut....Boleh cuba larr berbuka dekat sini...Memang berbaloi pada harga dan rasa yang sedap....


Aku berbuka dengan ni jerr(mukadimah baru).....pulut dengan pengat durian dan kuih puteri mandi.

Ruang memang selesa luas,boleh muat sehingga 200 orang.Surau ada disediakan jangan bimbang....lepas makan sembahyang dulu pastu sambung makan balik...Kalau nak buat apa-apa majlis pun boleh, nak request makanan yang lain pun boleh...


Sekali-sekala berbuka dekat luar oklar...kalau  tiap-tiap hari mau pokai....
Selamat mencuba...

10 comments:

Danial Ikhwan Jaafar said...

murah betul kalau RM17. sekarang standard RM30 je nampak. lauk pon boleh tahan.
dekat kerteh ni, semua buffet RM30. nak buffet, gi masjid je la, free pon free haha cuma ramai orang je la. =P

Zullism said...

memang murah dadial kalau tahun lepas lagi murah RM12 tak ker menangis harga tu hahah....

kak ina mail said...

sesekali makan bufet pun sodapkan.tapi kalau makan bufet ni kena pandai. semua kena makan sikit-sikit.kalau tidak tak merasa.terutama nasi, kena makan sikit.lepas tu bolehlah ambik makanan yang lain.

Tempah DiSini~ said...

salam singgah... Nice sharing.. dah lama xpegi dapurmas... dulu mas keja sana selalu gak pegi...

Zullism said...

kak ina:tip yang bagus tu....nanti saya cuba..:)

Anonymous said...

sekrang lagi best ada kambing golek dan sup kambing panas-panas. memang terangkat!

Anonymous said...

jom makan kat dapurmas. kita pergi ramai-ramai dah memang mereka beri diskaun. boleh lepak sampai pagi.kalau guna wifi janganlah load gambar lucah nanti kena marah be!

Anonymous said...

tapi sedih lah sebab pengurus dapur mas yang lelaki tu (suami my untie/bapa saudaraku) dah mengadap ilahi bulan 5/2012 hari tu..semoga rohnya dicucuri rahmat.amin..:'(

Anonymous said...

HATI KENA BAIK DAN IKHLAS. TERLALU BANYAK BURUK SANGKA .... TAK BAIK AKU KERJA KAT SITU..... AL- FATEHAH BUAT ALLAHYARHAM PAK HASAN CHEF EZAM offshore/onshore exec.chef terengganu

Anonymous said...

saya bagi 1 bintang setengah

Post a Comment