Tuesday, August 24, 2010

Best+Wan

Salam,

Aku memang peminat setia Asian Food Channel (AFC) dekat Channel 703 Astro...Maklumlah suka makan,suka tentang pekara-pekara yang berkaitan dengan makanan ni...hahah..

Memang tak lepas kan peluang nak bukak rancangan AFC kalau ada masa kat depan tv..
Kali ni AFC menampilkan satu rancangan masakan yang dihoskan oleh Duta Masakan Malaysia yang terkenal....sapa lagi Chef Wan lerrr.....bukan Chef Zam yang dah kurus tu yerr...hahah

Sebelum ni memang banyak rancangan masakan yang Chef Wan hostkan...tapi rancangan dekat AFC
{Best+Wan! memang mengagumkan aku..

 Memang berbeza dari rancangan sebelum ni.....Chef Wan kali ni mengetengahkan resepi-resepi yang mudah dan simple,.Masakan Malaysia, 1Malaysia lebih tepat kot...Diselang-seli dengan penerangan ringkas mengenai bahan-bahan masakan,sejarahnya, asal-usulnya masakan tersebut disamping  gaya persembahan yang menarik.Kualiti rancangan ni memang bertaraf Dunia,pendapat aku larrr... Dan yang pasti Chef Wan dengan dirinya...Banyak Cakap...huhu

Chef Wan sememangnya layak sebagai Duta Masakan Malaysia...Ada kelasnya yang tersendiri,selayaknya dia menggengam Lifetime Jury Award at the “Le Mazille Prix” 2007 Gourmand.

Aku sememangnya recomenkan rancangan di untuk tontonan peminat-peminat makanan....kalau tgk pasti terliur hahah....

4 comments:

Danial Ikhwan Jaafar said...

ada tengok sekali. memang best dan betullah bertaraf dunia. anak dia pon chef dalam rancangan masakan kat tv1, hos oleh anak perempuan chef wan, serina. tapi bapak lagi best. haha.

kak ina mail said...

akak memang suka dokumentari pasal masakan.tak kira sapa.tapi kalau ada astro best sikitkan, banyak dokumentari.mesti minat chef wan ye.

Syeeda Sobbihi said...

chef wan ni msk main campak2 jer..tp bile tgk hasilnya, wahhh sangatla menyelerakan..dia mmg bertaraf dunia :D

NoorGie said...

Saya pon suka..sebab chef wan mmg fokus pada masakan melayu...best tgk pelbagai resepi. dah la gtu Wan pn turut perkenalkan ramuan masakan melayu, macam baru2 ni dia guna tempoyak..(^_^)

Post a Comment