Sunday, June 26, 2011

Jangan Menyerah

Salam,

Jom layan lagu ni...sangat menginsafkan...hayati lirik lagunya..:)

d'Masiv - Jangan Menyerah




Tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi

syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik
tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa


p/s: Pernah terdengar satu tazkirah  di tv alhijrah :

"Setiap dugaan yang diberikan kepada kita adalah berdasarkan kemampuan kita menghadapinya "

Wednesday, June 22, 2011

Klang Valley Mass Rapid Transit Project (KVMRT Project)

Salam,

Sebanarnya tak jelas sangat projek KVNRT ni..tapi lepas tengok kat youtube pasal benda ni...ok dah jelas skit...heheh

Klang Valley Mass Rapid Transit Project (KVMRT Project)



Sebenarnya projek-projek pengangkutan kat area Klang valley ni memang sangat diperlukan dan sangat penting..nak-nak yang tinggal jauh..lepas ni kalau nak pergi Ikea dekat Damansara tu tak perlu nak drive lagi pegi jer dengan transit tu..cuma persoalannya.Berapa tambang yer?...

Harap-harap kadar tambang yang dikenakan lebih menguntungkan pengguna...biar berbaloi apa yang kita bayar.Ambik contoh Singapura yang mempunyai jaringan pengangkutan yang terbaik di kalangan negara Asean.Siap boleh refund lagi baki tiket MRT yang tidak digunakan...Malaysia mesti boleh punya..kalau nak buat la..heheh

p/s:Boleh tak kalau harga tiket RM2 kemana destinasi...heheh mau bankrupt projek neh ...

Wednesday, June 15, 2011

anwar hadi : 27 kali ganda,Cara best tarbiah orang!

Salam,

I like the way he 'tarbiah' others on the other hands, he try to persuade youth to perform prayer and grab the blessing, a reward as well. Anwar Hadi I support you!




Aku pernah dengar satu ceramah pasal sembahyang,
bukan senang untuk kita bersembahyang nak-nak lagi sembahyang jemaah.kerana untuk sembahyang kita perlukan kekuatan untuk melawan halangan dan dugaan,
Kekadang kita berasa sangat malas,time nak sembahyang tula mengantuk datang.Kita perlu melawan semua tu seboleh-bolehnya dahulukan sembahyang,bersegeralah bersembahyang.

Aku memang akui dizaman muda remaja, aku memang liat nak sembahyang kalau sembahyang pun sebab mak suruh masa dirumah,di asrama dulu memang kaki surau sebab memang menjadi budaya dan amalan sembahyang berjemaah masa sekolah.Tapi bila masuk alam pekerjaan aku jadi leka semula,kekadang sembahyang kekadang tak.Dah jauh dari keluarga ni mak dah tak bising lagi suruh sembahyang....mmm sendiri mau ingatla :)

Sebenarnya bila kita dapat cukupkan sembahyang 5 waktu sehari,insyaallah hati rasa lebih tenang..

p/s: Sembahyang itu tiang agama,peliharalah sembahyang,sayangilah agamamu....

Friday, June 10, 2011

Alexa Ranks: Macam mana aku mendapatkan kembali? selepas merudum teruk.

Salam,

Bagi para blogger ada yang mempunyai tujuan tertentu berblog ada  yang pentingkan traffik,ada yang pentingkan ranking blog masing-masing.Tapi pada aku kedua-dua penting sebab dengan adanya traffik yang banyak sudah tentu banyak la masyuk nak-nak pada yang pasang Advertlets yang dikira kadar traffik tu...walaupun aku tak pasang Adverlets kat blog ni..heheh

Alexa ranking sebenarnya pada aku dapat mencerminkan bagaimana peningkatan prestasi blog dan memotivasikan supaya lebih gigih  dan aku siap pasang Alexa plugin dekat Firefox bagi memudahkan aku pantau setiap masa...:)

Waktu mula-mula berblog ranking Alexa blog aku naik secara mendadak dari jutaan kepada ratusan ribu dan menaik konsisten pastu selepas beberapa lama semakin jatuh dan merudum teruk..

Aku ada tips nak kongsi macam mana nak tingkatkan   Alexa ranking kasi up sket selepas merudum teruk.

  • Pastikan trafik ke blog konsisten selama seminggu apa yang aku buat aku pastikan traffik >100 selama seminggu.
  • Setiap hari pastikan ada entri baru,tapi  aku akan buat satu entri baru setiap 2 hari.
  • Patikan setiap entri dilinkkan kepada web/blog yang dasyat-dasyat ranking Alexa sebagai contoh kalau buat entri ni aku linkkan perkataan Alexa kepada website dia.

p/s: pastikan daftar blog dekat Alexa dulu baru boleh tengok ranking blog.

    Tuesday, June 7, 2011

    Koreksional Perkataan yang tiada dalam Bahasa Melayu

    Salam,

    Apa masalah dengan mereka-mereka ni, aku pun tak tau nak tunding jari pada siapa..?
    Pernah dengar perkataan ni KOREKSIONAL.


    Perkataan ni diguna pakai pada Pusat Koreksional di negeri-negeri seluruh Malaysia
    Tetiba aku rasa bengang bila perkataan KOREKSIONAL ni di cilok dari bahasa Inggeris  CORRECTIONAL
    Kenapa perlu cilok bahasa lain sedangkan Bahasa Melayu itu sendiri sememangnya kaya dengan istilah.
    Seperti cakap member aku, apa yang DBP buat ni takkan tak dak semakan kot..nak salah siapa sebenarnya? 
    Masalahnya yang buat pandai-pandai penciptaan perkataan baru ni kebanyakkannya datang dari Jabatan-jabatan Kerajaan.

    Apa kata Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa DBP?
    "Koreksional tiada dalam bahasa Melayu. Perkataan yang sama erti dengan perkataan tersebut ialah pemulihan".
     Bukan setakat sepatah dua bahasa yang dicilok dari bahasa lain dan dimelayukan tapi banyak lagi seperti

    Intervensi = Intervention
    Numerasi = Numeracy
    Literasi = Literacy

    p/s:Kedengaran pelik pun ada apa yang nak korek ntah...Kalau perkataan koreksional sama erti dengan perkataan pemulihan kenapa tidak digunakan pemulihan saja.

    Monday, June 6, 2011

    Lazy..Malas..Lembab

    Salam,

    Semua ada ni .....Lazy,malas ...lembab semua ada kat aku ni...
    banyak benda nak buat,kertas banyak tak bertanda,assignment tak tengok tajuk pun lagi...bilik tak kemas-kemas lagi..kereta dah 3 bulan tak basuh...malas,malas..malas...

    Jom layan Bruno Mars jap  Lazy Song...:)


    p/s: Cuti pun susah tak cuti pun susah,tak pernah kena...haha