Sunday, July 22, 2012

Udang Goreng Berempah

Salam,

Sempena Ramadhan ni aku jadi lebih rajin :) dapur kembali panas heheh

Ok nak kongsi resepi berbuka hari pertama Ramadhan.

Udang Goreng Berempah 


Resepinya:

Udang dalam 150g-200g
1 sudu besar serbuk kari ikan


Bahan A
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih
1 inci halia muda
1 labu bawang besar
1 biji cili merah


Bahan B

1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu teh pati ayam
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar gula


Cara-caranya:
Tumis bahan A sehingga agak-agak layu, masukkan serbuk kari(gunakan api kecil sewaktu menumis jangan sampai hangit plak).Masukkan bahan B tumis lagi sampai agak masak semua bahan tadi.Akhir sekali masukkan udang yang telah dicuci goreng hingga sebati dan angkat.
Selamat mencuba :)

p/s: Saja letak resepi, tahun depan aku leh buat rujukan senang nanti :)

3 comments:

Nick Nashram said...

berselera tengok ne..cari kat bazar jap lagi ne..hahah

Cik Ina Do Do Cheng said...

salam ramadhan cikgu zul

zaman sekarang ni susah nak cari lelaki yang rajin masak .baguslah cikgu zul ni.lenkali boleh akak wat udang goreng berempah cam ni.

Zullism said...

Wsalam kak ina..salam ramadhan :)
takdaklah rajin sangat time bulan puasa naik sheh kak heheh
terpaksa rajin kak almaklumlah jauh di perantauan hahah..

Post a Comment