Monday, December 20, 2010

Oh Kawan!!!

Salam,

Dalam banyak-bayak kawan katogeri mana,tahap mana hubungan kita dengan kawan..


Kawan Lama
member-member yang kenal zaman-zaman sekolah,zman sama-sama makan nasi kawah,zaman U.kawan zaman cari lintah pun boleh masuk ketogeri ni masuk..

Kawan baru kenal
Baru jer kenal sebulan,seminggu,2 hari lepas

Kawan Baik
Memang kamcing ngan dia,boleh bercerita apa saja,bergosip,kuar tgk wayang sama,lepak minum-minum,pergi cuti-cuti pun nak dengan diaorang...

Kawan 'gitu-gitu' saja
Kenal tapi tak ambik kisah sangat hal dia..kekadang ada kekadang tak ada...tapi kalau jumpa kat mana-mana tegur jugak.

Kawan Makan kawan
Tak guna punya kawan,depan baik,belakang macam S***

kenangan bercuti dengan kawan-kawan :)

p/s: macam-macam jenis kawan kita jumpa sepanjang usia kita...
Anda ketogeri mana?

Sunday, December 19, 2010

Kenapa aku suka tidur ?

Salam,


Tabiat dan kewajipan yang paling aku suka hehe...tidur,tidur dan tidur...



Tahukah anda?
Tidur pada waktu malam tidak boleh diganti dengan tidur pada siang hari...


Kenapa?

Kerana tidur pada malam hari adalah ketetapan yang teratur dan secara semulajadi manusia tidur pada waktu malam.Hormon imunisasi dan horman pertumbuhan hanya keluar pada waktu tidur di malam hari.
Secara semulajadi badan akan mengecas tenaga badan serta hormon pertumbuhan dan imunisasi bekerja secara efisien.
Tubuh badan juga melakukan detoksifikasi atau menyahtoksik pada waktu malam.

Ni sedikit info nak kongsi dengan semua tentang tidur yang aku jumpa waktu browsing tadi..








p/s: Tido lebih-lebih pun tak elok jugak...:)

Friday, December 17, 2010

Rugi ker Untung ?

Salam,


Memang berasa sangat rugi jika tidak dapat berblog untuk sekian minggu...rugi tak dapat blogwalking..bagi komen pada kawan-kawan..banyak rasa dah tertinggal...but now i`m back...


Sori buat kawan-kawan keran dah lama tak jenguk blog korang....mungkin ada yang dah lupakan zuldandunia kot..heheh.


Tapi aku rasa sangat untung..beruntung kerana dapat habiskan masa bersama keluarga di kampung..teman mak pergi ke beli barang...makan free masakan kakak ipar...hahah...walaupun balik kg tak lama tapi aku rasa sangat beruntung...bila ada peluang untuk bersama keluarga macamni aku gunakan sepenuhnya...

Dah kena mula bayar balik hutang berziarah yang dibuat oleh kawan-kawan...sori yer kak ina,kak ati,danial..dan lain-lain blogger..


Demi masa sesungguhnya manusia itu didalam kerugian....