Monday, February 21, 2011

Makanan Untuk Mudah Tidur

Salam,

Ada sesiapa yang hadapi masalah nak tidur malam tak....sila angkat tangan!!! hahahha
Hari ni kita akan belajar mengenai makanan yang membantu bagi mereka yang mengalami masalah tidur..


Antara makanan yang membantu melenakan kita.


Pisang
Oat
Susu
Roti Bakar

Sebab apa membantu kita tidur?

Tryptophan iaitu  salah satu  asid amino penting yang diperlukan oleh badan banyak terdapat dalam makanan ni.It's well-known for its role in the production of nervous system messengers, especially those related to relaxation, restfulness, and sleep.

Kandungan potassium dan magnesium dalam pisang pula merupakan natural muscle relaxants

Bagi yang susah tidur tu boleh la cuba ambik makanan yang kaya trytophan ni.Mana tau berkesan untuk lelapkan tidur kita ...heheh

Kalau nak lagi best makan buah ceri sebab kandungan melatonin dalam ceri iaitu sejenis chemical that controls the body's internal clock to regulate sleep.

Perlu dielakkan

Minum banyak air sebelum masuk tidur kerana dikhuatiri kita akan bangun untuk kencing pada tengah malam dan menyebabkan gangguan tidur.
Bagi yang merokok elakkan merokok kerana nicotin dalam rokok mempunyai effects yang sama seperti caffein dalam kopi.Maksudnya lagi susah tidur..
Good nite big moon,sweet dream baby...

p/s: Jangan pulak melantak banyak-banyak nanti susah tidur plak jadinya.Ambik dalam jumlah yang berpatutan yer...

Friday, February 18, 2011

Gwyneth Paltrow - GLEE -Forget You

Salam,

Di malam yang hujan tak nak hujan ni...
Jom layan lagu ni....bleh tahan jugak suara minah ni Gwyneth Paltrow...lengkap la pakej dia...belakon pun mantap..


Wednesday, February 16, 2011

Bijakkah Kita?:Caj RM1 ATM mesin

Salam,

Kali ni aku nak berkongsi fikiran dengan semua…maklumlah dah lega dari serangan Selesema ni macam-macam benda nak kongsi :)

Pernah tak waktu duit dari Atm tapi tak jumpa Atm bank yang sepatutnya.dan dengan gigihnya kita mencari Atm di tempat  lain..kekadang sanggup drive jauh-jauh demi nak keluarkan jugak wang dari bank yang sepatutnya.

Pernah aku ajukan persoalan ni pada member yang selalu mengamalkan tabiat sebegini.Kenapa? kerana taknak bayar RM1 caj yang akan dikenakan kepada bukan pemegang acc bank tersebut.

Jika difikirkan balik sebenarnya kita telah banyak membazir berbanding menjimatkan RM1 tersebut.Apa yang kita bazirkan?

Masa:
Sudah semestinya paling kurang 5minit kena bazirkan itupun kalau dekat.Bagi yang banyak masa ok.. no problem.

Petrol:
Banyak petrol yang perlu dibakar kalau memandu cari bank jaraknya 5km pergi balik dah 10km.Bagi yang suka memandu dan banyak fulus takdak halnya.

dan lagi satu....

Air Polution:
Sudah tentu dah drive semestinya menyumbang kepada green gas emission. Dimana ‘Green Peace’ conscious kita …heheh


Pada aku aku sanggup menyumbang RM1 pada bank tersebut,bukan sahaja cepat,jimat masa banyak benda lain boleh buat.

info:tips ATM 

p/s: Ini cuma pandangan dan apa yang aku amalkan...pendapat masing-masing buatla apapun asal anda rasa itu bagus untuk anda ...heheh

Thursday, February 10, 2011

Paling aku tak tahan - Selesema

Salam,

Paling aku tak tahan dengan benda ni...SELESEMA


Dah 5 hari dah kena.... dengan gejala-gejala hidung sumbat,tekak kering,sakit badan huh...dugaan betol tambah lagi ngan cuaca panas skang ni...

Dari mana dapat sumber virus ni aku pun tak tau.....huh
Ni aku nak kongsi sedikit info mengenai Selesema yang aku jumpa kat www...
ingat ejaan betul Selesema bukan Selsema...hehe


Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini.

Pengurusan sendiri

Masa merupakan satu-satunya penawar demam selsema. Bagaimanapun, sesetengah perkara boleh dilakukan bagi membuatkan anda rasa lebih baik dan selesa.

Disini disenaraikan beberapa petua untuk melawan demam selsema:
Berehat di katil. Kunci untuk memulihkan demam selsema ialah anda memerlukan tidur selama 12 jam atau lebih setiap malam ketika anda melawan penyakit ini.

Duduk dalam persekitaran yang lembab dan panas tetapi bukan di dalam bilik yang terlampau panas. Ia boleh menggalakkan/melancarkan rembesan saluran pernafasan, dengan itu dapat membantu penyingkiran dan pembersihan lendir dan kahak oleh silia (rerambut dalam rongga pernafasan yang menolak bahan buangan).

Menghadkan aktiviti: Terutama semasa penyakit sedang teruk. Ia dapat mengurangkan penyebaran virus kepada orang lain.

Meminum banyak air. Minum banyak air iaitu lebih 8 gelas sehari untuk mengelakkan dehidrasi (kekontangan).Lendir akan mengalir dengan bebas dalam badan yang cukup cecair dan menolong anda mengelakkan jangkitan atau pulih daripadanya. Virus sukar menjangkiti tisu yang sihat dan lembab berbanding tisu yang kering.

Berkumur-kumur dengan air garam yang suam . Untuk meredakan kegatalan dan sakit tekak.

Bila anda perlu menggunakan produk/ubat-ubatan yang boleh diperolehi di kedai?

Ubat-ubatan yang digunakan bagi demam selsema adalah bertujuan untuk memperbaiki/melegakan gejala-gejala yang timbul sementara sistem pertahanan semula jadi badan diaktifkan untuk melawan jangkitan dan menyembuhkan penyakit. Jadi anda tidak memerlukan antibiotik yang sebenarnya tidak dapat membunuh virus.Jika anda melakukan rawatan sendiri - ketahuilah gejala-gejala yang anda rawat, jenis ubat yang digunakan dan bagaimana ia bertindak. Pegawai farmasi boleh membantu anda memilih rawatan yang bersesuaian dengan gejala.

info: Comman Cold and Flu

p/s:  Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

Tuesday, February 1, 2011

Petua Ungku Aziz jaga Kesihatan

Salam,

Aku dah tak ingat mana aku jumpa artikel pasal Ungku Aziz ni....aku dah ringkaskan sebab panjang sangat, kalau panjang-panjang ni orang malas baca heheh...so aku pemudahkan.tapi tetap panjang jugak...


Kalau boleh ambik contoh ambik ja...untuk kebaikan diri kita juga heheh

Pada usia 89 tahun, beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Ungku, terus mengekalkan stamina fizikal dan minda, sesuatu yang jarang dimiliki orang sebaya umurnya.
Apa yang Ungku Aziz amalkan bagi menjaga kesihatan badan dia?

Senaman

Pak Ungku berpendapat bahawa senaman mesti mengeluarkan peluh. Bersenam atau beriadah adalah rutin hidupnya. Ketika usia muda, beliau menjadikan angkat berat sebagai senaman dan kemudian berjoging satu atau dua jam. Kini sesuai dengan peningkatan usia, aktiviti berjoging digantikan dengan berjalan laju selama sejam setiap pagi.

Pemakanan
aspek ini cukup dijaga oleh Pak Ungku. Beliau menyifatkan corak pemakanannya amat ringkas, iaitu tidak banyak makan gula, karbohidrat dan makanan berlemak. Apakah menu makanan Pak Ungku?

Sarapan- Cuma empat biji kurma dan ketika musim jambu air, buah tempatan ini menjadi pilihannya. Beliau juga makan epal dan cider epal yang disifatkannya amat baik untuk mengelakkan arthritis.

Makan tengah hari - Pak Ungku hanya makan sekali sehari. Beliau memilih hidangan ikan atau ayam dan sayur-sayuran, salad serta buah-buahan. Beliau cukup suka buah-buahan dan hingga kini, nanas yang sesetengah orang anggap sebagai ‘tajam’ dimakannya, termasuk pada jam 11 malam tanpa sebarang pantang.

Malam- Bubur atau sup menjadi pilihannya. Pak Ungku sudah lama tidak makan daging merah dan kopi. Sebaliknya, beliau memilih teh Cina atau Jepun yang dibancuh sendiri serta minum banyak air iaitu sebanyak enam gelas. Kadang kala, beliau makan sate, tetapi tidak begitu suka makanan pedas dan berminyak.

Rutin harian

Pagi - Bangun seawal jam 6 pagi hingga jam 7 pagi, membaca al-Quran, belajar tafsir termasuk menggunakan bantuan moden seperti CD. Beliau suka belajar bahasa Arab kerana mencabar dan berpendapat amalan membaca al-Quran amat baik sebagai pembuka minda.

Antara jam 7 hingga 8 pagi, Pak Ungku berjalan laju di sekitar Seksyen 17, Petaling Jaya dan beriadah menerusi programnya sendiri. Selepas warm up atau baginya ‘naik haba’, Pak Ungku membaca surat khabar selama setengah jam. Selepas mandi dan minum pagi, beliau ke pejabat yang terletak berdekatan rumahnya.

Tengah hari/petang - Makan tengah hari. Beliau akan tidur dan berehat pada waktu petang, iaitu sekurang-kurangnya lima minit dan jika tidak sibuk hingga 45 minit. Beliau lebih selesa tidur menghadap tingkap terbuka tanpa penghawa dingin

Malam - Hanya makan ringan dan menonton berita serta program kesukaan. Pak Ungku tidur jam 12 malam dan hanya kadang kala jam 12.30 atau 1 pagi.



“Cukup menakutkan apabila saya membaca laporan bahawa 10 peratus orang Melayu menghidap kencing manis. Saya tidak faham mengapa perlu jadi begitu? Orang Melayu kalau berduit sikit dan mula masuk usia 40-an, mulalah buncit perut dan kalau yang perempuannya, selain perut, punggung menjadi lebar dek diselaput lemak. Sepatutnya ini semua tidak berlaku." Ungku Aziz