Thursday, February 10, 2011

Paling aku tak tahan - Selesema

Salam,

Paling aku tak tahan dengan benda ni...SELESEMA


Dah 5 hari dah kena.... dengan gejala-gejala hidung sumbat,tekak kering,sakit badan huh...dugaan betol tambah lagi ngan cuaca panas skang ni...

Dari mana dapat sumber virus ni aku pun tak tau.....huh
Ni aku nak kongsi sedikit info mengenai Selesema yang aku jumpa kat www...
ingat ejaan betul Selesema bukan Selsema...hehe


Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini.

Pengurusan sendiri

Masa merupakan satu-satunya penawar demam selsema. Bagaimanapun, sesetengah perkara boleh dilakukan bagi membuatkan anda rasa lebih baik dan selesa.

Disini disenaraikan beberapa petua untuk melawan demam selsema:
Berehat di katil. Kunci untuk memulihkan demam selsema ialah anda memerlukan tidur selama 12 jam atau lebih setiap malam ketika anda melawan penyakit ini.

Duduk dalam persekitaran yang lembab dan panas tetapi bukan di dalam bilik yang terlampau panas. Ia boleh menggalakkan/melancarkan rembesan saluran pernafasan, dengan itu dapat membantu penyingkiran dan pembersihan lendir dan kahak oleh silia (rerambut dalam rongga pernafasan yang menolak bahan buangan).

Menghadkan aktiviti: Terutama semasa penyakit sedang teruk. Ia dapat mengurangkan penyebaran virus kepada orang lain.

Meminum banyak air. Minum banyak air iaitu lebih 8 gelas sehari untuk mengelakkan dehidrasi (kekontangan).Lendir akan mengalir dengan bebas dalam badan yang cukup cecair dan menolong anda mengelakkan jangkitan atau pulih daripadanya. Virus sukar menjangkiti tisu yang sihat dan lembab berbanding tisu yang kering.

Berkumur-kumur dengan air garam yang suam . Untuk meredakan kegatalan dan sakit tekak.

Bila anda perlu menggunakan produk/ubat-ubatan yang boleh diperolehi di kedai?

Ubat-ubatan yang digunakan bagi demam selsema adalah bertujuan untuk memperbaiki/melegakan gejala-gejala yang timbul sementara sistem pertahanan semula jadi badan diaktifkan untuk melawan jangkitan dan menyembuhkan penyakit. Jadi anda tidak memerlukan antibiotik yang sebenarnya tidak dapat membunuh virus.Jika anda melakukan rawatan sendiri - ketahuilah gejala-gejala yang anda rawat, jenis ubat yang digunakan dan bagaimana ia bertindak. Pegawai farmasi boleh membantu anda memilih rawatan yang bersesuaian dengan gejala.

info: Comman Cold and Flu

p/s:  Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

13 comments:

zikeryhassan said...

tips yg bagus. tgh selsema gak ni

Zullism said...

zickery senasib kita :)

Cik Ina Do Do Cheng said...

akak pun sama, tak selesa kalau selsema.hidung mesti comot je.Zul selalunya kalau selsema akak suka masukkan vick dalam semangkuk air panas,kemudian selubung muka ngan towel muka hadap kat mangkuk tu.Insyaalah hilang

Zullism said...

yaka kak saya tak pnah cuba plak memang tak pernah pakai vick pun.tq tips akak..next time cuba dah nak elok dah ni pun..:)

Unknown said...

setuju dengan artikel ni.. Kalau demam tak semestinya makan antibiotik sebab demam mungkin disebabkan virus atau bakteria.. Kalau disebabkan virus tak perlulah antibiotik..

Unknown said...

saya lagilah...dah la ade resdong...bila selema memang rasa bnak cabut je idung

Cik Pulau said...

sangat tak suka selesema sebab hidung asyik berair..
and sangatla tak selesa.. better demam yang panas badan daripada demam selesema..

hehe..^^,

shah86zam said...

alah...dia jangkit kat saya..jahatnyerrr...!!!

;p

Zullism said...

shah86zam....muahahaha...:)

whitecappuccino said...

tensionnn..bila selsema..habis satu badan letih affected

Ati Masrif said...

dah sihat ke zul..

kak ati terlepas pandanglah zul ni
bukan apa..selalu dtg je ..takde n3 baru
sekali ada..kak ati lak lupa..hihi

suka yg akhir tu...
org yg sakit ...terhapus dosa2
kak ati pun tgh sakit..
harap2 ada juga terhapus dosa...ameen
nx week 2nd apptmnt jumpa dr pakar :(

kay_are said...

tau xpe.. asal selsema je, memang free je r dapat combo batuk, sakit tekak + hidung sumbat skali.. saba je..

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

yep, tips yang selalu saya praktikkan. hehehe
thanks fr sharing anyway =)

Post a Comment