Tuesday, February 1, 2011

Petua Ungku Aziz jaga Kesihatan

Salam,

Aku dah tak ingat mana aku jumpa artikel pasal Ungku Aziz ni....aku dah ringkaskan sebab panjang sangat, kalau panjang-panjang ni orang malas baca heheh...so aku pemudahkan.tapi tetap panjang jugak...


Kalau boleh ambik contoh ambik ja...untuk kebaikan diri kita juga heheh

Pada usia 89 tahun, beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Ungku, terus mengekalkan stamina fizikal dan minda, sesuatu yang jarang dimiliki orang sebaya umurnya.
Apa yang Ungku Aziz amalkan bagi menjaga kesihatan badan dia?

Senaman

Pak Ungku berpendapat bahawa senaman mesti mengeluarkan peluh. Bersenam atau beriadah adalah rutin hidupnya. Ketika usia muda, beliau menjadikan angkat berat sebagai senaman dan kemudian berjoging satu atau dua jam. Kini sesuai dengan peningkatan usia, aktiviti berjoging digantikan dengan berjalan laju selama sejam setiap pagi.

Pemakanan
aspek ini cukup dijaga oleh Pak Ungku. Beliau menyifatkan corak pemakanannya amat ringkas, iaitu tidak banyak makan gula, karbohidrat dan makanan berlemak. Apakah menu makanan Pak Ungku?

Sarapan- Cuma empat biji kurma dan ketika musim jambu air, buah tempatan ini menjadi pilihannya. Beliau juga makan epal dan cider epal yang disifatkannya amat baik untuk mengelakkan arthritis.

Makan tengah hari - Pak Ungku hanya makan sekali sehari. Beliau memilih hidangan ikan atau ayam dan sayur-sayuran, salad serta buah-buahan. Beliau cukup suka buah-buahan dan hingga kini, nanas yang sesetengah orang anggap sebagai ‘tajam’ dimakannya, termasuk pada jam 11 malam tanpa sebarang pantang.

Malam- Bubur atau sup menjadi pilihannya. Pak Ungku sudah lama tidak makan daging merah dan kopi. Sebaliknya, beliau memilih teh Cina atau Jepun yang dibancuh sendiri serta minum banyak air iaitu sebanyak enam gelas. Kadang kala, beliau makan sate, tetapi tidak begitu suka makanan pedas dan berminyak.

Rutin harian

Pagi - Bangun seawal jam 6 pagi hingga jam 7 pagi, membaca al-Quran, belajar tafsir termasuk menggunakan bantuan moden seperti CD. Beliau suka belajar bahasa Arab kerana mencabar dan berpendapat amalan membaca al-Quran amat baik sebagai pembuka minda.

Antara jam 7 hingga 8 pagi, Pak Ungku berjalan laju di sekitar Seksyen 17, Petaling Jaya dan beriadah menerusi programnya sendiri. Selepas warm up atau baginya ‘naik haba’, Pak Ungku membaca surat khabar selama setengah jam. Selepas mandi dan minum pagi, beliau ke pejabat yang terletak berdekatan rumahnya.

Tengah hari/petang - Makan tengah hari. Beliau akan tidur dan berehat pada waktu petang, iaitu sekurang-kurangnya lima minit dan jika tidak sibuk hingga 45 minit. Beliau lebih selesa tidur menghadap tingkap terbuka tanpa penghawa dingin

Malam - Hanya makan ringan dan menonton berita serta program kesukaan. Pak Ungku tidur jam 12 malam dan hanya kadang kala jam 12.30 atau 1 pagi.



“Cukup menakutkan apabila saya membaca laporan bahawa 10 peratus orang Melayu menghidap kencing manis. Saya tidak faham mengapa perlu jadi begitu? Orang Melayu kalau berduit sikit dan mula masuk usia 40-an, mulalah buncit perut dan kalau yang perempuannya, selain perut, punggung menjadi lebar dek diselaput lemak. Sepatutnya ini semua tidak berlaku." Ungku Aziz

14 comments:

Hezesuze said...

wah nak follow petua pak ungku ni lah hehe

Zullism said...

suze...boleh follow mcm mudah ja petua dia hik2

princeduyong said...

ermm...agak sukar juga sebab perut kita cap nasik... :)

nUmara... said...

w0ww... boleh kah saya berdisiplin seperti pak ungku? huhu... berat nih... :p

suri solehah said...

salam..panjangpun takpa info berguna..tapi nak laksanakan jugak tu huhu..

kmvsblogger said...

Punca arwah abah meninggalkan pun disebabkan kencing manis..hati2 semua..jagalah kesihatan anda.Al-Fatihah buat arwah abah yang tersayang dan semua umat Islam yang telah pergi.

nunui Joe said...

Al-fatihah buat abah kmvs..
89 tahun masih lagi cergas.
hmm kena kuat semangat kalau nk ikut
macam Pak Ungku ni. hehee

Cik Ina minat Do do Cheng said...

terasa plak.akak kadang-kadang kuat gak makan , kalau ikut kawan-kawan.sekarang ni cuba nak mengcontrolkan diri, takut penyakit datang, semenjak umur dah meningkat ni.

qieranna said...

info yg berguna...tp nak follow cara dia tuh mcm tak dapek jer...takut tak tahan lama...hehe

mye said...

smoga kte dpt amalknnya dlm khdupan..
huhu

Miecyber said...

Biodata menarik mengenai Pak Ungku...

Hotel burung

Prank tigasukumaut 2 said...

huhuhu, bile lauk pauk thidang dpn mata cm na la nk tahan kn, sental je la, jnji jgn overdose, huhuhuhu

Ati Masrif said...

salam zul,

lambat kak ati dtg kali ni..
malas nak on9 pula cuti2 ni..hihi

mmg org dah tua ni tak suka mkn berat
mcm nenek saurada kak ati yg 81 thn
makan bubur jugak

blog-tips-kurus said...

punggung lebar? alamak!!
*nak join Pak Ungku kat PJ tu la:-)

Post a Comment