Sunday, October 31, 2010

Kenapa Beruang Teddy ?

Salam,


Aku terfikir jugak kenapa Teddy Bear? Kenapa Beruang Teddy menjadi pilihan sebagai hadiah? Kenapa bukan patung kucing,lembu,badak,gajah ker? Adakah kerana orang lain beli kita pun beli,atau memang penerima hadiah suka Beruang Teddy?

Sebenarnya ada banyak sebab kenapa beruang yang dipilih.





1-Comel
Beruang sangat cute dalam bentuk patung
 
2-Senang nak peluk
memberi pelukan pada patung beruang membuatkan seseorang rasa selesa.Patung Beruang yang besar pulak membuatkan kita rasa seolah-olah seperti dipeluk.Everyone needs a hug now and then!
3-Sebagai tanda kenangan bagi hari yang istimewa.
Hari lahir, konvokesyen...memang sesuai bagi Teddy Bear.

4.Keselesaan
Masa nak tidur kalau dapat peluk teddy bear rasa lebih selesa apa?


5.Membuahkan rasa kasih dan sayang
Patung beruang selalu menemani budak-budak yang kurang kasih sayang dan perhatian.Kalau rindu pada seseorang tengok patung beruang pemberian dia,terubat rasa rindu.

Teringat kisah Aris:Kalau saya rindu ibu saya, saya tengoklah beruang ni cikgu!
Kalau orang nak bagi hadiah aku  tak kisah.. ambik jer!!! tapi jangan la patung beruang :)

Thursday, October 28, 2010

SISTEM e-PENYATA GAJI DAN LAPORAN

Salam,

Amaran: Maklumat ini khas untuk yang bekerja dengan Kerajaan yer.Untuk kerja swasta boleh baca untuk maklumat jer....hahah

Tadi kat opis dok borak-borak pasal slip gaji terbaru,maklumlah baru masuk gaji ni....
Lepas ni tak perlu lagi nak ambik slip gaji yang hard copy tu lagi sebab boleh download jer dari
website Jabatan Akauntan Negara

Kalau slip gaji hilang.. boleh terus download jer dari website tu...tak perlu lagi nak susah-susah mengayat kak kerani kat pejabat tu.yang moncong jer kalau kita mintak tolong.opss jangan marah!!!

Senang jer...Masuk website Jabatan Akauntan Negara

Daftar buat kali pertama.

Mesti ada no gaji.Then Login masuk gunakan no IC pastu kata laluan.
 Last sekali klik slip yang nak download tu...fail dalam format PDF

 Ok dah siapdownload, print...dah boleh buat loan..haha... :)

Aku memang sokong e-penyata ni..walaupun ada sebilangan yang akan menentang...huhu

Paperless,Satu lagi usaha kearah menghijaukan bumi.


Tuesday, October 26, 2010

Buku Teks Baru

Salam,

Jom kita zasss!!!!! dulu gambar-gambar budak-budak ni....



 Bina 5 ayat berdasarkan gambar diatas.
  1. Terdapat beberapa ikat buku diatas meja murid.
  2. Terdapat beberapa orang  murid yang sedang mengenangkan nasib pada tahun hadapan kerana tidak mendapat buku teks.
  3. Pelajar lelaki itu sangat kecewa kerana tindakannya pada masa lampau.
  4. Ada yang menyesal kerana memikirkan jumlah bayaran buku yang telah dihilangkan.
  5. Pelajar kelas tahun 4 Bakti sedang  bangga dengan buku teks baru untuk tahun hadapan.
  6. Guru kelas sangat stress ketika menguruskan pembahagian buku teks.
Setiap tahun sebagai guru kelas inilah yang aku perlu buat,menguruskan penghantaran buku teks tahun semasa dan pemberian buku teks untuk tahun hadapan...
Biarpun "berbuih mulut" menasihati budak-budak ni untuk menjaga buku jangan sampai hilang...seperti biasa masih ada yang hilangkan,bukan setakat satu malah ada sampai empat buah....ihsks...ishks...

Kalau murid yang berada tu dengan selamba sediakan duit bayar tanpa ada perasaan bersalah,yang tak bawa duit tu buat-buat larr muka sedih dan menyesal....dah la harga buku mahal bukan sehinggit dua...ada sampai RM12 sebuah.......
Tahun depan jangan buat lagi yerrr.....anak-anak sekelian!!!