Saturday, October 9, 2010

Beruang,Tomboy dan Balik London

Salam,

Kisah 1
Aris: Beruang(Keychain) ni tanda kenangan cikgu!
Aku: Kenangan apa?
Aris: Kenangan saya dengan ibu saya! Ibu bagi waktu saya jumpa ibu cuti sekolah yang lepas!
Aku: Apa awak buat dengan beruang tu?
Aris: Kalau saya rindu ibu saya, saya tengokla beruang ni cikgu!


Aris(bukan nama sebenar)...kesian  Aris bila teringat balik perbualan dengan Aris..mak aris tinggalkan Aris sebab bercerai dengan ayah Aris,Aris kini tinggal dengan Ayah,datuk dan nenek.Aris memang pelajar yang bermasalah.


Kisah 2

Faiz: Saya benci ayah saya?
Aku: Kenapa Faiz benci ayah?
Faiz: Ayah tinggalkan mak dan saya waktu saya kecik?
Aku: Kenapa ayah tinggalkan kamu?
Faiz:Ayah dah ada perempuan lain,dia dah balik London!
Aku: Awak tak rindu ayah ker? Ayah tak telefon ker?
Faiz: Tak!! biarlah dia mati saya tak suka dia!!

Faiz(bukan nama sebenar) ditinggalkan ayah sewaktu kecil sehingga kini ibu yang menyara Faiz dan adik beradik yang lain.Faiz pelajar yang tercicir, membaca pun sukar.


 Kisah 2

Nizam   :  Mak saya lari dengan Tomboy cikgu!! 
Aku      : Betol ker? Awak tak pernah jumpa ibu lagi ker?
Nizam  : Betul cikgu,ibu kenal dengan (Tomboy) tu dekat kedai ibu kejer.Pastu dia terus lari dengan Makcik Ani tu dah tak balik dah.Saya pernah cari ibu dengan kakak,jumpa dah tapi ibu tak pedulikan saya pun, tanya tentang saya pun tidak!!!!

Uiks...terkedu jugak bila aku dengar ayat Nizam ni..huh mak lari dengan Tomboy

Itu baru tiga kisah yang aku nak kongsi kat sini.Sebenarnya banyak lagi drama swasta yang lain.Mereka secara sepontan bercerita,Kekadang aku rasa kesian dengan budak-budak ni,macam-macam masalah dan kepahitan yang mereka perlu lalui pada usia muda Mereka  sama-sama diheret  dalam politik rumahtangga keluarga mereka.
Memang kesian,kebanyakkan murid yang ada masalah dalam keluarga memang menghadapi masalah bila di sekolah.Mereka meluahkan perasaan dengan pelbagai reaksi.

Kesian budak-budak ni, mereka perlukan kasih sayang dan tempat bergantung.




5 comments:

SitiMashitahSaidin said...

sedey nya~

Ati Masrif said...

kesian..budak-budak selalu jd mangsa..
kamu ni guru kaunseling ke zul?

Zullism said...

Ati:Saya guru biasa jer..tapi saya selalu melayan diaorang murid kelas sy ajar...

Lizzie Yasmin said...

mak bapak buat hal anak plak jd mangsa,, kesian sgt..

kak ina mail said...

Kadang-kadang dorang yang dah jadi ibubapa dan melahirkan anak, tak tahu menunaikan tanggungjawab masing-masing.Akak memang anti ibubapa yang macam ni.Yang jadi mangsa adalah anak-anak yang tak berdosa.

Post a Comment