Salam,
Jom kita layan lagu Ai Se Eu Te Pego lagu dari Brazil :)
Kalau nak tau lagu ni sangat popular di europe.
Walaupun mendapat banyak komen negative tapi tetap diminati ramai.
some critics have defined it as "a perfect pop song but annoying and disposable"
p/s: Ramai yang comel-comel patutla hits
Friday, September 14, 2012
Saturday, July 28, 2012
Selamat Berjuang Atlet Malaysia
Salam,
Hanya dapat mendoakan kejayaan atlet kita di London..
Selamat berjuang Wira-wira Negara :)
Live official Olympic Channel
Senarai Atlet Malaysia ke Olympic London 2012
p/s: Bab-bab sukan ni kureng sikit....sokong tu boleh :)

Tuesday, July 24, 2012
Daging goreng bersama Cendawan Enoki
Salam,
Kali ni rajin-rajinkan diri masak daging pula, walaupun hakikatnya aku bukan penggemar daging :)
Kalau kat tempat kejer sebelum balik mesti nak borak-borak tanya resepi untuk berbuka, kasi semangat sikit :)
Kalau harap nak pergi bazar ramadhan time desperate baru aku pergi ,sebab buat sakit hati saja,orang nak meniaga diaorang pun sibuk nak meniaga,harga mahal,rasa hampeh,kalau masak sendiri tak sedap pun takpa puas hati heheh.
Resepi berbuka puasa hari ke 4
Daging Goreng Bersama Cendawan Inoki
Resepinya:
Daging Lembu 100g-150g
1 peket Cendawan Enoki
1 sudu teh lada hitam
garam secukup rasa
Bahan A
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar kicap
1 sudu teh gula
Cara-caranya:
Potong daging lembu ikut saiz suka hati, mesin/tumbuk bahan A dan perapkan daging dengan bahan A(perap paling kurang 1/2 jam,lagi lama perap lagi bagus).
Goreng daging yang telah diperap sehingga sedikit kekuningan kemudian masukkan bawang bear yang telah dimayang,Masukkan lada hitam,dan akhir sekali masukkan cendawan Enoki(Korea mari) dan perasakan dengan garam secukup rasa..Hidangkan...selamat mencuba :)
p/s: Resepi ni untuk 2-3 orang makan kalau lebih pandai-pandai la adjust yer :)

Sunday, July 22, 2012
Udang Goreng Berempah
Salam,
Sempena Ramadhan ni aku jadi lebih rajin :) dapur kembali panas heheh
Ok nak kongsi resepi berbuka hari pertama Ramadhan.
Udang Goreng Berempah
Resepinya:
Udang dalam 150g-200g
1 sudu besar serbuk kari ikan
Bahan A
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih
1 inci halia muda
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
Bahan B
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu teh pati ayam
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar gula
Cara-caranya:
Tumis bahan A sehingga agak-agak layu, masukkan serbuk kari(gunakan api kecil sewaktu menumis jangan sampai hangit plak).Masukkan bahan B tumis lagi sampai agak masak semua bahan tadi.Akhir sekali masukkan udang yang telah dicuci goreng hingga sebati dan angkat.
Selamat mencuba :)
p/s: Saja letak resepi, tahun depan aku leh buat rujukan senang nanti :)

Friday, July 13, 2012
Written in the Skyالله أكبر
Monday, July 2, 2012
Bila boleh call awak ?
Salam,
Pernahkah anda terfikir bila waktu yang sesuai kalau kita nak calling2 member ?
Pagi sah-sah la dah nak mula kejer,kalau hujung minggu sah-sah dah masih tidur kot.
kalau time break mau dia tengah makan,kalau tengah hari tengah sembahyang kot,
kalau petang tengah stress jam mungkin,kalau malam sure tengah berehat tengok tv layan anak bini,tengah malam confirm masuk tido zzzzZZZZ..
Hurmm waktu mana yang sesuai untuk kita hubungi seseorang yer?
Kalau aweks anytime boleh heheh
Sebenarnya pada aku kalau kita nak hubungi member ker,mak,ayah,adik beradik mahupun sesiapa saja bergantung kepada keperluan dan tujuan kita berhubung, kalau penting anytime boleh ,tapi kalau setakat nak borak kosong ngan member tu rasanya perlu kena timingnya...tapi kalau rindu dekat family kita anytime boleh ...
Apa sekali pun sentiasalah hubungi orang yang tersayang terutama ibubapa kita tak kira dimana saja anda berada :)
p/s: Nak call pun make sure credit lebih yer :)
:)CNN |

Saturday, June 30, 2012
Bagaimana nak dapatkan maklumbalas segera selepas membuat aduan ?
Salam,
Saja nak berkongsi tips yang selalu aku amalkan bila tak berpuas hati dengan sebarang perkhidmatan baik dari pihak swasta mahupun goment..:)
Biasa kalau berhadapan masalah yang berkaitan kerenah birokrasi ataupun terima layanan kelas ketiga ketika berurusan di kaunter sesuatu jabatan kerajaan mahupun swasta aku selalu banyakkan bersabar jer buat2 cool depan kerani kaunter .....tapi hakikatnya aku dok tengah mengutuk tak ingat dalam hati :)
Apa aku buat selepas tu ?Bagaimana nak dapatkan maklumbalas segera selepas membuat aduan ?
Balik rumah buka email compose email aduan kepada bahagian aduan pelanggan ,tulis panjang lebar apa yang aku tak puas hati ,boleh sertakan nama kerani yang bertugas,tarikh,tempat dan masa kejadian
buat karangan tahap2 SPM punya kalau agak malas karangan tahap UPSR pun boleh terima.
Kalau boleh mulakan ayat aduan dengan puji-pujian kemudian barulah disertakan dengan keadaan semasa kejadian :)
Dan jangan lupa pastikan alamat email yang betul,cc kan kepada pihak atasan atau ketua pengarahnya sekali..confirm respond yang diterima sangat cepat.Selamat mencuba..:)
Sebenarnya aduan yang kita buat tu bukan sekadar meluahkan isi hati tapi supaya ada penambahbaikan dan pemurnian terhadap servis yang diberikan kepada pelanggan :)
Tapi sebenarnya cara ni aku rasa cuma berkesan pada goment n company besar2 ja macam,KFC,McD,TESCO dll..Kalau gerai kak jah,warung2 tepi jalan tu tak tahula...heheh
p/s:Teringat pengalaman dekat McD bukit bintang...pelayan boleh marah2 dekat aku sewaktu buat order. hmmmm saja dia cari nahas...hahah
Aku memang tak confident kalau nak masukkan borang aduan dalam peti aduan.

Pengalaman di Warung Pak Atan |

Sunday, June 10, 2012
AKhirnya :)
Salam,
Saja nak berkongsi kegembiraan...
Akhirnya dapat jugak...sedikit lambat tapi puas hati bila mak dan ayah dapat datang meraikan kejayaan anak dia :)
Dan terima kasih kepada member-member yang banyak memberikan sokongan ...Terima kasih :)

Tuesday, May 1, 2012
Saturday, April 21, 2012
I love kimchi
여보세요
잘 지내
Anda paham?,tak paham?...buat-buat paham jer sebab aku pun tak paham...:)
Jom kita membaca semua |
Hebat betul pengaruh budaya pemakan kimchi ni yer....dari lagu,makanan,gaya rambut,bahasa walaupun kita tak paham dapat tembus tembok budaya kita..betapa terbukanya anak-anak Malaysia...:)
"Kerajaan sedia mempertimbang untuk melaksanakan pembelajaran bahasa Punjabi di sekolah sekiranya terdapat permintaan dan bilangan pelajar yang mencukupi untuk mempelajarinya, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin"
p/s:Pasni kena buka kelas bahasa Korea pulak yer Tan Sri akan ada permintaan kot... :)
Sunday, April 8, 2012
Projek Bumi Hijau
Salam,
Hari ni bangun awal dari kebiasaan, aku ngan member ada misi khas, 3R reduce,reuse,recycle sebagai menyokong program Jom Kitar Semula....:)
Dah banyak sangat kertas dan botol kat rumah yang dikumpul,member rumah aku ni memang boleh di katogerikan sebagai aktivis alam sekitar....:) aku menyokong jer...
Penuh kereta dengan barang recycle ni susah jugak nak cari tempat kitar semula, mula ingat nak hantar dekat area Seri Kembangan tapi pusat kitar semula tu terbiar siap orang longgokkan barang recycle dah jadi macam rumah sampah plak...terus ubah tempat pergi tempat kitar semula area Seri Serdang belakang UPM.
Kalau kita hantar ke Pusat kitar semula ada yang berbayar ada jugak yang tak, memang tak dapat duit tapi sekurang-kurangnya kita menyumbang kearah pemuliharaan alam kan.aku sebenarnya cari jugak tempat yang dapat duit ni...tapi cari tak jumpa plak hahah... tapi kalau betul-betul nak dapat benefit,rewards dari recyclable items ni boleh pergi hantar dekat tempat yang memang ambil barang dan kita dibayar siap ada yang boleh dapat point lagi.
Boleh tengok website ni
dimana setiap barang yang kita hantar kitar tu boleh dapat point dan point bole ditukar dengan barang macam tv,sonypalystation,ipod,voucher n macam-macam lagi.
Lagi best siap sediakan perkhidmatan kutipan pintu ke pintu dan menerima hampir semua jenis barang kitar semula.
p/s:Banyak barang boleh recycle nak atau tak jer.... :)

Gigih member aku...:) |

"Little effort has a powerful impact on the environment"
p/s:Banyak barang boleh recycle nak atau tak jer.... :)
Thursday, April 5, 2012
Apa Warna Anda?
Salam,
Dulu waktu zaman kanak-kanak aku memang sedikit jeles dengan member-member seusia yang mempunyai kulit cerah,putih,putih gebu mmmm...kenapala kulit aku tak secerah kulit mereka nampak bersih,macam orang kaya,kemas,pakai baju apa pun macam masuk saja warna tu....sampai sekarang pun aku memang mengagumi mereka-mereka yang berkulit cerah senang cerita sedap mata memandang..
Sebenarnya bukan apa tadi dalam kelas aku dok settlekan masalah budak-budak mengejek ni..si budak Melayu ni dok mengejek budak India, gelap! hitam!..budak-budak ni memang pe`el diaorang mengejek kekawan ni, ada ejek nama bapak,nama datuk,nama nenekla macam-macamla apa saja benda yang boleh jadi bahan hiburan diaorang kreatif memanipulasi benda tu...huh
Kebetulan aku terdengar pasal ejek kulit hitam ni...aku pun cepat-cepat settlekan benda ni sebab kalau kita biarkan boleh melarat kang dengan mak bapak datang nanti dah satu hal plak...
Aku kalau budak-budak 1Malaysia ni buat hal tak kira Melayu ker Cina ker India ker semua akan kena hukuman.Tapi kali ni hukuman berupa bebelan sebab dah tak boleh merotan hehe
Aku bagi citer tentang aku zaman budak-budak dulu dan aku kaitkan dengan warna kulit sawo matang aka gelap aku ni ...sebab nak meredakan kemarahan si budak india tu...
"Awak tahu dulu kecik-kecik memang cikgu tak suka warna kulit cikgu yang gelap ni,tapi sekarang cikgu berbangga tau,kalau mat salleh nak kulit gelap tanned macam cikgu ni kena berjemur tanning berjam-jam bawah matahari ...tapi warna kulit cikgu ni natural lahir-lahir warna camni,
tak perlu susah-susah nak berjemur lagi,so awak(si budak india) patut bangga dengan warna kulit awak,even kalau awak berjemur tengah panas pun tak payah bimbang kena sunburn sebab kulit gelap ni memang pelindung semulajadi setaraf SPF50 tau.......bla,bla.bla....
yang awak semua ni(budak melayu) bukan putih sangat pun jangan nak ejek-ejek orang lain setiap ciptaan tu ada kelebihannya...
Senyum lebar budak india tu.....selesai satu ceri :)
Nah ni sikit info tambah pengetahuan sikit :)
Kajian mendapati orang yang berkulit cerah mempunyai risiko yang lebih tinggi terkena barah kulit berbanding mereka berkulit gelap.
p/s: Bukan berdosa pun kulit gelap atau cerah kan .....:)

People who are very fair skinned, especially with fair or red hair, are more at risk of developing melanoma. So are people with a lot of freckles. People with darker skins can still get melanoma but they have more natural protection against it. It is extremely rare for black people in the UK to get melanoma. If melanoma occurs in African or Asian people they are mostly a type that occur on the feet (acral lentiginous melanoma). In the UK, if you are fair skinned and have a tendency to freckle in the sun, you are most at risk. CancerriskUK
p/s: Bukan berdosa pun kulit gelap atau cerah kan .....:)
Wednesday, April 4, 2012
Wednesday, March 28, 2012
Don't Mess With This Teacher! Hancur satu handpone
Salam,
Jom layan video pensyarah perempuan mengamuk dengan pelajar dia sebab jawab phone time tengah dia bagi lecture...ni mesti kes berulang ni, budak ni selalu buat benda yang sama masakan sampai tahap camtu lecturer hilang sabar tu....
mujur tahap kesabaran aku time mengajar masih meninggi lagi hahaha...kelakar pun ada..mengimbau kembali bila teringat zaman-zaman awal mengajar dulu time mengamuk dengan budak-budak hahaha
Lain kali lepas ni nak bawa phone bawa yang cikai, murah-murah jer...kalau hancur boleh beli lain :)
apa jadi pada lecturer tu yer? budak lelaki tu confirm memberi lebih fokus pasni hahah
p/s:Jangan iphone dah...

Monday, March 26, 2012
Oh Ibu oh Ayah anak itu kita yang mencoraknya
Salam,
Biasanya kalau awal-awal pagi pergi opis mesti aku layan redfm sebab suka layan kerenah Sarimah ngan Lil' Kev...kalau ikutkan saranan saintis, diawal pagi untuk mendapatkan mood baik ceria cuba dengar lagu-lagu yang ceria..apa saja asal ceria..confirm hari kita bermula dengan baik...tapi kalau pagi-pagi dah dengar lagu sedih-sedih jiwang confirm hari kita bermula macam lagu tu juga....
Sebenarnya aku nak cerita pasal murid aku dengan mak dia, kebetulan pagi tadi waktu memandu terserempak dengan diaorang betul-betul hadapan kereta comel aku.sempat lagi aku snap...mak dia siap cilok-mencilok mengayuh pantas...anak dia pulak membonceng kat belakang...aku rasa tersentuh sebab mak dia mengayuh basikal dari Kg.Pandan ke sekolah lebih kurang jarak 5-6 km camtu dengan keadaan jalan yang sesak pagi-pagi sebab nak sekolahkan anak dia...
Ibu tunggal dan menyara sorang anak lelaki tunggal...suami hilang entah kemana,sesi interview aku dengan si anak katanya ayah tak tahu pergi mana..pernah tengok ayah tak? tak pernah...
ayah tinggal mak macamtu saja.Sedih ingat kisah diaorangni...tapi apa boleh buat memang ketentuan macamtu..
Mujur si anak ni rajin dalam pelajaran...nak kata bijak tu tidak tapi rajin.Itu memang kelebihan dia yang Allah bagi...Rajin memang kunci kejayaan..aku selalu nasihat anak dia supaya rajin belajar tolong maknya esok-esok.Aku selalu nampak si anak ni makan roti gardenia 60sen, pastu duit dalam poket ada RM1,aku paham sebab mak dia kerja restoran tapi position tak tau apa..
Pengorbanan ibu kalau nak dikira tak terbayar oleh anak-anak sampai mati.
Teringat pesanan Datuk Johari sewaktu bagi ucapan mesyuarat PIBG sabtu lalu, katanya kunci kejayaan anak-anak terletak pada ibu bapa,sekolah hanya membantu yang perlu main peranan lebih ibu dan bapa.
Katanya ada 5 syarat untuk mendapatkan anak cemerlang tidak kira dari keluarga miskin atau berada.(untuk ibubapa)
katanya lagi sekiranya ibubapa dapat mencapai 5 pekara pada peringkat sekolah rendah ni insyaallah pada peringkat menengah anak-anak dapat survive punya...apa yang dikongsi oleh Datuk Johari memang akau rasakan berguna dan itulah resepi ibubapa Datuk Johari,sudah terbukti anak dia berjaya
p/s:Aku tak dapatla nak buat 5 pekara tu lagi maklumlah available lagi hahaha :)

1-Ibu-bapa mesti sampai awal ke sekolah jangan loceng dah berbunyi baru nak sampai.
kesian si anak nak menjawab dengan guru sampai lambat sebab mak ayah hantar lambat
2-Pastikan kelengkapan persekolahan anak mencukupi dan sama.
pakai,alat tulis,beg, dsb mesti lengkap
3-Ambil tahu perihal anak di sekolah dan di rumah.
dirumah tanya anak apa yang diaorang belajar,ada kerja sekolah ke tidak,semak buku anak sekali sekala,kalau anak nak keluar ambil tahu kemana dan dimana anak berada dengan siapa dia berkawan.
4-Displinkan anak pada peringkat sekolah rendah.
Masuk tidur awal,bangun awal,siapkan kerja sekolah dahulu baru lepas bermain.
5-Ajar anak menghormati guru
kerana kalau anak hormat guru baik dengan guru confirm guru sayang nak minta tolong guru pun senang untung-untung guru bagi tuisyen freesave budget
katanya lagi sekiranya ibubapa dapat mencapai 5 pekara pada peringkat sekolah rendah ni insyaallah pada peringkat menengah anak-anak dapat survive punya...apa yang dikongsi oleh Datuk Johari memang akau rasakan berguna dan itulah resepi ibubapa Datuk Johari,sudah terbukti anak dia berjaya
p/s:Aku tak dapatla nak buat 5 pekara tu lagi maklumlah available lagi hahaha :)
Friday, March 23, 2012
Mensyuarat Boleh Menyebabkan IQ Rendah dan Mati Otak
Patutla ramai yang tak sukakan mesyuarat yer.....ada sebab yang kita tak tahu , asal sebut pasal mesyuarat mula boring jer...tapi kalau Dating pantang sebut...senyum lebar masing-masing..
Jom Baca artikel kat bawah tu aku dah tolong terjemahkan dah..
tq google translate nak suruh baca saja kalau letak English kang cakap tak paham pulak hehehe.....
LONDON: Berapa kerapkah anda menghadiri mesyuarat di tempat kerja anda? Jika penyelidikan ini boleh dipercayai, mesyuarat boleh membuat anda mati otak dan melemahkan keupayaan anda untuk berfikir bagi diri sendiri.
Satu pasukan di Institut Penyelidikan CrilionVirginia Tech di Amerika Syarikat mendapati bahawa prestasi mereka dalam ujian IQ selepas mesyuarat adalah jauh lebih rendah berbanding mereka yang diberi pilihan untuk membuat keputusan sendiri.
Dan wanita lebih cenderung untuk melakukan lebih teruk berbanding lelaki, mendapati kajian yang diterbitkan dalam jurnal Philosophical Transactions Royal Society B.
"Anda boleh berjenaka tentang bagaimana mesyuarat jawatankuasa membuat anda berasa otak mati, tetapi penemuan kami menunjukkan bahawa mesyarat juga boleh menyebabkan anda mati otak juga," Read Montague, yang mengetuai kajian itu, dipetik sebagai berkata oleh akhbar The Daily Telegraph.
"Kami bermula dengan individu yang telah dipadankan untuk IQ mereka. Namun apabila kita meletakkan mereka dalam kumpulan kecil, tentukan kedudukan prestasi mereka berdasarkan tugas kognitif berbanding rakan-rakan mereka, dan maklumkan kedudukan kepada mereka, kita lihat penurunan yang dramatik keupayaan beberapa subjek kajian untuk menyelesaikan masalah, "kata Montague.

Sumber: The Daily Telegraph
p/s: Masalahnya meeting tu penting..kalau tak buat kejer tak jalan pulak...mmmm camna yer..
Friday, March 16, 2012
Anggerik Ke Orkid
Salam,
Sesiapa peminat pokok bunga mesti tak lepas nak tanam koleksi orkid bukan....orkid ke anggerik yer...
Mak aku panggil orkid ja...tak pernah dengar dia sebut Anggerik...
Orkid tu asal dari Orchid English yang di melayukan...hahaha
Ok jom layan Orkid aka Anggerik koleksi mak aku spesis Phalaenopsis ni jer yang tengah berbunga so aku snap jer..
Spesis Phalaenopsis yang diatas aku tak tahu nama sebenarnya...mak aku pun tak tahu nama...aritu dia sempat cerita ada sorang Chinese minta nak beli dengan harga RM100...dia punya sayang tak jual oooo...katanya susah nak jumpa cari kat nursery pun tak jumpa.
Yang kat atas warna putih pula Anggerik Bulan ...
Yang kat bawah ni cuba teka pokok bunga apa yer?
Ada yang cakap pokok burung bertenggek,tapi kakak aku cakap pokok Angry Bird...huh terpengaruhla tu...
Nanti birthday mak nak cari spesis ni pulak Vanda Siti Hasmah...
harap-harap leh jumpa kat mana-mana nursery..
gambar Vanda Siti Hasmah pinjam dari blog :4loveoforchids
p/s: Hobi menanam pokok bunga-bungaan ni boleh jadi terapi minda dan mengurangkan stress.

Phalaenopsis Amabilis aka Anggerik Bulan |
Yang kat bawah ni cuba teka pokok bunga apa yer?
Ada yang cakap pokok burung bertenggek,tapi kakak aku cakap pokok Angry Bird...huh terpengaruhla tu...
Nanti birthday mak nak cari spesis ni pulak Vanda Siti Hasmah...
harap-harap leh jumpa kat mana-mana nursery..
Vanda Siti Hasmah |
gambar Vanda Siti Hasmah pinjam dari blog :4loveoforchids
p/s: Hobi menanam pokok bunga-bungaan ni boleh jadi terapi minda dan mengurangkan stress.
Thursday, March 15, 2012
Cucur Udang RnR Juru
Salam,
Kalau ada peluang sesiapa yang gunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke Selatan...
Boleh berehat sebentar merasa Cucur Udang Best
RM1 hengget seketol.....lagi best tukang jual tu anak mami cun tinggi lampai, muka saja anak mami tapi putih melepak ala-ala Wardina pun ada....Jangan lepaskan peluang merasa yer...kalau sorang makan 2 biji pun dah cukup ....aku kalau balik ke kl memang tak lepaskan peluang singgah makan cucur udang ni...taugeh dengan daun kucai punyala banyak,kuah kacang pekatnya...fuhhhh teringat!!!!!
p/s:Nanti balik kampung abang singgah lagi yer dik...lupa nak tanya nama dia sebab dia malu-malu hahahah

Friday, February 24, 2012
Mujur tak bercerai...gantung tak bertali jerrr.....kini rujuk kembali...
Salam
Malu pun ada nak mula kata,membuka bicara menaip pantas papan kekunci ni...
Lama sudah tak bersua .....almaklumla bz sikit alasan biasa blogger guna..heheh
Harini nak berkongsi tips sikit macam mana nak tahu jumlah air yang perlu kita minum setiap hari mencukupi atau tidak...
Camni,
Jumlah Berat Badan maksudnya contoh berat badan 75kg = 2.5 liter
30 30
dengan berat badan 75kg aku perlu minum 2.5liter air sehari...
Aku ada terbaca dalam amagram majalah keluaran Amway .
bukan aku nak berniaga amway yer....saja nak berkongsi benda baik....
Kalau pengambilan air kita mencukupi dan sentiasa terhidrat kita tidak akan mengalami masalah kekeringan,bibir kering dan pecah...Satu lagi kalau rasa dahaga tu cepat-cepat minum air sebab dahaga merupakan signal dari sistem tubuh menandakan badan kita kekurangan air.(takleh pakai time bulan ramadhan yer)
p/s: Health is Wealth
Malu pun ada nak mula kata,membuka bicara menaip pantas papan kekunci ni...
Lama sudah tak bersua .....almaklumla bz
Harini nak berkongsi tips sikit macam mana nak tahu jumlah air yang perlu kita minum setiap hari mencukupi atau tidak...
Camni,
Jumlah Berat Badan maksudnya contoh berat badan 75kg = 2.5 liter
30 30
dengan berat badan 75kg aku perlu minum 2.5liter air sehari...
Aku ada terbaca dalam amagram majalah keluaran Amway .
bukan aku nak berniaga amway yer....saja nak berkongsi benda baik....
Kalau pengambilan air kita mencukupi dan sentiasa terhidrat kita tidak akan mengalami masalah kekeringan,bibir kering dan pecah...Satu lagi kalau rasa dahaga tu cepat-cepat minum air sebab dahaga merupakan signal dari sistem tubuh menandakan badan kita kekurangan air.(takleh pakai time bulan ramadhan yer)
p/s: Health is Wealth
Subscribe to:
Posts (Atom)