Friday, March 25, 2011

Ayah janji nak jumpa !!!

Salam,

Semalam aku tersentap kejap....
Aku marah sorang murid ni..budak lelaki, dari tahun lepas lagi ikut perkembangan dia....seorang budak yang suka mengelamun,kekadang dia macam 'blur',seorang yang bijak tetapi prestasi semakin merosot.dan selalu jugak tak datang sekolah...

Aku tanya dia " kenapa awak macam sedih jer kenapa kerja yang senang yang cikgu bagi awak buat pun tak boleh nak jawab?".dia diam saja
Then aku tanya lagi "Kenapa semalam tak datang sekolah?"
Budak ni menangis,menggenyeh kedua-dua biji mata dia..." Saya kena jaga adik,kesian kat adik,mak pergi kejer,abang ngan kakak pergi sekolah"
Kemudian aku teringat pasal kisah dia nak jumpa ayah dia tahun lepas.Aku pun buat ayat nak memujuk ni sebab dah marah-marah dia.menangis pulak tuh...
"Awak dah jumpa ayah awak ker?"
budak tu cakap "Blom,ayah sibuk,ayah janji nak jumpa tapi tak jumpa pun!"

Macam mana aku tak tersentap..sebenarnya ayah si budak ni berjanji ngan dia nak jumpa tahun lepas dalam bulan september,bayangkan sejak dari hari tu dia tak pernah jumpa ayah dia.sedangkan menurut budak tu dia dah telefon ayah dan si ayah janji nak jumpa.

Aku ingat lagi pada hari ayah dia janji nak jumpa,budak ni bukan main ceria lagi,tak sabar-sabar tunggu masa nak balik...
"Saya seronok sangat hari ni,nak jumpa ayah saya,tadi dah telefon.. ayah janji nak jumpa balik nanti!!,"

Aku rasa kesian sangat dengan budak ni....sebenarnya ayah dan mak dia dah berpisah...
dari seorang budak yang bijak terus prestasi dia merudum memang kesian, sorang budak yang berpotensi besar tapi tak dapat di gilap sebab kesan dari perceraian ibu bapa dia...

Tuesday, March 22, 2011

Tahap mana ke Melayuan anda?

Salam,

Haha....sinis tapi ada betulnya....jom tengok video dari Melayu Singapura ni..
Kat Malaysia pun tak lama lagi jadi camnila terutamanya kat KL...






Tengok yang ni lagi best...budak Melayu kita la ni...Miera Liyana


Saat ditanya jika tidakkah dia bimbang pakaiannya malam ini akan mencetuskan kontroversi, Miera Liyana, pelakon Kamelia Katrina memberitahu wartawan Galaksi, "Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan."
Ok amacam dah tengok gambar adik manis kat atas tu....jom terjah blog best ni...blog wajib baca Cursingmalay

p/s: pakaila macam mana pun yang penting confident...memang confident si Miera ni...hahaha

Sunday, March 20, 2011

Tq Ariffshah

Salam,

Entri kali ni just nak test commentluv menjadi ker tak...dapat tutorial dari blogariff..


ariff tq bebanyak...

A pssion for Janggut : Anda yang mana?

Salam,

Pernah dulu skali masa temankan member makan duduk satu meja bersama-sama beberapa orang yang tidak aku kenal mengupas isu janggut.Kebetulan aku ni memang berjanggut misai semua..satu ayat dari sorang mamat ni buat aku tersentap....
 "aku tak suka orang yang bermisai janggut ni,nampak serabai ja geli aku."

Macam mana aku tak tersentap dalam ramai-ramai kat meja tu aku sorang ja yang berjanggut misai ni....aku bukan pernah kenal dia pun tak pernah jumpa pun..apasal nak cakap isu janggut camtu tak sensitip mamat tu..hurmmm.

 Meh kita tengok cikit pasal janggut.jenis-jenis janggut yang kita tak pernah tau..klik gambar untuk lebih jelas
Dari segi agama pun ikut sunnah...tgk sini Hukum Janggut

tapi apapun pendapat masing-masing terpulanglah nak bela janggut atau tidak...aku bela jugak janggut sebab dah ada bukan semua orang ada janggut....hahahah

Ok..smart tak hahaha...
info:Forum tentang janggut

Saturday, March 19, 2011

Punk Rock Jalanan

Salam,

Balik kampung sekali-sekala sekala memang best,kalau balik kampung ada saja benda nak aku sembangkan dengan adik kembar aku.Biasa kami akan berkongsi cerita dan bertukar-tukar pendapat.
Bab muzik kami memanag serasi bersama maklumla kembarkan.

Biasanya lagu yang dia suka aku pun suka.Tapi paling tak sama kalau dia sakit aku tak sakit.kalau aku demam dia rilek ja...hahah tapi orang cakap kalau kembar ni kalau sorang sakit mesti sorang lagi sama jugak.hurmm kami berdua tak macamtu...

Jom layan satu lagu yang menyentuh hati ni.lagu ni adik aku soh dengar...best jugak...heheh





Lirik:
sungguhku menyesal telah mengenal dia
dan aku kecewa karna menyayanginya
dan aku tak akan mengulang kedua kalinya…


kusimpan rindu dihati gelisah tak menentu
berawal dari,kita bertemu kau akan kujaga
kuingin engkau mengerti betapa kau aku cinta


hanya padamu aku bersumpah kau akan kujaga sampai mati
kuingin tau siapa namamu dan kuingin tau dimana rumahmu
walau sampai akhir hayat ini…


jalan hidup kita berbeda aku hanyalah punk rock jalanan
yang tak punya harta berlimpah untuk dirimu sayang…


kutunggu kau kutunggu kunanti kau kunanti
walau sampai akhir hayat ini (2x)


kukira kau setia padaku ternyata kau menduakanku
sungguh hatiku tak menduga…
cukup sudah kini kualami
perjalanan cinta selama dulu
kukira kau setia padaku…
ternyata kau menduakanku..


dulu kau berjanji akan sehidup semati(itu gombal!!)
dan aku kecewa karna menyayanginya
dan aku tak akan mengulang kedua kalinya

 menurut sumber lagu  Punk Rock Jalanan ni tidak diketahui siapa penciptanya tapi ramai yang claims diaorang punya karya..sememangnya dah boom lama dah kat indon since 2009 lagi  aku ja yang baru dengar..lembab betol

chord lagu ni: Chord Punk Rock Jalanan

p/s: tak tahu kenapa tajuk lagu macamtu.. rock jalanan boleh terima lagi tapi punk jangan ikut yer adik-adik..:)

Friday, March 11, 2011

Hadiah untuk Cikgu

Salam,

Dapat hadiah selepas mengamuk dengan penuh kasih sayang....:)

 Kesnya..time aku dok rancak tgh feel baik punya,sampai berbuih mulut2 nak ajaq diaorang tetiba mata aku terpandang 3 orang budak lelaki kat belakang dok main bola sepak kertas ...

Tengok tu, menyesal la tu.....

siap ada nama pemain2 terkenal yang aku sendiri tak kenal hahah..cikgu diaorang tak minat bola.
Apalagi terus tukar mode nak fire orang...dah kena bebel budak2 tu, yang tak bersalah pun kena khutbah skali.Kalau nama-nama pemain bola ingat ja...kalau aku suruh hafal benda2 pelajaran yang penting2 tu semua tak ingat..

Sempat2 lagi sorang budak pompuan ni...dia ambik marker pastu lukis karikatur aku kat white board.skema semacam pulak tu..hurm nak sejukkan kan hati cikgu dia yang tengah marah tu...kekadang kan geram segeram2nya...tapi kekadang kelakar pun ada budak2 ni....

Esok mula cuti semester 1 tahun 2011 mula  selamat bercuti semua anak2 murid kesayangan cikgu...



p/s: Macam-macam hadiah anak murid bagi  paling aku teruja hadiah bubur kacang

Sunday, March 6, 2011

Hormati orang sebelum kita berharap mereka menghormati kita..?

Salam,

Selain jalan-jalan kat blog member aku juga selalu jeguk dekat forum penduduk tempat tinggal aku ni...
Salah satu post forum telah menarik perhatian dan aku rasa agak sesuai untuk di kongsi disini untuk renungan bersama..jom baca(klik untuk lebih jelas)


Apa pendapat korang tentang isu ini...?

Terus-terang aku katakan isu Azan memang melibatkan isu sensitif tapi sebelum nak buat sesuatu perlula mengira pandangan umum terutama melibatkan semua kaum/ pihak.nak lebih jelas pasal Azan ni tgk sini.

Kalau dah ada disediakan kemudahan kenapa tak guna kemudahan yang ada..committee member tempat aku ni jenis pandai sendiri pastu yang paling aku tak paham tu diaorang siap wujudkan rukun tetangga untuk mengawas pintu masuk,yang mana kawasan ni memang dah ada perimeter fencing and guardhouse checkpoint.

Satu lagi, sikap orang kita ni kalau orang tegur kita cepat sensitif kekadang takleh nak terima tapi bila nak buat sesuatu tu tak fikir dulu pakai main buat saja,bila dah berlaku sesuatu mulala nak salahkan pihak2 tertentu.
Dari awal lagi aku rasa something fishy dengan aku nyer committee sini...memang bagus nak tubuhkan persatuan penduduk tapi kena la ikut peraturan dan tatacara yang betul...

p/s: nama tempat  aku ni Cahaya Permai Apartment,releven tak isu diatas ngan nama apartment hahahah.....:)

Wednesday, March 2, 2011

APIXLONG- Nak motocross dapat gerek

Salam,

Entri kali ni ditujukan khas buat blogger muda sorang ni merangkap adik manja hahaha..
Apix sesungguhnya minat giler dengan sukan motocross tapi akhirnya dapat sebuah gerek saja....



 Jom terjah blog  APIXLONG...
sama-sama kita menyumbang untuk tabung motocross dia heheh...



p/s: Kadang-kadang buat blog review...promote mengpromote :)

Tuesday, March 1, 2011

Old Men Lightsaber Duel (Return Of The Geriatric)

Salam,
Aduss...tak tertahan tgk dua pakcik ni gaduh pakai lighsabers .mungkin diaorang bekas veteran perang  Star Wars. kot....haha.kalakar gila..



Jom tengok aksi penuh diaorang tengah fight...hahah




p/s:Rajin sungguh tukang dok edit video ni...gud jobs...muahaha