Friday, March 25, 2011

Ayah janji nak jumpa !!!

Salam,

Semalam aku tersentap kejap....
Aku marah sorang murid ni..budak lelaki, dari tahun lepas lagi ikut perkembangan dia....seorang budak yang suka mengelamun,kekadang dia macam 'blur',seorang yang bijak tetapi prestasi semakin merosot.dan selalu jugak tak datang sekolah...

Aku tanya dia " kenapa awak macam sedih jer kenapa kerja yang senang yang cikgu bagi awak buat pun tak boleh nak jawab?".dia diam saja
Then aku tanya lagi "Kenapa semalam tak datang sekolah?"
Budak ni menangis,menggenyeh kedua-dua biji mata dia..." Saya kena jaga adik,kesian kat adik,mak pergi kejer,abang ngan kakak pergi sekolah"
Kemudian aku teringat pasal kisah dia nak jumpa ayah dia tahun lepas.Aku pun buat ayat nak memujuk ni sebab dah marah-marah dia.menangis pulak tuh...
"Awak dah jumpa ayah awak ker?"
budak tu cakap "Blom,ayah sibuk,ayah janji nak jumpa tapi tak jumpa pun!"

Macam mana aku tak tersentap..sebenarnya ayah si budak ni berjanji ngan dia nak jumpa tahun lepas dalam bulan september,bayangkan sejak dari hari tu dia tak pernah jumpa ayah dia.sedangkan menurut budak tu dia dah telefon ayah dan si ayah janji nak jumpa.

Aku ingat lagi pada hari ayah dia janji nak jumpa,budak ni bukan main ceria lagi,tak sabar-sabar tunggu masa nak balik...
"Saya seronok sangat hari ni,nak jumpa ayah saya,tadi dah telefon.. ayah janji nak jumpa balik nanti!!,"

Aku rasa kesian sangat dengan budak ni....sebenarnya ayah dan mak dia dah berpisah...
dari seorang budak yang bijak terus prestasi dia merudum memang kesian, sorang budak yang berpotensi besar tapi tak dapat di gilap sebab kesan dari perceraian ibu bapa dia...

10 comments:

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Penceraian satu impak besar pada anak-anak sebenarnya. Sebagai ayah dan ibu kalau dah berpisah pun kena jalankan tanggungjawab terhadap anak-anak.anak-anak selalu jadi mangsa penceraian.

Danial Ikhwan Jaafar said...

sadis betul cerita ni...harap2 ada la sape2 yang boleh bantu budak ni.. teringat plak cerita drama2 jepun pasal cikgu yang semangat gile bantu anak2 murid..contoh GTO tapi die tu 18SX sikit.. =___="

Zullism said...

kak ina:tula akak kebanyakkan budak buat hal kalau family diaorang berantakan...kesian2

danial:GTO memang best pemberi inspirasi tu...

Jumir said...

Hmm....mak ayah punya angkara, anak2 jadi mangsa.

nyanyisunyi said...

Aduhai..rasa nk meleleh airmata akak baca kisah budak ni..terbayang2 dua org anak akak yg tk berayah lagi..tkkan bertemu lagi dgn abah mereka sebab abah mereka dah jadi arwah..mengapalah si ayah begitu rupa...itulah punca yg sebenarnya mengapa pelajar tersebut jadi begitu...

Hantu Kak Limah said...

selalu nyer perpisahan mak ngn bapak menjadi punca anak2 x der mood nk sekolah,belajar,berkawan,n sebagainyer..sebab budak2 ni selalu berpikir..KENAPA MAK PAK AKU BERPISAH..DEPA TAK SAYANG AKU KA...PASAI AKU KA SEBAB DEPA BERPISAH.....sangat rumit....

Wuucin Kimora said...

hurm.. no words

Ati Masrif said...

memang bab2 perceraian ni
yang menerima kesannya ialah
anak2...

selagi kita boleh sabar...
sabar sajelah demi anak2
minta di jauhkan buat kita semua
dan buat org lelaki yg belum
berkahwin tu..

jadikan ikhtibar ye!

Nami Alusi M.Z.A said...

zul, ko kawin la ngan mak dia.. bila budak tu dh jadi anak ko, ko bg la kasih syg yg sepenuhnya kat dia.. ko kan sorang yg penyayang,. hehehe..

Fatin said...

Ermm..sedih coz sy prnah jd mcm bdk tue..xpsl2 exam pn mrosot..

Post a Comment