Aku sudah kehilangan 2 orang yang dekat dihati, walaupun tak pernah aku zahirkan betapa bimbangnya aku pada mereka ketika mereka masih hidup.
Kedua-duanya menunjukkan simptom yang sama, pada usia yang lebih kurang sama diawal 30an.Kedua-duanya meninggalkan isteri dan anak bersama mengharung ranjau hidup yang masih panjang.
Sedikit kilaf di hati kerana aku tidak mampu menyedarkan mereka tentang betapa bahayanya benda ni.
walaupun emak aku cakap.. kalau dah ajal tu mati juga...namun sekurang-kurangnya kita cegah dan elakkan...
Jangan merokok wahai penghuni dunia.Banyak yang terluka, banyak yang sengsara kerana derita api membara...
p/s: Entri kali ini hanyalah sekadar menyokong kempen anti rokok Katakan Tak Nak :)
Jom layan lagu siam :) tak paham buat-buat paham kalau tengok MV dia boleh paham kot masksud lagu ni :)
สิ่งมีชีวิตที่คิดได้และเจ็บเป็น
(Beings, and I think it is)
So Cool
I do not think I'm blind.
I do not see her with anyone.
I do not think she's dumb.
I did not say anything at all.
If you can not think of anything that I'm stupid.
I would say a word to her.
She may have forgotten.
I had a life.
I think it is .. and I like her.
She may have forgotten.
I also have a brain and a heart.
As she was already dead.
If you still care.
I would like to revisit. I would have been like.
Do not think I did not hear her.
The words she spoke to me.
I do not think I do not understand.
I do not use the same language as you.
If you can not think of anything that I'm stupid.
I would say a word to her.
She may have forgotten.
I had a life.
I think it is .. and I like her.
She may have forgotten. I also have a brain and a heart.
As she was already dead.
If you still care. I would like to revisit.
She may have forgotten. I had a life.
I think it is .. and I like her.
She may have forgotten.
I also have a brain and a heart.
As she was already dead.
If you still care.
I would like to revisit.
I would have been like.
p/s: Tajuk pun aku ta tau..sarikata aku google translate jer..tapi lagu n muzik video best touching :)
What is your hobby zul?
My hobby is collecting stamps, counting coins and sleeping teacher.
Ada ka tidur pun hobi :)
Itu dulu-dulu punya cerita la zaman kanak-kanak. Suka kumpul setem, banyak siap 2-3 album sekarang ni dah berubah hobi.Album stamp pun entah kemana anak buah buat main.
Sejak 2008 aku mula terlibat ngan hobi mengumpul barangan Coca-Cola.Botol,tin,cawan,pinggan apa saja pasal Coca-cola lah.Paling Best kalau dapat pree.hihi.Terbaru ni dia botol + air dari Australia.Harap souvenir dari kawan-kawan saja, nak pergi tak tau bila.
Ni dia botol Coca-Cola 600ml dari Australia.
Bulan lepas dapat jugak dari botol dan tin Coca-Cola dari Jepun.Botol sama jer design macam kat Malaysia, content pun sama cuma penutup botol jer beza .
Yang ni pulak perbandingan 3 botol dari 3 negara, Malaysia, Jepun dan Australia.
Kalau kita nak bandingkan yang Malaysia paling sedikit kandungan calorie cuma 42cal per 100ml, Jepun 45cal dan Australia 180cal, so air Coke Malaysia consider sihat kot hahah and halal juga...:)
Sebenarnya kalau kita ada hobi yang jenis kumpul-kumpul barang ni kita kena maklumkan kawan-kawan dan saudara kita, sebab apa tau sekurang-kurangnya kalau orang nak bagi souvenir diorang tak pening nak pikir...memudahkan dan chances nak dapat barang free tu yang penting hahahah..:)
Serius aku pun tak mampu sehebat dia..baru umo 7tahun@ tahun 1,dah pandai tulis surat cinta wei...
Aku kenal cinta pun sewaktu umo 19..anak murid aku ni umo 7 tahun siap hantar surat cinta lagi.Susunan ayat tunggal dan dengan penggunaan kata adjektif hampir perfect cuma ejaan saja yang x betul tapi boleh dimaafkan.
aduh...
Potong kuku plz...jangan biarkan anak anda,,anda dan keluarga anda berkuku panjang.
Dah jadi rutin aku sebelum nak mengajar mesti check kuku...macam cikgu2 aku buat dulu...kiranya menurun dari cikgu aku ni hihi.
Kesian tengok budak yang berkuku panjang, sebab takdak orang yang nak ambil peduli tentang kebersihan diorang..aku memang pantang budak kuku panjang ni nak-nak lagi kalau kuku tu penuh baja ..kalau kuku panjang n bersih aku boleh ampun lagi tapi kalau yang panjang n kotor tu ewww..nak muntah pun ada..
tapi nak taknak aku kena bagi kesedaran ngan diorang ...sebab kebersihan ni mmg perlu dijadikan tabiat dan amalan kehidupan..
budak-budak ni kalau takdak yang tegur sure buat tak tahu dan sememangnya diorang tak tahu pun bahawa kuku panjang n kotor tu menyebab penyakit...malah menyebabkan air sembahyang terhalang oleh kotoran tu...
So di harap ibu-bapa yang ada anak tu prihatin terhadap kebersihan potong kuku anak tak pun suruh anak potong kuku...:)
Kat sekolah aku cuma boleh tolong nasihat,marah dan paling extreme aku tolong kasi trim hihi
Jom kita layan lagu Ai Se Eu Te Pego lagu dari Brazil :)
Kalau nak tau lagu ni sangat popular di europe.
Walaupun mendapat banyak komen negative tapi tetap diminati ramai.
some critics have defined it as "a perfect pop song but annoying and disposable"
Kali ni rajin-rajinkan diri masak daging pula, walaupun hakikatnya aku bukan penggemar daging :)
Kalau kat tempat kejer sebelum balik mesti nak borak-borak tanya resepi untuk berbuka, kasi semangat sikit :)
Kalau harap nak pergi bazar ramadhan time desperate baru aku pergi ,sebab buat sakit hati saja,orang nak meniaga diaorang pun sibuk nak meniaga,harga mahal,rasa hampeh,kalau masak sendiri tak sedap pun takpa puas hati heheh.
Resepi berbuka puasa hari ke 4
Daging Goreng Bersama Cendawan Inoki
Resepinya:
Daging Lembu 100g-150g 1 peket Cendawan Enoki
1 sudu teh lada hitam
garam secukup rasa Bahan A
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar kicap
1 sudu teh gula
Cara-caranya:
Potong daging lembu ikut saiz suka hati, mesin/tumbuk bahan A dan perapkan daging dengan bahan A(perap paling kurang 1/2 jam,lagi lama perap lagi bagus).
Goreng daging yang telah diperap sehingga sedikit kekuningan kemudian masukkan bawang bear yang telah dimayang,Masukkan lada hitam,dan akhir sekali masukkan cendawan Enoki(Korea mari) dan perasakan dengan garam secukup rasa..Hidangkan...selamat mencuba :)
p/s: Resepi ni untuk 2-3 orang makan kalau lebih pandai-pandai la adjust yer :)
Sempena Ramadhan ni aku jadi lebih rajin :) dapur kembali panas heheh
Ok nak kongsi resepi berbuka hari pertama Ramadhan.
Udang Goreng Berempah
Resepinya:
Udang dalam 150g-200g
1 sudu besar serbuk kari ikan
Bahan A
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih
1 inci halia muda
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
Bahan B
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu teh pati ayam
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar gula
Cara-caranya:
Tumis bahan A sehingga agak-agak layu, masukkan serbuk kari(gunakan api kecil sewaktu menumis jangan sampai hangit plak).Masukkan bahan B tumis lagi sampai agak masak semua bahan tadi.Akhir sekali masukkan udang yang telah dicuci goreng hingga sebati dan angkat.
Selamat mencuba :)
p/s: Saja letak resepi, tahun depan aku leh buat rujukan senang nanti :)
Pernahkah anda terfikir bila waktu yang sesuai kalau kita nak calling2 member ?
Pagi sah-sah la dah nak mula kejer,kalau hujung minggu sah-sah dah masih tidur kot.
kalau time break mau dia tengah makan,kalau tengah hari tengah sembahyang kot,
kalau petang tengah stress jam mungkin,kalau malam sure tengah berehat tengok tv layan anak bini,tengah malam confirm masuk tido zzzzZZZZ..
Hurmm waktu mana yang sesuai untuk kita hubungi seseorang yer?
Kalau aweks anytime boleh heheh
Sebenarnya pada aku kalau kita nak hubungi member ker,mak,ayah,adik beradik mahupun sesiapa saja bergantung kepada keperluan dan tujuan kita berhubung, kalau penting anytime boleh ,tapi kalau setakat nak borak kosong ngan member tu rasanya perlu kena timingnya...tapi kalau rindu dekat family kita anytime boleh ...
Apa sekali pun sentiasalah hubungi orang yang tersayang terutama ibubapa kita tak kira dimana saja anda berada :)
Saja nak berkongsi tips yang selalu aku amalkan bila tak berpuas hati dengan sebarang perkhidmatan baik dari pihak swasta mahupun goment..:)
Pengalaman di Warung Pak Atan
Biasa kalau berhadapan masalah yang berkaitan kerenah birokrasi ataupun terima layanan kelas ketiga ketika berurusan di kaunter sesuatu jabatan kerajaan mahupun swasta aku selalu banyakkan bersabar jer buat2 cool depan kerani kaunter .....tapi hakikatnya aku dok tengah mengutuk tak ingat dalam hati :) Apa aku buat selepas tu ?Bagaimana nak dapatkan maklumbalas segera selepas membuat aduan ?
Balik rumah buka email compose email aduan kepada bahagian aduan pelanggan ,tulis panjang lebar apa yang aku tak puas hati ,boleh sertakan nama kerani yang bertugas,tarikh,tempat dan masa kejadian
buat karangan tahap2 SPM punya kalau agak malas karangan tahap UPSR pun boleh terima.
Kalau boleh mulakan ayat aduan dengan puji-pujian kemudian barulah disertakan dengan keadaan semasa kejadian :)
Dan jangan lupa pastikan alamat email yang betul,cc kan kepada pihak atasan atau ketua pengarahnya sekali..confirm respond yang diterima sangat cepat.Selamat mencuba..:)
Sebenarnya aduan yang kita buat tu bukan sekadar meluahkan isi hati tapi supaya ada penambahbaikan dan pemurnian terhadap servis yang diberikan kepada pelanggan :)
Tapi sebenarnya cara ni aku rasa cuma berkesan pada goment n company besar2 ja macam,KFC,McD,TESCO dll..Kalau gerai kak jah,warung2 tepi jalan tu tak tahula...heheh
p/s:Teringat pengalaman dekat McD bukit bintang...pelayan boleh marah2 dekat aku sewaktu buat order. hmmmm saja dia cari nahas...hahah
Aku memang tak confident kalau nak masukkan borang aduan dalam peti aduan.
Akhirnya dapat jugak...sedikit lambat tapi puas hati bila mak dan ayah dapat datang meraikan kejayaan anak dia :)
Dan terima kasih kepada member-member yang banyak memberikan sokongan ...Terima kasih :)
Anda paham?,tak paham?...buat-buat paham jer sebab aku pun tak paham...:)
Jom kita membaca semua
Kalau benda diaorang minat tak payah susah-susah nak suruh...yang paling aku tak tahan siap beli lagi kamus tu..baca kamus ok!!.kalau aku soh baca buku Sains ker Kajian Tempatan ker sampai berbuih mulut rasanya....
Hebat betul pengaruh budaya pemakan kimchi ni yer....dari lagu,makanan,gaya rambut,bahasa walaupun kita tak paham dapat tembus tembok budaya kita..betapa terbukanya anak-anak Malaysia...:)
"Kerajaan sedia mempertimbang untuk melaksanakan pembelajaran bahasa
Punjabi di sekolah sekiranya terdapat permintaan dan bilangan pelajar
yang mencukupi untuk mempelajarinya, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin"
p/s:Pasni kena buka kelas bahasa Korea pulak yer Tan Sri akan ada permintaan kot... :)
Hari ni bangun awal dari kebiasaan, aku ngan member ada misi khas, 3R reduce,reuse,recycle sebagai menyokong program Jom Kitar Semula....:)
Dah banyak sangat kertas dan botol kat rumah yang dikumpul,member rumah aku ni memang boleh di katogerikan sebagai aktivis alam sekitar....:) aku menyokong jer...
Penuh kereta dengan barang recycle ni susah jugak nak cari tempat kitar semula, mula ingat nak hantar dekat area Seri Kembangan tapi pusat kitar semula tu terbiar siap orang longgokkan barang recycle dah jadi macam rumah sampah plak...terus ubah tempat pergi tempat kitar semula area Seri Serdang belakang UPM.
Gigih member aku...:)
Kalau kita hantar ke Pusat kitar semula ada yang berbayar ada jugak yang tak, memang tak dapat duit tapi sekurang-kurangnya kita menyumbang kearah pemuliharaan alam kan.aku sebenarnya cari jugak tempat yang dapat duit ni...tapi cari tak jumpa plak hahah... tapi kalau betul-betul nak dapat benefit,rewards dari recyclable items ni boleh pergi hantar dekat tempat yang memang ambil barang dan kita dibayar siap ada yang boleh dapat point lagi.
Boleh tengok website ni
dimana setiap barang yang kita hantar kitar tu boleh dapat point dan point bole ditukar dengan barang macam tv,sonypalystation,ipod,voucher n macam-macam lagi.
Lagi best siap sediakan perkhidmatan kutipan pintu ke pintu dan menerima hampir semua jenis barang kitar semula.
"Little efforthas a powerful impacton the environment"
p/s:Banyak barang boleh recycle nak atau tak jer.... :)