Saturday, July 31, 2010

Genius Tricks

Salam,

Dah lama sebenarnya nak post entri ni tapi tak sempat-sempat...

Macam mana kalau barang kesayangan,mahal dan sangat berguna untuk kita dicuri orang...mesti bengangkan...mau nak menyumpah-nyumpah si pencuri tu...
Aku ada maklumat menarik untuk dikongsi dengan semua...macam mana nak elakkan barangan berharga kita dari dicuri ....

Letakkan diri anda sebagai seorang pencuri, nak ker kita curi barangan yang nampak buruk dan lusuh...
mestila...takkan...biasa pencuri tak akan ambil barang yang lama dan nampak lusuh...they look for new one...

langkah pertama...Uglify your stuff (Burukkan barangan anda) alaaa...buat bagi nampak buruk jerrr.....

Kamera tu nampak jer buruk tapi hakikatnya baru jer beli...

Stiker kereta ni membuatkan kereta nampak bekarat dan buruk...

Basikal ni pulak...dicat seolah-olah 'berkarat gila'.....

Bagi ibu-ibu yang nak elakkan makanan anak-anak dari 'dipau' oleh member-member di sekolah...

Cuba trick ni....

Kreatif kan....huhu

Tapikan kalau orang dah nak curi tu dia bukan kira buruk ker... baru ker.., sekurang-kurangnya kita cuba dari tak cuba langsung kan.... :)

Wednesday, July 28, 2010

Sigmund Freud's Priorities Test (Ujian Keutaman Sigmund Freud)

 Salam,

Aku dapat test ni dari satu forum.....
Aku dah cuba benda ni...rasanya macam betul jer dengan aku...
Cuba tengok test kat bawah ni...

Sigmund Freud's 
Priorities Test


Lima perkara berlaku pada waktu yang sama.Dalam turutan mana yang akan anda dahulukan?

1. Telefon berdering!

2. Bayi sedang menangis!

3. Seseorang mengetuk  atau memanggil di luar pintu!

4. Hujan mula turun dan baju masih diampaian!

5. Paip air yang dibiarkan didapur dan airnya melimpah!

Dalam turutan manakah yang akan anda dahulukan? Tuliskan turutan tersebut dan semak jawapan di bawah bagaimana keputusan yang dibuat.



v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Jawapan

Setiap satu pilihan mewakili sesuatu dalam hidup anda..

Dalam senarai mewakili apa pilihan jawapan yang anda pilih tadi

1. Telefon mewakili Kerja
2. Bayi mewakili Keluarga
3. Ketukan dan panggilan di pintu mewakili Kawan
4. Pakaian di ampaian mewakili Wang
5. Paip air mewakili Percintaan

Pilihan turutan anda menentukan keutamaan dalam hidup anda...

Macam mana dengan pilihan korang.....sama tak dengan realitinya...huhu

Tengok ni akunyer test result....

3 1 2 5 4

Huhu...selamat mencuba...fikir-fikirkan... 



Friday, July 23, 2010

A Friend in need is a friend indeed

Salam,

"Teacher, they simply called me lazy!!!"

Tadi dok semangat-semangat nak mengajar ni..tetiba budak aku ni menangis...sedih...
aaikkk kenapa pulak...tadi dok elok-elok saja....

 Tengok tu sedih dan pilu...(bukan iklan jam yerr)

Sebenarnya budak aku yang sorang ni sedih sebab kawan-kawan dia dah tak nak kawan.. pastu called him lazy...mana tak sedih budak tu....so aku pun CSI larr....
Korek punya korek rupanya dia sangat sedih dan pilu sebab dia rasa takdak orang dah nak kawan dengan dia....dan member-member dia yang baik dulu siap panggil budak malas lagi....

Alasan member dia tak nak kawan senang jer...nak bagi kesedaran dekat dia...kasi dia insaf ...waaahhhh...camna budak umor 10 tahun boleh bertindak sampai camtu.....memang zaman dah berubah...budak-budak dah sedar akan nilai-nilai persahabatan tu....

Budak-budak ni walau kita tengok diaorang main,gaduh,main balik...gaduh lagi....tapi sebenarnya diaorang ni sangat mementingkan nilai-nilai persahabatan tu...diaorang bukan saja sanggup menipu,mencuri,malah buat sesuatu yang diluar jangkaan demi sahabat....walau macam mana nakal sekali pun kawan diaorang tapi masih tetap nak kawan....

Dua hari lepas sorang budak pompuan ni cover perbuatan kawan baik dia mencuri duit...mati-mati tak nak bagitau...lepas aku paksa cerita last2 dia buka mulut....
pastu aku tanya 
" Kenapa nak tolong kawan awak ni ? dia kan mencuri !"

budak tu jawab sambil menangis
" Dia jer kawan saya,saya takda kawan lain dah,orang lain tak nak kawan,"

Kalau kita selami hati budak-budak ni..walaupun kita anggap diaorang tak matang...tapi sebenarnya pada aku,aku dapat banyak pengajaran berguna, pengalaman  dengan diaorang ni banyak memberikan kesedaran pada aku...pada diaorang  
"Kawan adalah segala-galanya,sangat penting"
Tak macam kita yang dah dewasa ni...kalau bergaduh,bertekak ker...alamat sampai mati larrr tak bertegur....



Tapi  kalau korang semua perasan kan...kita lebih banyak bersabar dengan kawan-kawan kita berbanding dengan orang yang kita sayang...kenapa yerr....Renung-renungkan huhu...


Thursday, July 22, 2010

Billionaire

Salam,

Selalu saja kalau buka Hitz.FM mesti ada pasang lagu ni.....

Billionaire Travie McCoy ft Bruno Mars



Aku dok dengar lagu ni berulang-ulang kali dah...memang ada mesej disebalik lirik lagu ni....
kalau tak dapat masuk list majalah Forbes pun tak kisah asal leh jadi billionaire huhu....
Tapi dengan keadaan kerja dengan 'Goment' sampai mati pun tak jadi billionaire larrr...tapi aku tak kisah yang penting...hidup bahagia...kerja pun seronok...walaupun gaji tak besar...tapi alhamdullilah...masih boleh makan MCD,tengok wayang(student price),kuar makan sekali sekala....itu pun pun dah dikira cukup....sebab kalau kita jadi kaya duit banyak pun belum tentu kita bahagia...belum tentu aku bahagia macam sekarang ni...cewah....
Sapa tak nak jadi billionaire kan....kalau ada rezeki dapat kot hahah....

Cari-cari kat Forbes Magazine tadi tgk ada jugak rakyat Malaysia tersenarai dalam The World's Billionaires

siapa lagi kalau raja gula...Tan Sri Robert Kwok dalam kedudukan ke-33 ranking dunia tu....bangga la jugak ada rakyat Malaysia masuk ranking tu...
tapi yang tak best tu nama jer rakyat Malaysia tapi residence kat Hong Kong.....
mmm no komen larrr...

Wednesday, July 21, 2010

Minuman Herba Cina

Salam,

Pernah tak di kalangan kita menghadapi masalah jerawat yang tidak menentu,kekadang tumbuh banyak di muka..meninggalkan parut hodoh...Jerawat yang tumbuh selepas satu demi satu.wajah yang kusam dan tidak berseri...bangun pagi terasa letih,semua di adalah disebabkan oleh  toksin dalam darah..huhu...
sedap tak ayat macam nak promote barang jer...

Bukan nak promosi barang ker aper tapi cuma nak berkongsi dengan pembaca semua tentang amalan meminum herba cina yang aku amalkan...memang baik untuk memperbaiki peredaran darah sekaligus menggalakkan pembuangan toksik dan penghantaran nutrien ke seluruh sistem badan dengan lebih baik...cewahhh.
Aku ada mengamalkan minum herba cina ni....mak member umah aku(chinese) yang sarankan minum herba ni...yang sememangnya diaorang amalkan sejak dulu lagi....
 Ni bahan-bahan dia...semua boleh dibeli di kedai ubat cina..
goji beri,tong sum,dongguai dan kurma merah...longan tu aku tambah sendiri sebab nak bagi rasa tu lebih manismemandai sendiri jer ...
 kalau nak yang harga murah pun boleh tapi low quality larr....yang mahal sikit memang berbaloi....

kalau nak beli tu minta diaorang peketkan tapi aku beli yang macam ni sebab aku suka campak2 sendiri huhu..

Penyediaan senang jer...
masukkan air dalam periuk, masukkan bahan dan panaskan selama lebih kurang 45 minit agak nampak air dah tukar kekuningan tu( kalau lagi lama rebus lagi pekat warna air tu)
Kemudian boleh hidangkan...minum panas-panas lebih baik....tapi aku prefer yang sejuk....tak perlu tambah gula memang rasa sedap dah...tak pahit macam ubat herba yang lain...



Dalam seminggu amalkan minum herba ni memang dah menunjukkan kesan ....bagi yang banyak jerawat tu jerawat akan berkurangan ...kulit muka semakin flawless huhu....more complexion,bangun pagi tak rasa letih lagi....badan lebih segar....misai semakin panjang

Memang aku dah cuba sebab tu aku berani nak kongsi kat sini....Selamat mencuba

Tuesday, July 20, 2010

Cheng Guorong

Salam,

Dok baca Kosmo tadi terjumpa pasal mamat sorang ni...
Memang tuah badan mamat ni....dari seorang pengemis terus jadi terkenal...
Nama sebenar Cheng Guorong umur dalam lingkungan 34..juga dikenali sebagai Brother Sharp
berasal dari city of Ningbo
Seorang fashion blogger  ternampak dia pastu terus perkenalkan pada dunia pasal mamat sorang ni....
dia ni mentally confuse dah hampir 7 tahun dok dekat jalanan ni....dah lost contact ngan family dia dah...
Tengok gaya tu......macam professional model tu...
Gambar lepas photoshop


Kiranya dia dah jadi ikon fesyen plak tu....nak tau lebih tgk website ni Brother Sharp



Saturday, July 17, 2010

Pasar Tani MARDI Serdang

Salam,

Hari ni saja-saja nak jalan pergi pasar tani....
Tak jauh dari rumah...kira belakang umah jer....

Pasar Tani MARDI....betul-betul dekat parking sebelah pintu gerbang MARDI

Aku sampai dah dekat kol 9 lebih...orang pun dah kurang sikit dah...

Ada macam-macam benda yang dijual kat pasar tani ni....

Sampai-sampai melahap dulu...ada disediakan khemah tempat makan...
Pengunjung boleh breakfast dekat pasar tani ni...
konsep yang aku suka...
jalan dulu pastu makan,makan dulu pastu jalan...mana-mana pun boleh asal  mesti makan huhu....


Parking memang banyak...
Kalau nama jer pasar tani benda yang wajib jual...sayur,ikan,dan buah....kalau takdak benda ni bukan pasar tani namanya..... betul tak?(sapa nak jawab ni)



Pastu ada jugak pakaian...telekung pun ada....

Aku memang suka pergi jalan-jalan tempat macamni....sebab tempat macamni kita boleh tengok macam-macam gelagat orang huhu.....

Friday, July 16, 2010

Love

Salam,

Hari ni dapat hadiah ' LOVE '.....huhu 
tak sangka plak hadiah ni dapat dari pokok kangkung yang aku tanam .....sayang jugak pokok kangkung ni kat aku yer....

Tgok tu...daun buat bentuk love tu......
Yerr la aku siram dia dengan penuh kasih sayang....waaaaa..... I love u too....hehe

Wednesday, July 14, 2010

The Boy and The Apple Tree

Salam,

Cuba baca citer kat bawah ni....aku jumpa waktu dok browsing tadi....puas hati  jugak kalau dapat share dengan semua...




" Everybody has an 'Apple Tree' in his life.And its your Parents"