Wednesday, July 21, 2010

Minuman Herba Cina

Salam,

Pernah tak di kalangan kita menghadapi masalah jerawat yang tidak menentu,kekadang tumbuh banyak di muka..meninggalkan parut hodoh...Jerawat yang tumbuh selepas satu demi satu.wajah yang kusam dan tidak berseri...bangun pagi terasa letih,semua di adalah disebabkan oleh  toksin dalam darah..huhu...
sedap tak ayat macam nak promote barang jer...

Bukan nak promosi barang ker aper tapi cuma nak berkongsi dengan pembaca semua tentang amalan meminum herba cina yang aku amalkan...memang baik untuk memperbaiki peredaran darah sekaligus menggalakkan pembuangan toksik dan penghantaran nutrien ke seluruh sistem badan dengan lebih baik...cewahhh.
Aku ada mengamalkan minum herba cina ni....mak member umah aku(chinese) yang sarankan minum herba ni...yang sememangnya diaorang amalkan sejak dulu lagi....
 Ni bahan-bahan dia...semua boleh dibeli di kedai ubat cina..
goji beri,tong sum,dongguai dan kurma merah...longan tu aku tambah sendiri sebab nak bagi rasa tu lebih manismemandai sendiri jer ...
 kalau nak yang harga murah pun boleh tapi low quality larr....yang mahal sikit memang berbaloi....

kalau nak beli tu minta diaorang peketkan tapi aku beli yang macam ni sebab aku suka campak2 sendiri huhu..

Penyediaan senang jer...
masukkan air dalam periuk, masukkan bahan dan panaskan selama lebih kurang 45 minit agak nampak air dah tukar kekuningan tu( kalau lagi lama rebus lagi pekat warna air tu)
Kemudian boleh hidangkan...minum panas-panas lebih baik....tapi aku prefer yang sejuk....tak perlu tambah gula memang rasa sedap dah...tak pahit macam ubat herba yang lain...



Dalam seminggu amalkan minum herba ni memang dah menunjukkan kesan ....bagi yang banyak jerawat tu jerawat akan berkurangan ...kulit muka semakin flawless huhu....more complexion,bangun pagi tak rasa letih lagi....badan lebih segar....misai semakin panjang

Memang aku dah cuba sebab tu aku berani nak kongsi kat sini....Selamat mencuba

5 comments:

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

rindu plak member2 kat uni. selalu je die buat aku bende2 macam ni - red dates, tongsing la, ape la.
tapi ni herba terus eh. haha selamat mencuba!

Anonymous said...

tak sedap iman

Anonymous said...

leh la kasi panjang misai ni kan....
hahaha

Unknown said...

Minum selama seminggu ke?

Unknown said...

Lepas minum selama seminggu.bila lg nak minum?

Post a Comment