Sunday, October 31, 2010

Kenapa Beruang Teddy ?

Salam,


Aku terfikir jugak kenapa Teddy Bear? Kenapa Beruang Teddy menjadi pilihan sebagai hadiah? Kenapa bukan patung kucing,lembu,badak,gajah ker? Adakah kerana orang lain beli kita pun beli,atau memang penerima hadiah suka Beruang Teddy?

Sebenarnya ada banyak sebab kenapa beruang yang dipilih.





1-Comel
Beruang sangat cute dalam bentuk patung
 
2-Senang nak peluk
memberi pelukan pada patung beruang membuatkan seseorang rasa selesa.Patung Beruang yang besar pulak membuatkan kita rasa seolah-olah seperti dipeluk.Everyone needs a hug now and then!
3-Sebagai tanda kenangan bagi hari yang istimewa.
Hari lahir, konvokesyen...memang sesuai bagi Teddy Bear.

4.Keselesaan
Masa nak tidur kalau dapat peluk teddy bear rasa lebih selesa apa?


5.Membuahkan rasa kasih dan sayang
Patung beruang selalu menemani budak-budak yang kurang kasih sayang dan perhatian.Kalau rindu pada seseorang tengok patung beruang pemberian dia,terubat rasa rindu.

Teringat kisah Aris:Kalau saya rindu ibu saya, saya tengoklah beruang ni cikgu!
Kalau orang nak bagi hadiah aku  tak kisah.. ambik jer!!! tapi jangan la patung beruang :)

Thursday, October 28, 2010

SISTEM e-PENYATA GAJI DAN LAPORAN

Salam,

Amaran: Maklumat ini khas untuk yang bekerja dengan Kerajaan yer.Untuk kerja swasta boleh baca untuk maklumat jer....hahah

Tadi kat opis dok borak-borak pasal slip gaji terbaru,maklumlah baru masuk gaji ni....
Lepas ni tak perlu lagi nak ambik slip gaji yang hard copy tu lagi sebab boleh download jer dari
website Jabatan Akauntan Negara

Kalau slip gaji hilang.. boleh terus download jer dari website tu...tak perlu lagi nak susah-susah mengayat kak kerani kat pejabat tu.yang moncong jer kalau kita mintak tolong.opss jangan marah!!!

Senang jer...Masuk website Jabatan Akauntan Negara

Daftar buat kali pertama.

Mesti ada no gaji.Then Login masuk gunakan no IC pastu kata laluan.
 Last sekali klik slip yang nak download tu...fail dalam format PDF

 Ok dah siapdownload, print...dah boleh buat loan..haha... :)

Aku memang sokong e-penyata ni..walaupun ada sebilangan yang akan menentang...huhu

Paperless,Satu lagi usaha kearah menghijaukan bumi.


Tuesday, October 26, 2010

Buku Teks Baru

Salam,

Jom kita zasss!!!!! dulu gambar-gambar budak-budak ni....



 Bina 5 ayat berdasarkan gambar diatas.
  1. Terdapat beberapa ikat buku diatas meja murid.
  2. Terdapat beberapa orang  murid yang sedang mengenangkan nasib pada tahun hadapan kerana tidak mendapat buku teks.
  3. Pelajar lelaki itu sangat kecewa kerana tindakannya pada masa lampau.
  4. Ada yang menyesal kerana memikirkan jumlah bayaran buku yang telah dihilangkan.
  5. Pelajar kelas tahun 4 Bakti sedang  bangga dengan buku teks baru untuk tahun hadapan.
  6. Guru kelas sangat stress ketika menguruskan pembahagian buku teks.
Setiap tahun sebagai guru kelas inilah yang aku perlu buat,menguruskan penghantaran buku teks tahun semasa dan pemberian buku teks untuk tahun hadapan...
Biarpun "berbuih mulut" menasihati budak-budak ni untuk menjaga buku jangan sampai hilang...seperti biasa masih ada yang hilangkan,bukan setakat satu malah ada sampai empat buah....ihsks...ishks...

Kalau murid yang berada tu dengan selamba sediakan duit bayar tanpa ada perasaan bersalah,yang tak bawa duit tu buat-buat larr muka sedih dan menyesal....dah la harga buku mahal bukan sehinggit dua...ada sampai RM12 sebuah.......
Tahun depan jangan buat lagi yerrr.....anak-anak sekelian!!!

Saturday, October 23, 2010

Friday, October 22, 2010

3 sepuluh !!

Salam,

Harini budak-budak masih menduduki exam penilai untuk akhir semester PKSR 2.

Aku baru nak masuk ke bilik guru selepas abis kelas...masuk jer tengok member tengah kecoh-kecoh pilih rantai leher dan rantai tangan...Huhhh apa tu nak jual ker...
aku pun sapa diaorang "3 sepuluh ker ?"sibuk-sibuk kan diri tengok....



Sebenarnya diaorang tengah menilai hasil kerja budak bagi exam pendidikan seni visual....macam-macam jenis rantai tangan dan leher yang budak-budak hasilkan...kagum aku...gabungan warna yang pelbagai dan kreativiti masing-masing...haha...memang kreatif.Nak beli manik-manik tu bukannya murah..gigih budak-budak ni...
Kalau aku ngajar budak-budak tu mau semuanya  dah dapat "A" tu....

Wednesday, October 20, 2010

Mela Power

Salam,

Balik kejer dah lewat arini...tgk kat bakul baju fuhh... dah sendat dah...tak muat dah nak sumbat baju kotor   lagi...Tunggu lagi!!! Kena larrr basuh..bukan ada maid nak tolong basuh,

Teringat dulu-dulu zaman belajar member basuh baju dalam baldi, baju rendam semalaman dengan sabun keesokkannya putar dengan tangan buat macam mesin basuh...punya la malas..hahah

Nak basuh baju pun ada caranya bukan setakat campak-campak jer...
Ni tips membasuh baju yang aku amalkan...

Asingkan pakaian....baju selonggok,seluar selonggok...


Masukkan dalam mesin pencuci Life Good ...LG larrr haha
malas nak basuh dengan tangan ...
Pernah tuan-tuan dan puan-puan dengar tentang  Mela Power ? Kejap lagi aku cerita....
Masukkan sedikit Mela Power 1/3 cup

Mela Power ni  detergent larrr...sabun basuh kain senang citer...
Aku  pakai Mela Power ni sejak 3 bulan lepas memang puas hati...bau segar,harum semerbak,paling best tidak merensakan kulit macam detergent lain... pastu yang paling best EcoSense(mesra alam).

Dah siap jemur diampaian...
gunakan kepanasan cahaya matahari dan angin untuk mengeringkan baju,jangan gunakan pengering kerana melahap banyak tenaga menjurus kearah  pelepasan CO2. 

"Bersama-sama menjaga Alam Sekitar demi generasi akan datang"





Monday, October 18, 2010

Boss pilihan

Salam,

Hugo Boss

En.Boss

Pn.Boss

Daripada 3 gambar diatas boss mana pilihan anda?

Selama aku bekerja ni dah bertukar hampir 4 boss...baik lelaki,baik pompuan...semua macam-macam kerenah dan ragam...
Boss pertama lelaki,memang sempoi,yang paling best...pernah sekali aku berborak dengan boss pertama aku..dah hampir sejam berborak tetiba keluar soalan dari dia.."awak kerja dekat mana?"
tertelan air liur aku nak menjawabnya....uiks anak buah sendiri pun tak kenal...

Boss kedua perempuan...paling best...pantang nampak aku, ada saja benda nak dicakapnya...kalau dalam meeting tak sebut nama aku tak sah....tapi yang best dia macam mak aku selalu tegur kalau buat kesilapan...Tq. Pn....

Kalau ditanya boss mana pilihan aku? jawapannya aku suka kedua-dua baik lelaki mahupun perempuan..asal mentadbir dengan baik telus,jujur dan amanah, aku ok jer...

Tapi untuk menjawab soalan diatas dari 3 keping gambar tu,jawapan muktamat!! aku pilih HUGO BOSS sebab bau dia  dah tentu wangi,ada karisma,berprestige,bernilai tinggi,terkenal...sentiasa disisi hahah....

Sunday, October 17, 2010

Roti Canai cicah susu

Salam,

Memandangkan pagi ahah ni aku bangun awal berbanding pagi ahad yang lain...ajakla member sarapan.

Makan lite-lite konon..sebiji Roti Canai kosong...(padahal dah bedal 2 biji vadei dah)

 Ni aku punya versiroti  cicah susu...perghhh paling aku suka..Member-member yang kali pertama tengok diaorang macam pelik..tak kisah larr nak cakap apa pun , aku memag suka cicah susu takdak susu gula pun ok...boleh cuba sedap :)

Yang di pulak member aku punya Roti Telur cicah kuah original kuah dal + sambal...taste masing-masing kan...

Air Teh ais...aku memang suka teh ais...kena pulak mamak ni memang pandai buat...aku kasi 5*...

Jum tengok roti terbang...Malaysia Boleh!! 


Saturday, October 16, 2010

Chatter + Blogger

Salam,

Kalau dulu-dulu 13 tahun lepas aku mula-mula kenal dangan MIRC..rasanya sesiapa yang seusia dengan aku pasti tahu benda ni.time tu baru leaps daftar U..sekarang pun masih ada lagi... konsep masih sama...borak-borak,tukar-tukar file..ayat-mengayat,cari jodoh,macam-macam cari...haha

sampai aku tergila-gila dengan benda ni...padahal berborak apa-apa ntah..sampai satu tahap aku mengadap komputer 8jam nonstop...gila ker aper...itu dulu larr..skarang dah tak layan dah chatting-chatting ni....

Sejak April 2010 lepas aku dapat satu kegilaan baru...haha...jumpa pulak benda ni...Blog
Walaupun aku dah tahu pasal blog dah hampir 5 tahun tapi macam blur tak tau apa-apa...bila dah discover ngan benda ni penyakit kegilaan terhadap alam maya ni muncul balik...hahah....mujur tak serius sampai 8jam nonstop...hahah...
Yang best nya jadi blogger ni...aku dapat kenal ramai kawan,ada yang fokus pada berita,ada yang fokus pasal isu semasa,ada yang post pasal masak-memasak,ada yang dok citer pasal kucing,macam-macam larr...
Melawat blog orang,bagi komen,baca entri diaorang...banyak maklumat baru aku dapat.
Bagi aku apa saja yang aku nak letak kat blog aku aku letak jerr....pinjam kata-kata hikmah blogger

 menjelajah blog kak ina ni satu kemestian. :)

Kalau setiap hari lepas balik kejer sampai umah on laptop dulu...macam dah jadi kemestian
Blog..blog..blog..sampai bila yer...

Wednesday, October 13, 2010

Nasi Goreng Udang zuldandunia Style

Salam,

Hari ni saja nak post pasal masak memasak ni....bukan pandai sangat pun,tapi respon dari member-member cakap boleh dapat 10 bintang kira ok larr tu hahah...

NASI GORENG UDANG -zuldandunia Style

Bahan-bahan:(untuk 3 orang lelaki yang makan banyak)
Nasi putih
Udang 300g                -(20 ekor)
Bebola Ikan                -satu peket
Bawang besar             -satu labu
Bawang putih              -3 ulas
Kacang buncis            -5 batang
carrot                         -1 batang kecil
cauliflower                  -300g
Cili hijau                     -5 tangkai kecil
Bahan perasa              - TUMIX
Sos ikan Nampla         - satu sudu besar
Sos Tiram                   -satu sudu besar
Sos Cili                       -satu sudu besar
 Kicap                        -1/2 sudu besar


Panaskan minyak tumis bawang besar dan bawang putih dan  cili.Pastu masukkan udang dan bebola ikan.Goreng separa masak.


Masukkan sayur-sayur dan gaul rata.

Masukkan bahan perasa,sos ikan nampla,sos tiram dan sos cili.Garam tak perlu masukkan lagi sebab sos nampla dan kicap dah cukup masin.

Masukkan nasi,gaulkan rata dan siap.

baca doa makan dulu..... sebelum makan
.


Monday, October 11, 2010

Red Book or Buku Merah

Salam,

“It is unfortunate that most people are completely ignorant of their rights. They do not have the slightest idea of what the police can or cannot do.” ... Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz


Rasanya ramai dikalangan kita yang pernah di tahan oleh Polis bagi tujuan pemeriksaan atau ketika melakukan kesalahan bukan.
Tahukah anda sekiranya anda di tahan atau disoal siasat oleh Polis sebagai rakyat Malaysia orang awam kita mempunyai hak-hak yang perlu kita tahu ketika kita berhadapan dengan anggota Polis.

Majlis peguam telah melancarkan sebuah buku yang dekanali sebagai "Red Book atau Buku Merah" yang menerangkan beberapa garis panduankepada orang awam  ketika berhadapan dengan anggota Polis yang sedang menjalankan tugas.

Klik  Red Book untuk download buku merah tu...
boleh baca pastu ingat sebagai panduan kot-kot terjumpa Polis...huhu

Aku jumpa video ni kat Youtube.. Cuba korang tengok macam mana amoi ni berdepan dengan anggota Polis tu....kelakar pun ada..macam-macam komen orang bagi..ada yang sokong Polis tu ada yang sokong amoi tu...macm-macam


 “Polis Dan Hak-Hak Asas Anda”
p/s: Buat-buat larr muka kesian sikit kalau kena tahan :)

Saturday, October 9, 2010

Beruang,Tomboy dan Balik London

Salam,

Kisah 1
Aris: Beruang(Keychain) ni tanda kenangan cikgu!
Aku: Kenangan apa?
Aris: Kenangan saya dengan ibu saya! Ibu bagi waktu saya jumpa ibu cuti sekolah yang lepas!
Aku: Apa awak buat dengan beruang tu?
Aris: Kalau saya rindu ibu saya, saya tengokla beruang ni cikgu!


Aris(bukan nama sebenar)...kesian  Aris bila teringat balik perbualan dengan Aris..mak aris tinggalkan Aris sebab bercerai dengan ayah Aris,Aris kini tinggal dengan Ayah,datuk dan nenek.Aris memang pelajar yang bermasalah.


Kisah 2

Faiz: Saya benci ayah saya?
Aku: Kenapa Faiz benci ayah?
Faiz: Ayah tinggalkan mak dan saya waktu saya kecik?
Aku: Kenapa ayah tinggalkan kamu?
Faiz:Ayah dah ada perempuan lain,dia dah balik London!
Aku: Awak tak rindu ayah ker? Ayah tak telefon ker?
Faiz: Tak!! biarlah dia mati saya tak suka dia!!

Faiz(bukan nama sebenar) ditinggalkan ayah sewaktu kecil sehingga kini ibu yang menyara Faiz dan adik beradik yang lain.Faiz pelajar yang tercicir, membaca pun sukar.


 Kisah 2

Nizam   :  Mak saya lari dengan Tomboy cikgu!! 
Aku      : Betol ker? Awak tak pernah jumpa ibu lagi ker?
Nizam  : Betul cikgu,ibu kenal dengan (Tomboy) tu dekat kedai ibu kejer.Pastu dia terus lari dengan Makcik Ani tu dah tak balik dah.Saya pernah cari ibu dengan kakak,jumpa dah tapi ibu tak pedulikan saya pun, tanya tentang saya pun tidak!!!!

Uiks...terkedu jugak bila aku dengar ayat Nizam ni..huh mak lari dengan Tomboy

Itu baru tiga kisah yang aku nak kongsi kat sini.Sebenarnya banyak lagi drama swasta yang lain.Mereka secara sepontan bercerita,Kekadang aku rasa kesian dengan budak-budak ni,macam-macam masalah dan kepahitan yang mereka perlu lalui pada usia muda Mereka  sama-sama diheret  dalam politik rumahtangga keluarga mereka.
Memang kesian,kebanyakkan murid yang ada masalah dalam keluarga memang menghadapi masalah bila di sekolah.Mereka meluahkan perasaan dengan pelbagai reaksi.

Kesian budak-budak ni, mereka perlukan kasih sayang dan tempat bergantung.




Wednesday, October 6, 2010

Cayalah Makcik..Macam ni Baru betol !!!

Salam,

Teringat waktu zaman kecik-kecik dulu.....kalau buat salah mesti mak aku bagi hadiah tali pinggang takpun penyangkut baju....waktu kecik bukan paham kenapa mak aku sampai macamtu garang....memang garang...

Tapi bila dah besar dah kejer macam ni...aku bersyukur sangat dapat mak yang garang....kalau buat salah paling tidak kena bising,lagi teruk kena ngan bantai ngan tali pinggang...

Tgk video smalam dekat Facebook...ada orang poskan video ni...
Macam-macam komen pasal tindakan mak budak ni..ada yang sokong ada yang mencemuh..masing-masing punya pendapat dan pandangan ....

 

      
Kat bawah tu dialog terpilih yang aku suka dari makcik tu dan anak dia...hahah
Mak                     :  Esok aku bawa hang pi sekolah dengan rotan sekali aku bawa tau,depan  cikgu aku pukul hang..nak?
      Mak                     :Tiap-tiap malam,hang pi mana? hang tak pi ngaji,      hang pi mana?
Budak kena rotan : Adik pi CC!!.......Adoi!!!! cukup mak,cukup,cukup, Sumpah adik tak buat dah!!!
          Mak                    : Seronok sangat ka CC tu?


Pada aku, aku kasi 10 bintang kat makcik ni....Macam ni lah cara yang betol nak didik anak...cara yang paling berkesan..kalau setakat nak psyco budak-budak tanpa rotan ni aku rasa memang tak berkesan pun...

Cayalah makcik...saya sokong sangat...bagi pengajaran sikit kat anak makcik tu...boleh ponteng skolah pegi cc...ishks..
Kalau mak aku tak segarang makcik ni ntah lah aku jadi apa sekarang ni....Tq mak...

Monday, October 4, 2010

Cebu Pacific Airlines FAs Dancing

Salam,

Takleh tahan bila baca berita pasal pramugari ni...kena buat entri jugak pasal diaorang...

Bukan setakat cantik,manis,bergaya,pandai posing, pandai meniaga,tolak troli  tetapi  pandai menari juga...kagum aku ngan Flight Attendants dari Cebu Pacific Airlines Phillipines ni...



Kalau pramugari AirAsia ngan MAS macam ni kan best...
bukan setakat control ayu saja..boleh menari dan menghiburkan penumpang...kalau penerbangan 45 minit ke Alor Setar  mau terasa 10 minit ni...

Apapun... syabas untuk Malaysian Airlines dah banyak kali dapat "World's Best Cabin Staff "