Monday, November 7, 2011

World`s Smallest Ideas

Salam,

Baru lepas belek-belek barang kat IKEA saja cuci-cuci mata lepas baham banyak daging ni....
Kalau dok merungut pasal bilik kecil,rumah sempit ,tak muat nak letak barang...fikirkan balik lepas tengok clip ni..:)




Cerita pasal IKEA ni.. aku memang tak paham kenapa orang suka pegi sana,ramainya mengalahkan orang beli ikan,sayur kat pasar...masalahnya perabot,barang-barang yang IKEA jual tu bukan boleh makan habis pun...pastukan kalau member aku bercerita pasal barang IKEA mesti diaorang macam bangga semacam ja dapat beli barang dia...tu aku confuse sampai la ni...kenapa?

p/s: ruang kecik tapi budget macam besar ja hahah..:)

Sunday, October 16, 2011

Empat Dara

Salam,

Jom layan lagu empat dara cover version Shila Amzah ...



Empat Dara Duduk Di Tepi Sungai
Duduk Menjerat Si Ketamlah Batu

Manis Rupa Hai Elok Perangai
Sukar Dipilih Yang Manalah Satu

Empat Dara Berpakaian Sedondon
Berbaju Putih Berkainlah Biru

Pandai Mengarang Seloka Dan Pantun
Hitam Manis Hai PandanglahTak Jemu

Empat Dara Duduk Di Tepi Sungai
Duduk Menjerat Si Ketamlah Batu
Manis Rupa Hai Elok Perangai
Sukar Dipilih Yang Manalah Satu

Empat Dara Hai Denganlah Lagaknya
Bersiar-siar Sekeliling Kota


Sekali Pandang Senyuman Manisnya
Tak Mungkin Lupa Sepanjanglah Masa




p/s:Comei pulak budak ni...tak pakai tudung dah comei...pakai tudung beribu kali comei...:)

Thursday, October 6, 2011

Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) @11 Putrajaya :5 syarat Wajib

Salam,

Aduhai.....ada 5 syarat wajib Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) @11 Putrajaya ...syarat yang ke 3 dah fail....
yang aku gigih dok bagitau member-member  supaya apply online sedangkan aku tak baca pun syarat wajib takdak sorang pun member aku yang dok di Putrajaya termasuk la aku....



 Sesiapa yang layak tu cepat-cepat isi borang permohonan, masih sempat lagi....

Setiap permohonan yang tidak memenuhi syarat akan ditolak.
Any application that does not qualify will be rejected.


Setiap deklarasi yang palsu akan disenarai-hitamkan oleh Unit PR1MA.

Each false declarations will be blacklisted by the PR1MA Unit.


p/s:Datuk Najib kalau tinggal berjiran dengan Putrajaya tak boleh kasi lepas ker...:)

Saturday, September 17, 2011

Semoga Tuhan Merahmati pemergiannya,,,,Amin

Salam,


Baru sampai KL hari ni,sudah 5 hari berada di kampung....abang kesayangan telah kembali kepada yang Esa pada 13 September 2011.
Terlalu awal rasaya pemergiannya memang tidak kuduga dan dijangka...seawal usia 33tahun dia telah pulang menghadap yang Esa.Walaupun kami adik-beradik tidak rapat dan jarang sekali untuk berborak .Tapi jauh disudut hati aku sememangnya menyanyanginya walaupun tidak pernah aku zahirkan...Kenangan bersama kita akan ku kenang sehingga akhir nafasku....Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....Amin

Arwah abg dua dari kanan barisan belakang

Arwah abang paling kanan kenangan bercuti di Pulau Pinang

Monday, September 12, 2011

Labu-Sangkaya (Coconut Egg Custard)

Salam

Saja jer nak test buat labu Sangkaya ni dok tahan lama dah.nak buat pun senang ja.... perghhh...tangkap nangis rasanya...





Ni resepinya.


Labu-Sangkaya

1 biji telur*
3 sudu besar gula perang*
3 sudu besar susu tepung*
3 sudu besar santan serbuk*
1/2 sudu teh garam (secukup rasa)*
Air secukupnya*
1 biji labu saiz kecil

Cara-caranya
blend sekali yang bertanda*
sekiranya pakai santan cair atau susu cair
tak perlu letak air lagi
resepi untuk sebiji labu yang yang kecil

Potong bahagian atas labu, korek buang biji ngan serat2 kat dalam..bersih2 tau..
tuang bahan yang diblend tadi dalam labu ..bakar 1jam, suhu 200@celcius


Selamat mencuba...

p/s: Dok biar kakinadodocheng jer masak nak jugak sekali sekala tunjuk skill muahahah...

Saturday, September 3, 2011

Maafkan saya yer....






Saturday, August 13, 2011

Israel :Not What You Thought,What i believe ?

Salam ,

Jom layan 2 video tentang orang Israel Yahudi Zionis ?
Menyentuh hati jugak,
Selama ni aku selalu dengar pasal benda tak baik tentang Zionist,Yahudi,Israel.
Tapi sebenarnya bukan semua jahat ada jugak part humanity tu...Frankly kalau dengar perkataan Zionist ja benda tak baik yang terpikir..mmmm pikirkan sendiri.




Kalau tengok habis video part 2:



"Its people like us,I am Zionist, But i have nothing againts Arabs,i love Arabs"

Sebenarnya video tu dari rancangan What would you do? versi Israel yang di adaptasi dari rancangan
What would you do? versi Amerika.Aku selalu dok melayan video-video rancangan ni yang memang menyentuh perasaan,sampai aku menitiskan air mata pun euwwwwwwwwww...hahaha



p/s:,Apapun tindakan Israel merampas tanah Palestine semamngnya tak dapat diterima.Isu racist kat Malaysia sapa yang mulakan?  It Politic,Politician sucks

Wednesday, July 20, 2011

Beratur tetap kena beratur....

Salam,


Pemandangan biasa di klinik kesihatan kerajaan.....
Anda sakit,anda berusia,anda warga emas(sakit lutut ker,bertongkat ker),anda budak kecik,baby(mak dia dukung)...tetap kena beratur sebab nak ambik no giliran...

Satu lagi klinik buka kol 7.30pg...ambik no,daftar,tunggu 8.30pg baru no dipanggil, itupun kalau dapat no pertama...heheh

mujur la urusan aku kat sana sekejap saja..hantar sample tak sampai seminit...tapi menunggu nak dapatkan time slip tu 30minit....aisehhhh..cuba la kerajaan ni berfikir macam rakyat sikit...

p/s: 1Malaysia,Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan.

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday: Seksinya kak Euwwwww...

Salam..

Walaupun tema harini wordless Wednesday kan..tapi takleh tahan kena taip jugak beberapa patah ni...heheh

Pergi klinik nak jumpa doktor...batuk2 ni...tapi blom jumpa doktor jumpa benda lain pulak...kong..kong..kong...lain plak bunyi batuk aku...

Sakit2 ni tetap sempat snap hahaha...nasibla kau la akak... dah memang nak tunjuk sangatkan...
Aku share dengan semua...
Tolong la jaga adap brpakaian tu..tak kira la sapa...agak-agakla..kalau tgk live umpama kakak tu berseluar dalam saja...mengucap panjang kejap aku..tapi sempat buat jahat hahaha...
Tengok dan nilaikan sendiri...klik gambar kasi besar heheh.

Baik punya posing...


p/s : Adakah dia sedar..atau buat-buat tak sedar...? Dekat belakang tu ada pakcik-makcik,budak kecik,laki orang,bini orang semua tgh tunggu turn..huhu

Saturday, July 2, 2011

Jawatan Kosong.... :)

Salam,
Ni ada Jawatan kosong terbuka kepada semua...:)
nak tengok klik pic hehe....


p/s: sendiri mau ingat...

Sunday, June 26, 2011

Jangan Menyerah

Salam,

Jom layan lagu ni...sangat menginsafkan...hayati lirik lagunya..:)

d'Masiv - Jangan Menyerah




Tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi

syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik
tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa


p/s: Pernah terdengar satu tazkirah  di tv alhijrah :

"Setiap dugaan yang diberikan kepada kita adalah berdasarkan kemampuan kita menghadapinya "

Wednesday, June 22, 2011

Klang Valley Mass Rapid Transit Project (KVMRT Project)

Salam,

Sebanarnya tak jelas sangat projek KVNRT ni..tapi lepas tengok kat youtube pasal benda ni...ok dah jelas skit...heheh

Klang Valley Mass Rapid Transit Project (KVMRT Project)



Sebenarnya projek-projek pengangkutan kat area Klang valley ni memang sangat diperlukan dan sangat penting..nak-nak yang tinggal jauh..lepas ni kalau nak pergi Ikea dekat Damansara tu tak perlu nak drive lagi pegi jer dengan transit tu..cuma persoalannya.Berapa tambang yer?...

Harap-harap kadar tambang yang dikenakan lebih menguntungkan pengguna...biar berbaloi apa yang kita bayar.Ambik contoh Singapura yang mempunyai jaringan pengangkutan yang terbaik di kalangan negara Asean.Siap boleh refund lagi baki tiket MRT yang tidak digunakan...Malaysia mesti boleh punya..kalau nak buat la..heheh

p/s:Boleh tak kalau harga tiket RM2 kemana destinasi...heheh mau bankrupt projek neh ...

Wednesday, June 15, 2011

anwar hadi : 27 kali ganda,Cara best tarbiah orang!

Salam,

I like the way he 'tarbiah' others on the other hands, he try to persuade youth to perform prayer and grab the blessing, a reward as well. Anwar Hadi I support you!




Aku pernah dengar satu ceramah pasal sembahyang,
bukan senang untuk kita bersembahyang nak-nak lagi sembahyang jemaah.kerana untuk sembahyang kita perlukan kekuatan untuk melawan halangan dan dugaan,
Kekadang kita berasa sangat malas,time nak sembahyang tula mengantuk datang.Kita perlu melawan semua tu seboleh-bolehnya dahulukan sembahyang,bersegeralah bersembahyang.

Aku memang akui dizaman muda remaja, aku memang liat nak sembahyang kalau sembahyang pun sebab mak suruh masa dirumah,di asrama dulu memang kaki surau sebab memang menjadi budaya dan amalan sembahyang berjemaah masa sekolah.Tapi bila masuk alam pekerjaan aku jadi leka semula,kekadang sembahyang kekadang tak.Dah jauh dari keluarga ni mak dah tak bising lagi suruh sembahyang....mmm sendiri mau ingatla :)

Sebenarnya bila kita dapat cukupkan sembahyang 5 waktu sehari,insyaallah hati rasa lebih tenang..

p/s: Sembahyang itu tiang agama,peliharalah sembahyang,sayangilah agamamu....

Friday, June 10, 2011

Alexa Ranks: Macam mana aku mendapatkan kembali? selepas merudum teruk.

Salam,

Bagi para blogger ada yang mempunyai tujuan tertentu berblog ada  yang pentingkan traffik,ada yang pentingkan ranking blog masing-masing.Tapi pada aku kedua-dua penting sebab dengan adanya traffik yang banyak sudah tentu banyak la masyuk nak-nak pada yang pasang Advertlets yang dikira kadar traffik tu...walaupun aku tak pasang Adverlets kat blog ni..heheh

Alexa ranking sebenarnya pada aku dapat mencerminkan bagaimana peningkatan prestasi blog dan memotivasikan supaya lebih gigih  dan aku siap pasang Alexa plugin dekat Firefox bagi memudahkan aku pantau setiap masa...:)

Waktu mula-mula berblog ranking Alexa blog aku naik secara mendadak dari jutaan kepada ratusan ribu dan menaik konsisten pastu selepas beberapa lama semakin jatuh dan merudum teruk..

Aku ada tips nak kongsi macam mana nak tingkatkan   Alexa ranking kasi up sket selepas merudum teruk.

  • Pastikan trafik ke blog konsisten selama seminggu apa yang aku buat aku pastikan traffik >100 selama seminggu.
  • Setiap hari pastikan ada entri baru,tapi  aku akan buat satu entri baru setiap 2 hari.
  • Patikan setiap entri dilinkkan kepada web/blog yang dasyat-dasyat ranking Alexa sebagai contoh kalau buat entri ni aku linkkan perkataan Alexa kepada website dia.

p/s: pastikan daftar blog dekat Alexa dulu baru boleh tengok ranking blog.

    Tuesday, June 7, 2011

    Koreksional Perkataan yang tiada dalam Bahasa Melayu

    Salam,

    Apa masalah dengan mereka-mereka ni, aku pun tak tau nak tunding jari pada siapa..?
    Pernah dengar perkataan ni KOREKSIONAL.


    Perkataan ni diguna pakai pada Pusat Koreksional di negeri-negeri seluruh Malaysia
    Tetiba aku rasa bengang bila perkataan KOREKSIONAL ni di cilok dari bahasa Inggeris  CORRECTIONAL
    Kenapa perlu cilok bahasa lain sedangkan Bahasa Melayu itu sendiri sememangnya kaya dengan istilah.
    Seperti cakap member aku, apa yang DBP buat ni takkan tak dak semakan kot..nak salah siapa sebenarnya? 
    Masalahnya yang buat pandai-pandai penciptaan perkataan baru ni kebanyakkannya datang dari Jabatan-jabatan Kerajaan.

    Apa kata Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa DBP?
    "Koreksional tiada dalam bahasa Melayu. Perkataan yang sama erti dengan perkataan tersebut ialah pemulihan".
     Bukan setakat sepatah dua bahasa yang dicilok dari bahasa lain dan dimelayukan tapi banyak lagi seperti

    Intervensi = Intervention
    Numerasi = Numeracy
    Literasi = Literacy

    p/s:Kedengaran pelik pun ada apa yang nak korek ntah...Kalau perkataan koreksional sama erti dengan perkataan pemulihan kenapa tidak digunakan pemulihan saja.

    Monday, June 6, 2011

    Lazy..Malas..Lembab

    Salam,

    Semua ada ni .....Lazy,malas ...lembab semua ada kat aku ni...
    banyak benda nak buat,kertas banyak tak bertanda,assignment tak tengok tajuk pun lagi...bilik tak kemas-kemas lagi..kereta dah 3 bulan tak basuh...malas,malas..malas...

    Jom layan Bruno Mars jap  Lazy Song...:)


    p/s: Cuti pun susah tak cuti pun susah,tak pernah kena...haha

    Saturday, May 28, 2011

    Prema Yin : Aku takbleh blah ngan aksi porno ni..

    Salam,

    Sambutan hari belia besar-besaran himpunan hampir sejuta belia di Putrajaya harini.27 Mei sehingga 29 Mei..Selamat Hari Belia untuk muda-mudi termasuk aku..heheh beliakah!!!

    Tapi paling aku takleh blah bila tgk video ni..Aku boleh katogerikan sebagai lucah dan disgusting sey...ingat America dey..kalau kat Siam tu boleh terima lagi...ni kat Malaysia...nak buat video pun agak-agakla.

    Tak kisah la ko anak mix ker...tapi biarla ada sensitif skit dah la banyak dah yang Melayu Islam dok buat perangai tambah pulak sorang ni..

    Korang nilai sendiri video lagu si PREMA YIN



     Producers: Gambit Saifullah & Umair Mohamed sah-sah Islam.Tak taula kot...

    Lupa pulak nak bagitau tema hari belia 2011
    "Pemangkin Transformasi"
    p/s: Pahamla dia tu bukan Islam tapi director and producer tu yang aku tak paham!!!

    Wednesday, May 25, 2011

    Online survey : Tunai dan voucher,rajin atau tidak !!!

    Salam,

    Dah 2 minggu menunggu akhirnya hari ni dapat jugak voucher dari mysurvey.

    2 keping voucher KFC RM10 dan 2 keping voucher MCD RM20

    Saja nak berkongsi kat sini pada member-member bukan rugi pun kan sharing is caring :)
    Aku ni jenis yang suka jawab-jawab survey sambil-sambil berblogging n blogwalking. Dan inilah hasilnya esok boleh pi makan MCD free muahahaha.
    Esok nak belanja housemate aku tu skali sebab dia selalu cakap membazir masa jer jawab survey .So membazir ker tak?

    Yang berminat nak join klik bawah



    Join free of charge.Pastu setiap survey yang dijawab ambik masa 5-30minit.Setiap survey yang lengkap dijawab kita akan diberi point dan dari point tu kita boleh tukarkan dalam bentuk voucher ataupun nak buat charity.Dan setiap survey ni company akan invite melalui email.

    Sebenarnya banyak lagi online survey yang boleh kita join yang penting kena rajin ja.Luangkan sedikit masa.
    Antara online survey yang aku join dan terbukti berbaloi:




    p/s: Kepada yang rajin aku sarankan join la tapi kepada yang malas tak payah sebab jawab survey ni kekadang membuatkan stress jugak sebab nak kena jujurkan...heheh....Anda buat anda dapat :)

    Monday, May 23, 2011

    Bankinginfo:Info Perbankan:Informasi di hujung jari anda

    Salam,

    Housemate aku nak beli kereta, dia cari-cari pasal pinjaman kenderaan ni,dan terjumpa info penting dekat satu website ni.Meh aku citer sket.Memang sesuai bagi pembeli,peminjam,penghutang yang tidak mempunyai  pengalaman tentang perbankan dan pengurusan kewangan ni.



    Wajib masuk ke website bankinginfo sekiranya ingin mendapatkan maklumat mengenai kewangan,sistem perbankan,nasihat dari pakar tentang financial planing semua boleh dapat dekat website ni.

    Paling aku suka Finiancial calculator dan budget calculator senang kita nak buat pengiraan budget dan jumlah pembayaran loan.

    Ada jugak jadual perbandingan/comparative tables yang boleh dijadikan rujukan  boleh memilih produk yang paling sesuai kerana kita dapat menilai ciri-ciri produk yang ditawarkan oleh setiap institusi perbankan sebelum membuat keputusan.Sebagai contoh kita nak buat perbandingan kadar interest bagi pinjaman kenderaan.boleh gunakan jadual tersebut.

    Macam-macam info lagi la boleh jumpa kat situ tengoklah sendiri heheh. 


    p/s: Bagi muda-mudi yang yang nak buat car loan atau home loan tu elok la buat research sikit sebelum buat keputusan, tanya kepada yang pakar, pilih yang terbaik pembekal produk kewangan untuk liability dan asset.Sebab yang nak membayarnya kita biarlah apa yang menjadi milik kita berbaloi dengan apa yang kita bayar...cewah...nak nasihat orang ni heheh..

    Churp sini skali :)

    Saturday, May 14, 2011

    Vampire Electric Loads : Tutup ,padam dan cabut

     Salam, 
    Pernah dengar tentang Vampire Electric Loads ?

    Vampire yang hisap darah tu ker?...oh tidak,bukan benda tu yer..meh aku nak citer pasal benda ni.

    Apa yang kita perlu tahu?
    Apa yang dimaksudkan dengan Vampire Electric Loads?
     
    Vampire Electric Loads  adalah arus elektrik yang digunakan oleh alat elektrik ketika alat
    berubah  kepada label yang kedudukan "off" walaupun dalam keadaan off ianya masih  menarik arus elektrik untuk melakukan fungsi-fungsi lain selain dari fungsi utama. Industri elektronik  menggunakan istilah "stand-by" untuk mod ini, walaupun alat menunjukkan label mod sebagai "mati"@off.
    Senang paham kalau tutup tv tu masih menyala led kecil warna merah tu kat tv.
     
     Apa yang perlu kita buat?
     
    Mendidik diri sendiri tentang hal ini dan berkongsi apa yang kita ketahui dengan orang lain.
    Apabila peralatan elektrik  tidak digunakan atau ketika tiada di rumah, cabut plug dari soket.
    Gunakan jalur kekuatan untuk mematikan komputer anda dan aksesorinya, peralatan hiburan rumah dan lain kumpulan peralatan elektronik setiap malam dan apabila tidak digunakan.

    Sentiasa membeli peralatan
    Energy Star, dan mencari peralatan yang bertanda  true"off" switch,biasanya ditemui pada peralatan elektrik dari negara Eropah.
    Mendapatkan meter watt untuk menguji peralatan rumah anda, seperti P4400 Kill-A P3 International Watt.
     
    p/s:Matlamat untuk dapatkan penggunaan elektrik below RM20 tak pernah tercapai walaupun aku habis berusaha jimat elektrik ni..tunggu tgk 2 bulan lg berkesan tak tips kat atas hehe.

    Friday, April 29, 2011

    She's so Gorgeous..Kate Middleton William punya..

    Salam.

    Kate Middleton n Prince William pun dah kawin...

    She's so gorgeous...

    Guest to impress....David and Victoria Beckham
    tak ketinggalan..

    nak tengok gambar kawin diaorang..tgk sini The Royal Wedding

    Churp sini skali :)

    Saturday, April 16, 2011

    Bag it...is your life too plastic? Documentary Film.. tentang plastic

    Salam,

    Harap-harap award-winning documentary Bag It ni sampai kt Malaysia...tapi rasanya kita dapat download dari internet je kot..sebab orang kita bukan minat sangat nak tengok documentary camni...nak-nak yang citer pasal bag plastik lak tu...lagipun hanya ditayangkan di AS jer buat masa skarang....aku suka ja benda-benda camni..



    Sikit storyline tentang documentari bag it ni..

    An average guy makes a resolution to stop using plastic bags at the grocery store. Little does he know that this simple decision will change his life completely. He comes to the conclusion that our consumptive use of plastic has finally caught up to us, and looks at what we can do about it.


    Bag It Intro from Suzan Beraza on Vimeo.

    sesiapa yang minat nak tengok macam documentary klik sini documentary film
    p/s: Budak-budak kena pupuk tgk documentary jangan tgk sangat kartun yang tak berfaedah tu...:)

    Friday, April 15, 2011

    Support the Philippines first Shark Sanctuary in Puerto Galera

     Salam,

    Kalau orang minta tolong buat benda baik apasalahnya kan.....jom kita support benda baik ni....
    sebagai tanda sokongan, aku dah daftar pun...kat bawah tu aku panjangkan message dari Green Fins.

    A Green Fins dive centre in the Philippines has asked for the help of the Green Fins network to show support to declare Puerto Galera, a major diving destination in the Philippines, a Shark Sanctuary.

    Klik gambar untuk mendaftar sebagai tanda sokongan kita.



    It won't take long.

    Declaration of a shark sanctuary will have a knock on effect to enable further conservation measures in the area, especially when tackling illegal fishing activities.

    Thanks for your support and if any of you would like us to ask for the help of the Green Fins Network to support any of your conservation initiatives, just ask!

    Looking forward to hearing from you soon,

    Green Fins

    Walaupun Shark sanctuary tu kat Philippines...tapi kita pakat2 sokonglah....esok-esok mana tau kita nak wujudkan Shark Sanctuary kat Malaysia pulak...Walaupun orang Filipina ni memanjang jer tak puas hati ngan suara Datuk Siti yang sedap tu....
     

    p/s: Membantu kearah kebaikkan tak rugikan sapa-sapa pun...:) meh..klik sini :)  ChurpChurp

    Saturday, April 2, 2011

    The Soothsayer

    Salam,

    Semalam selepas abis sekolah,kalut-kalut nak balik untuk sembahyang jumaat,pakcik guard tahan kereta aku,rupanya tayar pulak pancit....aduss dah la nak cepat..turun tukar tayar spare tengok tayar spare pun takdak angin....

    "Cikgu u bad luck la arini...dah tayar pancit,tayar spare pun takdak angin",sorang budak ni cakap kat aku....sungguh ikhlas.....grrrrrrrr
     dah la tengah panas...kena ayat camtu plak...

    Dalam nak balik aku bawa tayar pegi kedai,dok tengah tunggu betulkan tayar...tiba-tiba sorang mamat ni angkat tangan,senyum kat aku...aku pun senyum balikla...we shake hand,tunjukkan  business kad dia...owhhh the soothsayer.
    Cepat-cepat aku cakap "i dun do  tilik-tilik thing ni.coz i`m muslim," he just smile back
    "Its ok u just listen ,"...okla aku pun dengar....bla..bla...bla u briliant,smart,polite...semua keluarla baik-baik tentang aku....dan yang paling mengejutkan aku...satu benda yang dia cakap memang betul...
    "plz be careful with one person the name start with "S" letter"...huhu memang kat tempat kerja macam ada salah faham sikit dengan orang nama mula huruf "S"ni...tapi takkan sampai tahap teruk camni...cuma aku malas layan dia ja... bla..bla..bla macam2 lagila....
    dan last ayat dia.... berapa awak nak sumbang untuk saya u just write....aku pun tulis RM2....terus muka dia yang manis,puji-puji aku bagus segala bagai ni...berubah tak puas hati sebab aku bagi dia RM2....hahaha...

    dia mintak aku RM10 aku cakap aku ikhlas nak bagi banyak tu ja....hahaha...muka bengang ja pastu dia terus blah.....mujur aku bagi jugak....tak satu pun aku percaya apa dia cakap kesian jer tu yang aku dengar jugak tu...
    Dalam hadis yang lain Rasulullah (s.a.w) bersabda yang bermaksud:
    Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun lalu dia membenarkan apa-apa yang dikatakan maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad.
    (Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya: 9532).

    p/s: Jangan percaya ramalan-ramalan ni...yang baik datang dari Allah,yang buruk tu mungkin atas kesilapan kita...
    info:Tilik nasib dan Islam

    Friday, March 25, 2011

    Ayah janji nak jumpa !!!

    Salam,

    Semalam aku tersentap kejap....
    Aku marah sorang murid ni..budak lelaki, dari tahun lepas lagi ikut perkembangan dia....seorang budak yang suka mengelamun,kekadang dia macam 'blur',seorang yang bijak tetapi prestasi semakin merosot.dan selalu jugak tak datang sekolah...

    Aku tanya dia " kenapa awak macam sedih jer kenapa kerja yang senang yang cikgu bagi awak buat pun tak boleh nak jawab?".dia diam saja
    Then aku tanya lagi "Kenapa semalam tak datang sekolah?"
    Budak ni menangis,menggenyeh kedua-dua biji mata dia..." Saya kena jaga adik,kesian kat adik,mak pergi kejer,abang ngan kakak pergi sekolah"
    Kemudian aku teringat pasal kisah dia nak jumpa ayah dia tahun lepas.Aku pun buat ayat nak memujuk ni sebab dah marah-marah dia.menangis pulak tuh...
    "Awak dah jumpa ayah awak ker?"
    budak tu cakap "Blom,ayah sibuk,ayah janji nak jumpa tapi tak jumpa pun!"

    Macam mana aku tak tersentap..sebenarnya ayah si budak ni berjanji ngan dia nak jumpa tahun lepas dalam bulan september,bayangkan sejak dari hari tu dia tak pernah jumpa ayah dia.sedangkan menurut budak tu dia dah telefon ayah dan si ayah janji nak jumpa.

    Aku ingat lagi pada hari ayah dia janji nak jumpa,budak ni bukan main ceria lagi,tak sabar-sabar tunggu masa nak balik...
    "Saya seronok sangat hari ni,nak jumpa ayah saya,tadi dah telefon.. ayah janji nak jumpa balik nanti!!,"

    Aku rasa kesian sangat dengan budak ni....sebenarnya ayah dan mak dia dah berpisah...
    dari seorang budak yang bijak terus prestasi dia merudum memang kesian, sorang budak yang berpotensi besar tapi tak dapat di gilap sebab kesan dari perceraian ibu bapa dia...

    Tuesday, March 22, 2011

    Tahap mana ke Melayuan anda?

    Salam,

    Haha....sinis tapi ada betulnya....jom tengok video dari Melayu Singapura ni..
    Kat Malaysia pun tak lama lagi jadi camnila terutamanya kat KL...






    Tengok yang ni lagi best...budak Melayu kita la ni...Miera Liyana


    Saat ditanya jika tidakkah dia bimbang pakaiannya malam ini akan mencetuskan kontroversi, Miera Liyana, pelakon Kamelia Katrina memberitahu wartawan Galaksi, "Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan."
    Ok amacam dah tengok gambar adik manis kat atas tu....jom terjah blog best ni...blog wajib baca Cursingmalay

    p/s: pakaila macam mana pun yang penting confident...memang confident si Miera ni...hahaha

    Sunday, March 20, 2011

    Tq Ariffshah

    Salam,

    Entri kali ni just nak test commentluv menjadi ker tak...dapat tutorial dari blogariff..


    ariff tq bebanyak...

    A pssion for Janggut : Anda yang mana?

    Salam,

    Pernah dulu skali masa temankan member makan duduk satu meja bersama-sama beberapa orang yang tidak aku kenal mengupas isu janggut.Kebetulan aku ni memang berjanggut misai semua..satu ayat dari sorang mamat ni buat aku tersentap....
     "aku tak suka orang yang bermisai janggut ni,nampak serabai ja geli aku."

    Macam mana aku tak tersentap dalam ramai-ramai kat meja tu aku sorang ja yang berjanggut misai ni....aku bukan pernah kenal dia pun tak pernah jumpa pun..apasal nak cakap isu janggut camtu tak sensitip mamat tu..hurmmm.

     Meh kita tengok cikit pasal janggut.jenis-jenis janggut yang kita tak pernah tau..klik gambar untuk lebih jelas
    Dari segi agama pun ikut sunnah...tgk sini Hukum Janggut

    tapi apapun pendapat masing-masing terpulanglah nak bela janggut atau tidak...aku bela jugak janggut sebab dah ada bukan semua orang ada janggut....hahahah

    Ok..smart tak hahaha...
    info:Forum tentang janggut

    Saturday, March 19, 2011

    Punk Rock Jalanan

    Salam,

    Balik kampung sekali-sekala sekala memang best,kalau balik kampung ada saja benda nak aku sembangkan dengan adik kembar aku.Biasa kami akan berkongsi cerita dan bertukar-tukar pendapat.
    Bab muzik kami memanag serasi bersama maklumla kembarkan.

    Biasanya lagu yang dia suka aku pun suka.Tapi paling tak sama kalau dia sakit aku tak sakit.kalau aku demam dia rilek ja...hahah tapi orang cakap kalau kembar ni kalau sorang sakit mesti sorang lagi sama jugak.hurmm kami berdua tak macamtu...

    Jom layan satu lagu yang menyentuh hati ni.lagu ni adik aku soh dengar...best jugak...heheh





    Lirik:
    sungguhku menyesal telah mengenal dia
    dan aku kecewa karna menyayanginya
    dan aku tak akan mengulang kedua kalinya…


    kusimpan rindu dihati gelisah tak menentu
    berawal dari,kita bertemu kau akan kujaga
    kuingin engkau mengerti betapa kau aku cinta


    hanya padamu aku bersumpah kau akan kujaga sampai mati
    kuingin tau siapa namamu dan kuingin tau dimana rumahmu
    walau sampai akhir hayat ini…


    jalan hidup kita berbeda aku hanyalah punk rock jalanan
    yang tak punya harta berlimpah untuk dirimu sayang…


    kutunggu kau kutunggu kunanti kau kunanti
    walau sampai akhir hayat ini (2x)


    kukira kau setia padaku ternyata kau menduakanku
    sungguh hatiku tak menduga…
    cukup sudah kini kualami
    perjalanan cinta selama dulu
    kukira kau setia padaku…
    ternyata kau menduakanku..


    dulu kau berjanji akan sehidup semati(itu gombal!!)
    dan aku kecewa karna menyayanginya
    dan aku tak akan mengulang kedua kalinya

     menurut sumber lagu  Punk Rock Jalanan ni tidak diketahui siapa penciptanya tapi ramai yang claims diaorang punya karya..sememangnya dah boom lama dah kat indon since 2009 lagi  aku ja yang baru dengar..lembab betol

    chord lagu ni: Chord Punk Rock Jalanan

    p/s: tak tahu kenapa tajuk lagu macamtu.. rock jalanan boleh terima lagi tapi punk jangan ikut yer adik-adik..:)

    Friday, March 11, 2011

    Hadiah untuk Cikgu

    Salam,

    Dapat hadiah selepas mengamuk dengan penuh kasih sayang....:)

     Kesnya..time aku dok rancak tgh feel baik punya,sampai berbuih mulut2 nak ajaq diaorang tetiba mata aku terpandang 3 orang budak lelaki kat belakang dok main bola sepak kertas ...

    Tengok tu, menyesal la tu.....

    siap ada nama pemain2 terkenal yang aku sendiri tak kenal hahah..cikgu diaorang tak minat bola.
    Apalagi terus tukar mode nak fire orang...dah kena bebel budak2 tu, yang tak bersalah pun kena khutbah skali.Kalau nama-nama pemain bola ingat ja...kalau aku suruh hafal benda2 pelajaran yang penting2 tu semua tak ingat..

    Sempat2 lagi sorang budak pompuan ni...dia ambik marker pastu lukis karikatur aku kat white board.skema semacam pulak tu..hurm nak sejukkan kan hati cikgu dia yang tengah marah tu...kekadang kan geram segeram2nya...tapi kekadang kelakar pun ada budak2 ni....

    Esok mula cuti semester 1 tahun 2011 mula  selamat bercuti semua anak2 murid kesayangan cikgu...



    p/s: Macam-macam hadiah anak murid bagi  paling aku teruja hadiah bubur kacang

    Sunday, March 6, 2011

    Hormati orang sebelum kita berharap mereka menghormati kita..?

    Salam,

    Selain jalan-jalan kat blog member aku juga selalu jeguk dekat forum penduduk tempat tinggal aku ni...
    Salah satu post forum telah menarik perhatian dan aku rasa agak sesuai untuk di kongsi disini untuk renungan bersama..jom baca(klik untuk lebih jelas)


    Apa pendapat korang tentang isu ini...?

    Terus-terang aku katakan isu Azan memang melibatkan isu sensitif tapi sebelum nak buat sesuatu perlula mengira pandangan umum terutama melibatkan semua kaum/ pihak.nak lebih jelas pasal Azan ni tgk sini.

    Kalau dah ada disediakan kemudahan kenapa tak guna kemudahan yang ada..committee member tempat aku ni jenis pandai sendiri pastu yang paling aku tak paham tu diaorang siap wujudkan rukun tetangga untuk mengawas pintu masuk,yang mana kawasan ni memang dah ada perimeter fencing and guardhouse checkpoint.

    Satu lagi, sikap orang kita ni kalau orang tegur kita cepat sensitif kekadang takleh nak terima tapi bila nak buat sesuatu tu tak fikir dulu pakai main buat saja,bila dah berlaku sesuatu mulala nak salahkan pihak2 tertentu.
    Dari awal lagi aku rasa something fishy dengan aku nyer committee sini...memang bagus nak tubuhkan persatuan penduduk tapi kena la ikut peraturan dan tatacara yang betul...

    p/s: nama tempat  aku ni Cahaya Permai Apartment,releven tak isu diatas ngan nama apartment hahahah.....:)

    Wednesday, March 2, 2011

    APIXLONG- Nak motocross dapat gerek

    Salam,

    Entri kali ni ditujukan khas buat blogger muda sorang ni merangkap adik manja hahaha..
    Apix sesungguhnya minat giler dengan sukan motocross tapi akhirnya dapat sebuah gerek saja....



     Jom terjah blog  APIXLONG...
    sama-sama kita menyumbang untuk tabung motocross dia heheh...



    p/s: Kadang-kadang buat blog review...promote mengpromote :)

    Tuesday, March 1, 2011

    Old Men Lightsaber Duel (Return Of The Geriatric)

    Salam,
    Aduss...tak tertahan tgk dua pakcik ni gaduh pakai lighsabers .mungkin diaorang bekas veteran perang  Star Wars. kot....haha.kalakar gila..



    Jom tengok aksi penuh diaorang tengah fight...hahah




    p/s:Rajin sungguh tukang dok edit video ni...gud jobs...muahaha

    Monday, February 21, 2011

    Makanan Untuk Mudah Tidur

    Salam,

    Ada sesiapa yang hadapi masalah nak tidur malam tak....sila angkat tangan!!! hahahha
    Hari ni kita akan belajar mengenai makanan yang membantu bagi mereka yang mengalami masalah tidur..


    Antara makanan yang membantu melenakan kita.


    Pisang
    Oat
    Susu
    Roti Bakar

    Sebab apa membantu kita tidur?

    Tryptophan iaitu  salah satu  asid amino penting yang diperlukan oleh badan banyak terdapat dalam makanan ni.It's well-known for its role in the production of nervous system messengers, especially those related to relaxation, restfulness, and sleep.

    Kandungan potassium dan magnesium dalam pisang pula merupakan natural muscle relaxants

    Bagi yang susah tidur tu boleh la cuba ambik makanan yang kaya trytophan ni.Mana tau berkesan untuk lelapkan tidur kita ...heheh

    Kalau nak lagi best makan buah ceri sebab kandungan melatonin dalam ceri iaitu sejenis chemical that controls the body's internal clock to regulate sleep.

    Perlu dielakkan

    Minum banyak air sebelum masuk tidur kerana dikhuatiri kita akan bangun untuk kencing pada tengah malam dan menyebabkan gangguan tidur.
    Bagi yang merokok elakkan merokok kerana nicotin dalam rokok mempunyai effects yang sama seperti caffein dalam kopi.Maksudnya lagi susah tidur..
    Good nite big moon,sweet dream baby...

    p/s: Jangan pulak melantak banyak-banyak nanti susah tidur plak jadinya.Ambik dalam jumlah yang berpatutan yer...

    Friday, February 18, 2011

    Gwyneth Paltrow - GLEE -Forget You

    Salam,

    Di malam yang hujan tak nak hujan ni...
    Jom layan lagu ni....bleh tahan jugak suara minah ni Gwyneth Paltrow...lengkap la pakej dia...belakon pun mantap..


    Wednesday, February 16, 2011

    Bijakkah Kita?:Caj RM1 ATM mesin

    Salam,

    Kali ni aku nak berkongsi fikiran dengan semua…maklumlah dah lega dari serangan Selesema ni macam-macam benda nak kongsi :)

    Pernah tak waktu duit dari Atm tapi tak jumpa Atm bank yang sepatutnya.dan dengan gigihnya kita mencari Atm di tempat  lain..kekadang sanggup drive jauh-jauh demi nak keluarkan jugak wang dari bank yang sepatutnya.

    Pernah aku ajukan persoalan ni pada member yang selalu mengamalkan tabiat sebegini.Kenapa? kerana taknak bayar RM1 caj yang akan dikenakan kepada bukan pemegang acc bank tersebut.

    Jika difikirkan balik sebenarnya kita telah banyak membazir berbanding menjimatkan RM1 tersebut.Apa yang kita bazirkan?

    Masa:
    Sudah semestinya paling kurang 5minit kena bazirkan itupun kalau dekat.Bagi yang banyak masa ok.. no problem.

    Petrol:
    Banyak petrol yang perlu dibakar kalau memandu cari bank jaraknya 5km pergi balik dah 10km.Bagi yang suka memandu dan banyak fulus takdak halnya.

    dan lagi satu....

    Air Polution:
    Sudah tentu dah drive semestinya menyumbang kepada green gas emission. Dimana ‘Green Peace’ conscious kita …heheh


    Pada aku aku sanggup menyumbang RM1 pada bank tersebut,bukan sahaja cepat,jimat masa banyak benda lain boleh buat.

    info:tips ATM 

    p/s: Ini cuma pandangan dan apa yang aku amalkan...pendapat masing-masing buatla apapun asal anda rasa itu bagus untuk anda ...heheh

    Thursday, February 10, 2011

    Paling aku tak tahan - Selesema

    Salam,

    Paling aku tak tahan dengan benda ni...SELESEMA


    Dah 5 hari dah kena.... dengan gejala-gejala hidung sumbat,tekak kering,sakit badan huh...dugaan betol tambah lagi ngan cuaca panas skang ni...

    Dari mana dapat sumber virus ni aku pun tak tau.....huh
    Ni aku nak kongsi sedikit info mengenai Selesema yang aku jumpa kat www...
    ingat ejaan betul Selesema bukan Selsema...hehe


    Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini.

    Pengurusan sendiri

    Masa merupakan satu-satunya penawar demam selsema. Bagaimanapun, sesetengah perkara boleh dilakukan bagi membuatkan anda rasa lebih baik dan selesa.

    Disini disenaraikan beberapa petua untuk melawan demam selsema:
    Berehat di katil. Kunci untuk memulihkan demam selsema ialah anda memerlukan tidur selama 12 jam atau lebih setiap malam ketika anda melawan penyakit ini.

    Duduk dalam persekitaran yang lembab dan panas tetapi bukan di dalam bilik yang terlampau panas. Ia boleh menggalakkan/melancarkan rembesan saluran pernafasan, dengan itu dapat membantu penyingkiran dan pembersihan lendir dan kahak oleh silia (rerambut dalam rongga pernafasan yang menolak bahan buangan).

    Menghadkan aktiviti: Terutama semasa penyakit sedang teruk. Ia dapat mengurangkan penyebaran virus kepada orang lain.

    Meminum banyak air. Minum banyak air iaitu lebih 8 gelas sehari untuk mengelakkan dehidrasi (kekontangan).Lendir akan mengalir dengan bebas dalam badan yang cukup cecair dan menolong anda mengelakkan jangkitan atau pulih daripadanya. Virus sukar menjangkiti tisu yang sihat dan lembab berbanding tisu yang kering.

    Berkumur-kumur dengan air garam yang suam . Untuk meredakan kegatalan dan sakit tekak.

    Bila anda perlu menggunakan produk/ubat-ubatan yang boleh diperolehi di kedai?

    Ubat-ubatan yang digunakan bagi demam selsema adalah bertujuan untuk memperbaiki/melegakan gejala-gejala yang timbul sementara sistem pertahanan semula jadi badan diaktifkan untuk melawan jangkitan dan menyembuhkan penyakit. Jadi anda tidak memerlukan antibiotik yang sebenarnya tidak dapat membunuh virus.Jika anda melakukan rawatan sendiri - ketahuilah gejala-gejala yang anda rawat, jenis ubat yang digunakan dan bagaimana ia bertindak. Pegawai farmasi boleh membantu anda memilih rawatan yang bersesuaian dengan gejala.

    info: Comman Cold and Flu

    p/s:  Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

    Tuesday, February 1, 2011

    Petua Ungku Aziz jaga Kesihatan

    Salam,

    Aku dah tak ingat mana aku jumpa artikel pasal Ungku Aziz ni....aku dah ringkaskan sebab panjang sangat, kalau panjang-panjang ni orang malas baca heheh...so aku pemudahkan.tapi tetap panjang jugak...


    Kalau boleh ambik contoh ambik ja...untuk kebaikan diri kita juga heheh

    Pada usia 89 tahun, beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Ungku, terus mengekalkan stamina fizikal dan minda, sesuatu yang jarang dimiliki orang sebaya umurnya.
    Apa yang Ungku Aziz amalkan bagi menjaga kesihatan badan dia?

    Senaman

    Pak Ungku berpendapat bahawa senaman mesti mengeluarkan peluh. Bersenam atau beriadah adalah rutin hidupnya. Ketika usia muda, beliau menjadikan angkat berat sebagai senaman dan kemudian berjoging satu atau dua jam. Kini sesuai dengan peningkatan usia, aktiviti berjoging digantikan dengan berjalan laju selama sejam setiap pagi.

    Pemakanan
    aspek ini cukup dijaga oleh Pak Ungku. Beliau menyifatkan corak pemakanannya amat ringkas, iaitu tidak banyak makan gula, karbohidrat dan makanan berlemak. Apakah menu makanan Pak Ungku?

    Sarapan- Cuma empat biji kurma dan ketika musim jambu air, buah tempatan ini menjadi pilihannya. Beliau juga makan epal dan cider epal yang disifatkannya amat baik untuk mengelakkan arthritis.

    Makan tengah hari - Pak Ungku hanya makan sekali sehari. Beliau memilih hidangan ikan atau ayam dan sayur-sayuran, salad serta buah-buahan. Beliau cukup suka buah-buahan dan hingga kini, nanas yang sesetengah orang anggap sebagai ‘tajam’ dimakannya, termasuk pada jam 11 malam tanpa sebarang pantang.

    Malam- Bubur atau sup menjadi pilihannya. Pak Ungku sudah lama tidak makan daging merah dan kopi. Sebaliknya, beliau memilih teh Cina atau Jepun yang dibancuh sendiri serta minum banyak air iaitu sebanyak enam gelas. Kadang kala, beliau makan sate, tetapi tidak begitu suka makanan pedas dan berminyak.

    Rutin harian

    Pagi - Bangun seawal jam 6 pagi hingga jam 7 pagi, membaca al-Quran, belajar tafsir termasuk menggunakan bantuan moden seperti CD. Beliau suka belajar bahasa Arab kerana mencabar dan berpendapat amalan membaca al-Quran amat baik sebagai pembuka minda.

    Antara jam 7 hingga 8 pagi, Pak Ungku berjalan laju di sekitar Seksyen 17, Petaling Jaya dan beriadah menerusi programnya sendiri. Selepas warm up atau baginya ‘naik haba’, Pak Ungku membaca surat khabar selama setengah jam. Selepas mandi dan minum pagi, beliau ke pejabat yang terletak berdekatan rumahnya.

    Tengah hari/petang - Makan tengah hari. Beliau akan tidur dan berehat pada waktu petang, iaitu sekurang-kurangnya lima minit dan jika tidak sibuk hingga 45 minit. Beliau lebih selesa tidur menghadap tingkap terbuka tanpa penghawa dingin

    Malam - Hanya makan ringan dan menonton berita serta program kesukaan. Pak Ungku tidur jam 12 malam dan hanya kadang kala jam 12.30 atau 1 pagi.



    “Cukup menakutkan apabila saya membaca laporan bahawa 10 peratus orang Melayu menghidap kencing manis. Saya tidak faham mengapa perlu jadi begitu? Orang Melayu kalau berduit sikit dan mula masuk usia 40-an, mulalah buncit perut dan kalau yang perempuannya, selain perut, punggung menjadi lebar dek diselaput lemak. Sepatutnya ini semua tidak berlaku." Ungku Aziz